Viral

Netizen persoal foto Aidilfitri tiga selebriti

PETALING JAYA – Gambar seisi keluarga termasuk bersama bekas isteri yang dikongsi pelakon Norman Hakim mengundang persoalan netizen tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.

Berdasarkan satu hantaran foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi.

Turut berada di dalam gambar tersebut adalah suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria serta anak angkat mereka dengan jumlah individu yang berada dalam gambar tersebut adalah seramai 13 orang.

 

FOTO tular milik Norman dan Che Ta mendapat pelbagai reaksi ramai.

Persoalan dalam kalangan netizen mula timbul apabila rata-rata mereka mempertikaikan keberadaan Abby dan suami serta anak-anak mereka berada dalam satu kediaman bersama Norman dan juga Memey.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! Online, Norman telah bertindak menutup ruangan komen pada gambar tersebut berkemungkinan selepas mendapat tekanan daripada pengikutnya dalam Instagram.

Manakala, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, telah menukar status Instagramnya kepada mod privasi.

Tutup ruangan komen?

Melihat dari posting yang dibuat oleh Norman Hakim, dia telah menutup ruangan komen di gambar memperlihatkan mereka semua berkumpul dengan bergambar tanpa ada sebarang penjarakkan sosial.

Apa yang dengki sangat tu?

Abby Abadi turut bersuara di IG story apabila menjelaskan bahawa mereka memang sering berkumpul seak sebelum raya lagi. Jadi, mengapa ketika hari lebaran mereka tidak boleh berjumpa semasa sendiri seperti hari biasa?

Oleh itu, pelakon drama bersiri kepolisian itu meminta agar netizen membersihkan hati dan tidak berasa dengki kerana rezeki setiap orang berbeza-beza.

Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Dania Hakim.

Namun pada 2008 mereka telah bercerai dan Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka dikurniakan tiga orang anak.

Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari pada 2015dan telah mengambil tiga orang anak angkat.

Hubungan kekeluargaan mereka juga utuh dan masing-masing kelihatan sangat akrab walaupun Norman dan Abby sudah lama berpisah.

Perkongsian gambar keluarga oleh pelakon Rozita Che Wan sempena sambutan Aidilfitri kelmarin turut mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.

“Anak menantu dan cucu,” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar tersebut.

Perkongsian gambar tersebut menjadi buah mulut netizen apabila rata-rata mempersoalkan kemungkinan pelakon jelita itu melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Ramainya ahli keluarga. Duduk serumah ke atau datang berziarah. Tanya sahaja,” soal seorang pengikut Instagramnya.

“Alamak. Ini semua memang duduk bawah satu bumbung ke (satu rumah) pada 1 Syawal,” komen seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Pada 10 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

Sumber: utusan

Tiada aktiviti ziarah sempena Aidilfitri – PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Perdana Menteri berkata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak lebih 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah serta 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ia termasuk tempoh dan jumlah pengunjung berbeza di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Perdana Menteri berkata, operasi rumah ibadat bukan Islam juga akan diperketat.

“SOP bagi rumah ibadat bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.

Sumber: Abby Abadi, Norman Hakim, Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *