Viral

Sy Gadis 21 thn, sy Ada Minta Abg sy 2 Org tu Tidur Sebilik spy sy Dpt tdo sorg tp dorg xmahu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan ye, semoga dapat pengajaran sari kisah ini.

Salam min,please hide akaun fb ye. Saya bukan nak cerita pasal masaalah rumahtangga tp nak cerita pasal masalah peribadi saya.

Saya student berumur 21 tahun dan saya seorg perempuan, saya ada 7 org adik beradik, 3 perempuan dan 4 lelaki dan saya merupakan anak bongsu.

Masaalah saya adalah mengenai isu bilik tidur saya, rumah parent saya ni ada 7 buah bilik,1 bilik parent, 6 lg bilik adik bradiklah..

Tapi dalam rumah tu ada saya mk ayah dan abg 2 orang yg bekerja berhampiran kawasan rumah.

Kedua abang2 dan kedua akak saya kerja luar negeri jadi apabila raya atau semua adik beradik saya pulang ke kampung

Saya diharuskan keluar dari bilik saya sendiri kerana kedua2 abang dan kedua2 kakak saya sudahpun berkahwin dan mempunyai anak masing2.

Dan abg yang lain pula inginkan tidur sorang2.

Jadi apabila hari raya saja saya diharuskan untuk tidur dengan ibu bapa saya dalam seminggu macam tu.

Sekarang saya sudahpun berusia 21 tahun wajarkah saya untuk tidur dengan ibu bapa saya?

Saya agak segan untuk tidur bersama ibu bapa saya tambahan pula untuk menyalin pakaian atau mandi kerana bilik air ade dalam bilik mak ayah (master room) senang cerita saya tak selesa untuk beradu di bilik ibu bapa saya.

Tambahan pula semasa saya tengah menyalin pakaian ayah saya masuk ke dalam bilik dia tak tahu saya sudah menyalin pakian pintu bilik parent saya tak boleh dikunci ini satu masalah bg saya.

Ada satu hari tu ibu saudara saya bertanya “kau tak malu ke tidur dengan mak ayah” saya balas terpaksa mengalah sebab saya ni belum kahwin..

Tapi sampai bila saya perlu mengalah?

Saya ada minta kepada abang saya yang 2 orang tu supaya tidur sebilik agar saya dapat tidur seorang tetapi mereka tidak mengendahkan permintaan saya dan berkata tidak mahu.

Tak boleh ke saya nak tidur dalam bilik saya sendiri?

Untuk pengetahuan abg2 ipar dan akak2 ipar saya pun satu negeri dgn kakak dan abang jadi memang setiap raya kakak dan abang akan tidur Di rumah orang tua saya.

Jadi saya nak minta pendapat daripada korang bagaimana harus saya lakukan untuk beritahu kepada mereka bahawa saya sudah tak nak untuk keluar dari bilik tidur saya sendiri untuk raya kali ini..

Terkadang saya rasa saya mahu tidur Di hotel bajet saja diaorg tk fikir tntg keselesaan saya, diaorg hnye fikir keselesaan diaorg.

Mungkin bagi dia org ala mak ayah kau jugak sebilik pun..

Tapi tidak bagi saya jujur saya cakap saya tak selesa untuk tidur di bilik ibu bapa saya.

Saya ade bercadang yang perempuan tidur dlm bilik yang laki tidur luar tapi mereka macam kurang senang dengan cadangan saya tu.

Maaf Kalau penulisan saya ni bercelaru saya tulis secara direct dan tak sempat nak buat betul2 Disebabkan saya baru bermula semester baru.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku ini disiarkan.

Aku tak pandai nak luahkan kepada orang. Sebab aku nak jaga aib family. Tapi kalau tak diluahkan, aku rasa makin sakit hati.

Aku mempunyai keluarga yang kecil. Aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak bongsu. Yang sulung abang, no 2 kakak dan no 3 abang.

Abang dan kakak aku dah kahwin. Tinggal masih belum kahwin aku dan abang no 3.

Abang aku sudah ada 2 orang anak. Lelaki dan perempuan. Kakak aku pulak masih belum ada rezeki lagi.

Mak aku selalu pesan supaya sentiasa jaga hati kakak ipar aku. Sebab kakak ipar aku sudi masuk dalam keluarga aku.

Yelah, family aku sederhana. Kalau dulu memang family aku susah. Ayah aku kerja kerajaan biasa.

Balik kerja tolong mak aku berniaga malam pulak. Untuk tampung perbelanjaan harian. Kakak ipar aku keluarga yang senang. Tak pernah susah.

Aku dan family sehabis daya nak jaga hati kakak ipar aku tu. Tapi sekarang ni kakak ipar aku makin melampau.

Abang aku kahwin dengan kakak ipar aku atas suka sama suka.

Kalau aku dan family boleh terima kekurangan dia, kenapa dia macam tak boleh nak terima kekurangan family aku.

Aku sampai rasa abang aku tu kena tunduk dengan bini. Seolah olah abang aku tak ada kuasa sebagai suami.

Setiap keputusan mesti kakak ipar aku tanya dengan family dia.

Abang aku duduk rumah sendiri. Jauh sikit dari family aku dan family kakak ipar.

Tapi masih dalam negeri yang sama. Cumanya berlainan daerah.

Setiap kali abang aku ajak kakak ipar tidur rumah, mesti kakak ipar mengelak.

Tapi kalau dia bermalam di rumah mak ayah dia tak ada alasan pun.

Bila family abang aku bermalam di rumah, mak aku buat kakak ipar aku macam permaisuri.

Tak payah masak, tak payah kemas rumah, tak payah cuci kain dan pinggan.

Aku jadi rasa geram. Mak aku bukan kuli dia. Mak aku pulak buat macam tu sebab dia nak main dengan cucu.

Dia rindukan cucu dan anak dia yang susah sangat nak jumpa. Sebab tu mak aku sanggup buat apa saja.

Abang aku gaji boleh tahan. Abang la selalu bagi duit ngan mak dan ayah.

Kakak dan abang Am aku pun selalu bagi jugak. Aku yang dah bekerja ni pun abang aku selalu bagi.

Walaupun aku tak nak terima, tapi abang aku selalu cakap buat belanja sebab aku jaga mak ayah. Mak ayah aku bukan lah mintak sangat duit anak-anak.

Kalau anak-anak bagi, mak ayah aku ambil dan masuk dalam tabung haji.

Dan disebabkan abang aku selalu bagi, kakak ipar aku merungut. Cakap abang aku selalu tak cukup duit.

Kakak ipar aku tu selalu mengadu ngan aku. Bila dia mengadu macam tu, aku rasa tak sedap hati la dengar. Bukan kita orang mintak pun. Dah abang aku bagi.

Selama aku hidup dengan abang aku, abang aku memang sejenis abang yang bertanggungjawab.

Tak pernah pun abang aku culas untuk bagi nafkah dengan anak dan bini dia.

Buktinya sebab aku pernah tinggal dengan abang aku sebulan lebih. Masa tu, mak ayah aku tinggal dengan kakak disebabkan kakak keguguran kali pertama.

Pada mulanya aku percaya kakak ipar aku cakap abang aku tak cukup duit. Jadi setiap kali abang aku bagi duit, aku bagi balik ngan kakak ipar aku. Yelah sebab aku kesian.

Tapi bila aku dah duduk sebulan lebih di rumah abang, aku rasa apa yang kakak ipar aku cakap tu semua nya tipu.

Dah lah di rumah mak ayah aku kakak ipar aku dilayan macam raja.

Di rumah sendiri pun kakak ipar aku dilayan macam raja. Oh ya, lupa aku nak cakap.

Kakak ipar aku tak bekerja. Dia jadi surirumah sepenuh masa.

Abang aku siap hire pembantu rumah yang datang hari2 kerumah. Tugas pembantu rumah tu cuci kain baju, kemas rumah dan iron baju keja abang aku.

Aku jadi bnci dengan perangai kakak ipar aku macam tu. Aku dan family dah cuba yang terbaik untuk layan dia dengan baik. Cuba nak faham situasi dia.

Tapi kesudahan nya dia buat kami ni macam sampah. Terutama mak aku. Yang terpaksa menageh kasih sayang anak dan cucu.

Yang aku tak boleh nak terima bila family kakak ipar aku selalu masuk campur urusan keluarga abang aku.

Sampai kan abang aku tak boleh nak buat keputusan. Aku betul betul kesian ngan abang aku.

Tapi setiap kali abang aku buat keputusan, kakak ipar aku merajuk dan balik rumah family dia. Pastu mulalah family dia salahkan abang aku.

Setiap kali kakak ipar aku berpantang, memang mak aku yang uruskan.

Takpernah pun mak kakak ipar aku nak cakap nanti kakak ipar aku akan berpantang di rumah mak dia.

Mak aku la jadi kuli kakak ipar. Dari mula berpantang sampai habis berpantang.

Bila dah habis berpantang, terus cepat-cepat nak balik rumah mak dia. Macam tu jugak raya.

Setiap kali malam raya, susah nak tengok kakak ipar aku ada di rumah. Dia akan berada di rumah mak dia.

Sampai mak aku cakap dia ingin nak bersama cucu di malam raya.

Pernah abang aku bertegas nak berada di rumah kita orang pada malam raya. Raya tahun 2018 kalau aku tak silap. Kakak ipar aku ikut jugak.. Tapi dia tak suka lah.

Lepas habis berbuka, tiba-tiba abang kakak ipar aku datang rumah cakap nak ambil adik dia. kita orang sefamily terkejut la. Lepas tu abang aku izinkan.

Tahun 2019 abang aku ikut kakak ipar bermalam raya di rumah family kakak ipar.

Tahun lepas abang aku ajak kakak ipar bermalam raya di rumah, tapi takde nya kakak ipar aku nak ikut.

Abang aku dengan anak sulung dia di rumah kita orang di malam raya, kakak ipar aku & anak no 2 dia bermalam raya di rumah family kakak ipar aku.

Aku sampai fikir jijik sangat ke family aku ni??

Sampai kakak ipar buat kita orang macam ni. Sedih sebab nya kakak ipar aku nak berkahwin dengan abang dan hanya terima abang aku saja tapi taknak terima keluarga.

Sedangkan kita orang terima dia seikhlas hati. Abang aku dah sedaya upaya nak pimpin keluarga dia.

Tapi selalu ada campur tangan ketiga. Mungkin orang akan cakap abang aku dayus ke apa.

Tapi aku dan family jadi saksi memang abang aku dah sebaik mungkin jaga family dia,didik family dia.

Tapi disebabkan campur tangan orang ketiga iaitu family kakak ipar aku, abang aku jadi pak turut.

Nasihat aku, bagi sesiapa yang nak berumahtangga, kalau kau dah terima seseorang dalam hidup kau.

Janganlah terima hanya pilihan hati kau saja. Tapi terimalah family dia dengan hati yang terbuka.

Dan disebabkan melihat abang aku, abang no 3 aku takut nak kahwin.

Dan aku harap sekiranya aku bertemu jodoh nanti, aku nak jadi macam kakak dan mak aku. Yang taat dengan suami.

Mohon korang yang membaca doakan kakak aku semoga diberikan zuriat.

Walaupun kakak aku dah 5 tahun kahwin, dan belum diberikan zuriat,tapi kakak dan abang ipar aku bahagia saja.

Family abang ipar aku takde pun nak masuk campur urusan family dia.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Syakirah Ishak, Hidup ni jgn kita harap adil atau tak sesuatu perkara, nanti kita kecewa. Masing2 dayung, masing2 kayuh.

Kita adik, cuba jd adik yg baik kpd abg kita. Jika ada perangai kakak ipar yg tak kena di mata kita, doalah supaya kita tak jd ipar perangai pelik mcm tu.

Doalah bakal suami, mertua dan ipar kita baik2 shj.

Soal kakak ipar nak buruk perangai, sampai masa, si abg dah jemu, dicari ganti shj. Apa susah, lelaki kan boleh ja kahwin 4.

Rahmah Aziz, Kesian jg adik ipar ni..dia kena kawen dlu baru boleh komen kak ipar dia…utk makluman, kak ipar dari neraka tu mmg wujud ye..

Tak perlu adik ipar dia nk kwen dulu baru boleh komen..kalau dah hati busuk..budak kecil pun boleh nampak.

Cik Shasha, Macam ni la, memang ada segelintir manusia yg perangai dia kita rasa pelik2 sikit atau x sehaluan dgn kita dlm dunia ni, kemana pun kita pergi. Sama jugak persepsi org lain terhadap kita.

Jadi, seboleh mungkin kita jgn la melibatkan diri dlm hal rumahtangga org walaupun rumahtangga adik bradik sendiri. Lagi2 yg kawin suka sama suka.

Mereka lagi kenal pasangan masing2. Kala ada x puas hati atau masalah antara mereka, biar mereka sendiri yg mengadu/bersuara. Kita jaga diri kita sudah. Ha gittew..

Pasal mak ko pulak, ko nasihat la mak ko jgn terlalu susahkan diri kalau tak larat..

Tapi pape pun, pilihan di tgn mak ko nk buat keje rumah ke, nk jaga kakak ipar ko berpantang ke kalau dh mak ko suka buat demi bersama cucu2 nya ha.. Pilihan di tgn masing2.

Hazirah Hanapi, Dulu aku ade sorg client ni. 1 ari tetibe dia ngadu, kes lbih kurang cm ni la.

Bini base wt dia cm Pak turut, smpai 1 tahap 2 tahun dia x dpt blik jenguk mak dia.

Dia mmg tahap teruk dh. Aku xde pn knal mane client ni, tp bila org dh pilih kita nk mengadu, so aku jd pendengar je la…

Last aku nasihat. Bro kau lelaki, kau pemimpin, tarik bini kau bro klu ko syg dia, tarik blik ke jln Allah.

Tarik dia dduk blakang kau jd makmum, tarik dia dgr ceramah, tazkirah etc… Tu je jln yg ade bro, cpt lmbat Allah akn buka hati dia.

N last aku dpt tau diorg dh ok, melutut merayu wife dia mintak ampun. Kene try jd tegas sikit. Nk2 lg bab Agama. In Shaa Allah. X try Kita xtau.

Abu Karim, Makcik makcik bawang akan backup akak kau kononnya ni cerita sebelah pihak. Cuba kalau kau ceritakan keburukan abg kau pulak.

Makcik bawang halia dan lengkuas takdanya nak ckp bab cerita sebelah pihak. Kecaam dulu. Mcm la diorg tak tau mmg wujud ipar yg mcm ni.

Ada yg sampai menghasut pasangan lagi terutama bab hrta pusaka. Tak percaya.

Tunggu bila ayah atau ibu takda. Antara adik beradik ni jarang nak berebut harta. Kalau berebut mesti ada yg cuucuk.

Azie Muda, Bgus ape abg awk layan bini dia mcm raja..sebab tu rezeki abg ask murah smpai boleh bg duit kat awk…sbb dia tahu tggjawab dia…

mksd nye parent u berjaya didik anak laki jadi suami yg bertggjwb…berapa ramai kt dunia ni jadi suami yg xguna…

klau awk di tempat kakak iPar awk pun, awk nak dilayan mcm tu kan..

Jd surirumah penat…bgus abg dia hire maid.

Tggu laa confessor jap ag tuhan takdirkan jd surirumah pastu, laki dia xmcm abg dia…Baru tahu langit tuu tinggi ke rendah.

Nur Aisyah, Tak dinafikan ada ipar yang perangai macam ni. Susah nak masuk dengan keluarga mertua.

Kadang2 bukan sebab masalah datang dari keluarga mertua tapi memang peribadinya macam tu.

Apa yang bole dibuat, ignorekan ajalah sikap ipar begitu. Pandai2 lah dia bawak diri dalam keluarga mertua.

Sebab dilayan baik pun begitu jugak sikapnya jadi biarkan saja dia ikut rentak dia.

Tak perlu lagi dilayan umpama permaisuri. Masuk dalam keluarga mertua, pandai2lah bawak diri.

Kalau tak pandai bawak diri, sampai bila2lah takkan selesa.

Takkan semua nak harap layanan baik dari satu pihak saja. Dan sebagai adik ipar, jangan campur urusan abang dan kakak ipar.

Pandai2lah dia orang urus masalah sesama dia orang.

Kalau abang ada mengadu apa2 masalah, jangan masuk jrum ke apa. Nasihatlah ke arah yang baik2 supaya rumahtangga dia orang kekal harmoni.

Apa k0men korang untuk kisah pertama? Mohon kongsikan dan bagi pendapat anda di fb ye…

 

Kredit;gstvip

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *