Uncategorized

Model menangis dari jauh abang kesayangan ‘langgar’ perjanjian zaman remaja, tetap urus majlis kahwin walau berat hati.

RAKAMAN memaparkan seorang wanita sedang menangis sewaktu hari perkahwinan abangnya ternyata menjentik emosi pelayar Instagram.

 

Menurut Nor Amilia Mohd Ramli, 26, video itu dirakam di sebuah pejabat Agama Islam di Johor selepas abangnya, Mohd Amin Syarif, 29, selamat dinikahkan dengan wanita pilihan hatinya pada Ahad lalu.

Mesra disapa Amilia, dia mengakui gagal menahan sebak kerana terlalu rapat dengan abangnya itu sejak mereka kecil lagi.

Kami ada sembilan adik beradik, dia anak kelapan manakala saya anak ketujuh. Kami paling rapat sejak kecil. Memang kesayangan, saya selalu akan ikut dia. Ibaratnya macam bodyguard saya.

 

“Abang akad nikah di pejabat Agama Islam, jadi kami tak boleh masuk. Saya hanya tengok video yang dirakam sewaktu berada dalam kereta.

 

“Bila dengar dia sebut lafaz akad nikah, terus saya menangis. Kebetulan kakak rakam situasi itu, kemudiannya saya kongsi di Instagram.

Perasaan masa tu, saya tumpang gembira untuk dia. Pada masa sama saya kena terima kenyataan yang dia dah ada kehidupan baharu,” ujarnya kepada mStar.

 

Menurut model yang juga usahawan kosmetik itu, hubungan akrab mereka berdua turut dibuktikan dengan satu ‘perjanjian’ yang dibuat bersama, beberapa tahun lalu.

Abang kalau boleh tak nak saya rapat dengan mana-mana lelaki. Dia risau saya disakiti. Kami rapat sampai buat perjanjian bahawa masing-masing tak boleh couple.

 

“Dia juga risau kalau saya bertemu dengan lelaki yang tak baik. Last-last dia kahwin dulu. Itu perjanjian dari zaman remaja.

Abang juga pernah berkata, dia sanggup mati untuk pertahankan saya,” ujar Amilia lagi.

 

Dalam berat hati melepaskan abangnya, Amilia turut menguruskan persiapan perkahwinan apabila dia bertungkus-lumus membuat semua hantaran sempena hari bahagia itu.

 

“Hantaran dia semua saya yang buat. Itu kali pertama saya gubah hantaran. Saya sediakan segalanya termasuklah baju.

Abang sibuk dengan kerja, jadi dia kata letak hantaran dalam paper bag pun tak apa. Tapi saya kata tak logik, jadi saya gubah untuk dia,” kata Amilia lagi.

 

Dalam pada itu, Amilia berharap agar perkahwinan abangnya itu berkekalan selamanya.

 

“Semoga kekal sehingga ke syurga. Saya percaya isterinya boleh jaga abang lebih daripada apa yang saya lakukan.

 

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya lagi.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/04/14/model-menangis-dari-jauh-abang-kesayangan-langgar-perjanjian-zaman-remaja-tetap-urus-majlis-kahwin-walau-berat-hati—dia-nak-letak-hantaran-dalam-paper-bag?fbclid=IwAR0q1b2nOg-g758b-xLtzdab_xbf7lLsVJCjJkOZXEjfYtu4X9U1HqS23w8

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *