Viral

‘Belum sedia memaafkan Izreen’ – Intan

KUALA LUMPUR: Penghujung 2017, dunia hiburan gempar apabila aktres, Izreen Azminda membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara pada 8 Ogos.

Pendedahan perkahwinan Izreen dan Ude juga dibuat isteri pertama, Intan Liana Saleh pada 2 Disember 2017, sekali gus mencetuskan kecaman hebat.

Sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum hanya kerana aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu memilih hidup sebagai isteri kedua.

Lebih memanaskan keadaan, kemelut rumah tangga Ude dan Intan tidak dapat diselamatkan dan berakhir dengan perpisahan apabila bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac 2018.

Kini, nama Intan kembali mencuri perhatian apabila tampil dalam program Melodi Raya 2021 siaran TV3, baru-baru ini.

Usaha program hiburan popular itu menyatukan Intan dengan Izreen dipuji ramai. Malah, ia dilihat menepati segmen Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih.

Bagaimanapun, permohonan maaf dilafazkan secara berdepan dengan Intan dalam program Melodi Raya 2021 mengundang pelbagai reaksi dan kecaman.

Malah, Intan juga dilihat seperti canggung dan terkejut dengan permohonan maaf bekas madunya itu.

Mengulas pelawaan program Melodi Raya, sedangkan hati belum memaafkan, Intan berkata, dia menerima pelawaan atas dasar profesionalisme dan dimaklumkan mengenai segmen yang diwujudkan.

“Cuma, saya tidak diberitahu ada temubual bersama Izreen pada hari rakaman. Saya diberitahu Izreen akan ada dalam rakaman program dan ditempatkan di sudut meja yang sama, tetapi bukan bersebelahan.

“Jika begitu pemahamannya, saya tiada masalah memberi sokongan kepada program Melodi Raya.

Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan.

Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya.

“Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, saya sekali lagi dimaklumkan tiada situasi sedemikian,” katanya kepada BH Online.

Intan Liana Saleh tidak menolak permintaan program Melodi Raya untuk ditemubual bersama bekas madu, Izreen Azminda atas dasar profesional.

Intan Liana Saleh tidak menolak permintaan program Melodi Raya untuk ditemubual bersama bekas madu, Izreen Azminda atas dasar profesional.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, keadaan berubah ketika hari rakaman.

“Saya dimaklumkan ada perubahan dilakukan kerana membabitkan soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Jadi, saya diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan.

“Atas dasar profesionalisme dan tidak mengganggu proses rakaman, saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia.

Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan,” katanya.

Intan berkata, soal permohonan maaf Izreen di luar jangkaannya.

“Barangkali, ia inisiatif Izreen yang cuba memanfaatkan pertemuan yang berlaku.

Saya percaya sesiapa berada dalam situasi saya akan faham bukan mudah melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan hati.

“Dalam soal ini, saya sudah reda dengan ketentuan dan suratan takdir.

Cuma, soal selebihnya, biarlah saya simpan sendiri.

Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan seperti biasa dan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk saya dan Izreen.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada program Melodi Raya kerana terfikir mahu mengundang saya. Saya tahu niat Melodi Raya baik mahu menjernihkan keadaan.

Cuma, situasi yang saya lalui bukan semudah melafazkannya. Bukan berdendam atau jauh sekali tidak ‘move on’.

“Soal peribadi juga tidak perlu disensasikan lagi kerana ia membabitkan hati dan perasaan.

Saya bukan selebriti untuk dijadikan topik bualan. Cukuplah apa yang pernah dihadapi dahulu. Biarlah masa memulihkan segala-galanya. Tidak perlu mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapa dengan merujuk isu ini pada masa mendatang,” katanya.

Diprtemukan dgn Bekas Madu dlm Rncangan Melodi, Izreen Azmnda Dihentam Netizen Gara² Perkara ini

Pelakon Izreen Azminda mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada bekas isteri suaminya Ude iaitu Intan Liana Saleh.

Ia selepas dipertemukan pada rakaman program Melodi Raya, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur.

Ini kerana akhirnya mereka bertentangan mata selepas empat tahun dan menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan.

Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah.

Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.

“Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.

Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf.

Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

Dihentam Netizen

                

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum menceraikan Intan pada Mac 2018.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *