Viral

DAKWA PEREMPUAN KELANTAN ‘PISAU CUKUR’, PENGOTOR, KOMEN GADIS INI BUAT ORANG RAMAI GERAM

Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah.

Lantas apapun yang dialami sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat, jangan mengeluh.

Jika sebelum ini kita pernah disakiti, pernah dikhianati, lalu kemudian ditinggalkan, jangan mengeluh dulu.

Ini kerana kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang salah dulu, baru kemudian akan bertemu dengan orang yang tepat.

Sebelum ini, viral kisah seorang pemuda mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasih hatinya dipercayai bakal ibu mentua meminta hantaran sebanyak RM30,000.

Nilai wang tersebut dianggap keterlaluan dan mahal sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu. Kisah itu bagaimanapun telah mendapat reaksi netizen.

Namun, lebih menjadi perhatian ramai apabila satu komen yang ditinggalkan oleh seorang gadis ini undang kecaman ramai apabila didakwa dan menyarankan untuk mana-mana lelaki tidak memilih wanita dari negeri Kelantan sebagai jodoh disebabkan beberapa sebab.

Jangan cari jodoh perempuan Kelantan?

Difahamkan, gadis berkenaan menyarankan mana-mana lelaki untuk tidak mencari jodoh dalam kalangan perempuan dari negeri Kelantan dengan mendakwa mereka pemalas, pengotor, jijik dan pisau cukur. Dakwanya lagi, perempuan Kelantan dianggap seperti warga Indonesia.

Undang kecaman netizen

Susulan itu, netizen mula mengecam posting gadis berkenaan kerana postingnya yang melibatkan maruah wanita dan negeri lain. Netizen turut menasihati agar dia lebih berhati-hati selepas ini untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur menghina orang lain dan melibatkan nama negeri.

Sumber: Pantai Dalam Community Via OhBulan

Kredit: awattsheikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *