Uncategorized

“Kau Peliharalah Suamiku…”- Lisdawati Bimb4ng Fauzi Nawawi Sanggvp Gadai Ny4wa Demi Rezeki

Sebelum ini Pelakon, Lisdawati mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin.

Ini kerana pada ketika itu dia masih lagi belum berhijab.

Menurut Lisdawati, mereka yang berkahwin dalam keadaan yang menutup aurat sangatlah bertuah.

Ini kerana mereka boleh mengenang kembali momen-momen tersebut pada bila-bila masa dan dengan sesiapa sahaja.

Dalam pada itu, pelakon filem, KL Menjerit ini turut menyeru kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk menjadikan kisahnya itu sebagai pengajaran.

“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat.

Jangan jadi mcm saya. Terkecewa sebab semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, Lisdawati turut dilihat sempat berseloroh mengajak suaminya itu untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina oleh Lisdawati dan Fauzi akan kekal bahagia sampai bila-bila.

           

“Kau Peliharalah Suamiku Ya Allah”

Lisdawati terharu melihat pengorbanan suaminya, Fauzi Nawawi yang sanggup membahayakan diri sendiri demi mencari rezeki buat keluarga.

Dalam masa yang sama Lisdawati turut mendoakan keselamatn Fauzi yang melakonkan babak lagak ngeri dilanggar sebuah kereta.

“Ya Allah, kau pelihara suamiku ini.

Sanggup menggadai nyawa untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.

Pelakon KL Menjerit itu berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik rakaman video sewaktu suamia melakukan lagak ngeri tersebut ketika menjalani sebuah penggambaran filem.

Kata Lisdawati lagi, dia bimbang akan keselamatan Fauzi kerana dia dan anak-anak terutama yang masih kecil masih bergantung dan memerlukannya untuk meneruskan hidup.

“Bila umur tidak lagi muda, semua perasaan ada. Risau sebab anak paling kecil usianya baru mencecah dua tahun 10 bulan,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan juga, Lisdawati sempat menitipkan pesanan untuk suaminya supaya menjaga diri ketika bekerja.

“Ayang (sayang) jaga diri tau. Saya sayangkan awak. Apa pun stunt (lagak ngeri) sayang masih berbisa.

Sebelum terkenal sebagai pelakon, Fauzi sememangnya merupakan seorang pelakon tambahan.

Ini untuk melakukan adegan melibatkan aksi lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan telemovie bermula pada 1998.

Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

 

Video klik link di bawah https://www.instagram.com/p/COrxihYnS_L/?igshid=xmezkzhzk08i 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gem pak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *