Viral

“Tua sebelum usia”. Keluar dari toilet kedai, Mia ternampak aku tanpa cap.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hai, nama aku Hakif, umur 27 tahun dan masih belum berkahwin.

Mesti ada yang tertanya tanya apa yang aku maksudkan dengan “tua sebelum usia”. Ya, walaupun umur aku baru 27 tahun, tetapi pada mata orang ramai aku sudah kelihatan tua.

Kerana apa? kerana aku ada masalah kebotakan dan keguguran rambut yang agak teruk. Orang panggil botak tengah.

Aku yakin ada juga segelintir lelaki kat luar sana yang ada masalah sama dengan aku. So, aku nak cerita sikit kisah struggle aku dalam mencari jodoh.

Aku ada 3 orang adik beradik, abang long berumur 31 tahun dan kak ngah 29 tahun dan aku. Abang long aku juga terima nasib yang sama macam aku, cuma dia lagi teruk.

Masuk umur 25 saja rambut dia dah clear habis tinggal rambut bahagian tepi dan belakang saja yang lebat. Ayah aku pun macam tu jugak, so aku boleh kata ini disebabkan genetik.

Okay kita kembali bab jodoh tadi, abang long aku dah berkahwin pada umur 28 dengan rakan sekerja dia dan dikurniakan 2 orang anak perempuan.

Abang long takder masalah sangat nak cari jodoh dan rezeki dia dapat isteri yang sanggup terima rupa paras dia seadanya. Sementara kak ngah aku pula sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Ini antara wanita wanita yang pernah aku temui sepanjang usaha aku mencari jodoh.

1) Fiya (bukan nama sebenar)

Fiya ni aku kenal sejak dari form 4. Dia muda 1 tahun dari aku. Rupa paras dia biasa biasa saja. Aku memang berkenan dengan dia dan sejak dari itu kitorang keep in contact dan chatting sehinggalah aku habis belajar dan dapat kerja kerajaan pada umur 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu jarang jarang sangat berjumpa. Dalam setahun tu mungkin 2 kali saja tu pun lepak kedai makan borak borak dan dia selalu bawak sekali adik bongsu dia teman waktu kitorang berjumpa.

Aku pernah nyatakan hasrat aku nak ajak dia kahwin tapi tunggu aku stabil dulu sebab baru dapat kerja kan. Dia mengiyakan sahaja. Setelah 2 tahun, Fiya dapat kerja satu bandar dengan tempat aku kerja.

Aku pun happy lah jugak time tu sebab boleh kerap sikit berjumpa dan time tu aku pun dah stabil dari segi kewangan.

Dan by this time jugak kebotakan aku dah makin ketara dan aku buat tak tau saja, takder usaha nak lebatkan rambut dan sebagainya, sebab aku time tu fokus nak ajak Fiya kahwin dan dalam fikiran aku kalau dah kahwin nanti nak botak pun botaklah janji isteri sayang, haha.

Tapi sejak Fiya bekerja, dia selalu refuse bila aku ajak jumpa. Whatsapp pun reply pendek pendek saja. Tapi aku berfikiran positif mungkin dia busy.

After few days, adik bongsu Fiya whatsapp aku katanya Fiya dah nak bertunang. Aku pun macam kena heart attack gitu, aku call terus Fiya minta penjelasan.

Ayat dia senang saja “awak dah tak macam dulu”. Dan Fiya minta aku jangan contact dia lagi. Dia block aku dari semua social media dia. Aku akur walaupun agak pedih dan try untuk move on.

By the way, aku still friend kat FB dengan adik bongsu Fiya, dan pernah sekali lalu dekat wall FB aku gambar diaorang pergi jalan jalan dan ada gambar lelaki tu.

Aku akui lelaki tu memang goodlooking, kulit cerah dan rambut pun smart tak macam aku yang kebotakan. Aku redha dan doakan dia bahagia dengan pilihan dia.

Sejak daripada itu, aku pun mengelupur mencari macam macam rawatan dan pulihkan masalah kebotakan aku ni. Macam macam aku dah usaha. Shampoo, minyak, minoxidil dan juga rawatan tradisional. Semuanya tidak berhasil.

Aku redha dengan ketentuan Tuhan walaupun dengan keadaan aku sebegini aku masih dikurniakan kesihatan dan cukup sifat anggota badan yang lain.

Tapi tulah, cuma aku punya keyakinan diri memang down teruk. Aku dah start jadi pemalu. Aku pegi keluar shopping weekend pun pakai cap topi dan kadang kadang kopiah. Segan orang nampak muda muda lagi dah botak, haha.

Muka aku ni kawan kawan aku cakap macam budak budak sikit, yang orang kata babyface kot. Kalau muka ensem macam artis hollywood tu takperlah jugak kan boleh acah acah macam John Statham sikit haha. Okay next aku nak cerita pasal wanita seterusnya.

2) Mia (bukan nama sebenar)

Mia ni merupakan seorang pekerja kat sebuah restoran yang aku selalu pergi hujung minggu. Lepas lepas balik shopping tu aku singgah sini isi perut.

Mia ni rupa dia pun biasa biasa saja. Aku terpikat dengan dia sebab suara dia yang lemah lembut time nak ambil order makan.

Memandangkan aku pun dan masuk 25 tahun, makin aku tunggu, makin aku berumur dan makin botak kepala aku dan lagilah down aku punya keyakinan diri. Aku pun beranikan diri tegur dia, tanya nama.

Sejak dari itu kitorang dah rapat sikit, adalah borak borak kosong sikit time nak ambil order tu. Tapi aku lupa yang sepanjang aku pergi kedai tu, aku tak pernah tak pakai cap.

Dipendekkan cerita, satu hari tu aku tumpang toilet kedai diaorang dan time nak keluar dari tandas tu Mia nampak aku tanggal cap dan ternampak rambut aku yang macam ada tak ada saja, haha.

Since then, Mia pun buat buat busy setiap kali aku datang makan dekat kedai. Yang ambil order pun dia suruh orang lain. Next time aku pergi pun dia macam menjauhkan diri. So apelagi? Move on jelah kan hmm.

3) Safi (Bukan nama sebenar)

Safi ni pun rakan sekolah menengah aku jugak. Cuma dia ni kelas lain dan umur pun sebaya dengan aku.

Dulu waktu sekolah aku ade dengar dengar jugak yang Safi ni minat kat aku. Tapi sebab time tu aku rapat dengan Fiya, so mungkin dia move on kot.

Umur aku dah masuk 26 tahun dan one day tiba tiba dia contact aku thru Whatsapp. Mungkin dapat no aku dari group sekolah dulu kot. Kitorang pun chatting sampai beberapa bulan lepas tu, dia minta gambar aku nk tunjuk kat family dia.

Aku kata ambil saja gambar dekat FB. Katanya nak gambar latest. Kat FB aku memang banyak gambar lama lama aku dulu, gambar latest takde dah sebab aku malu dah nak letak gambar, haha.

So aku send lah selfie sekeping dengan kebotakan aku ni kat Safi ni. After that, kitorang still chatting macam biasa for a week and suddenly dia ghosting aku. Whatsapp pun bluetick, FB messenger pun tak reply. So macam biasa, aku pun move on.

4) Ayuni (bukan nama sebenar)

Ayuni ni staff baru masuk tahun ini kat tempat kerja aku tapi jabatan berlainan. Orangnya manis elok dan memang aku berkenan dengan dia. Tapi setelah beberapa kali dikecewakan, aku tak meletak harapan tinggi.

Aku pun guna pendekatan eye contact saja setiap kali terserempak dengan dia. Orang kata main main mata haa.

Sampai sekarang aku masih main main mata dengan dia dan tak berani nak tegur haha. Doakan aku dapat kekuatan nak tegur dia suatu hari nanti.

Itu saja setakat ini, terima kasih sudi membaca confession aku ni walaupun aku rasa macam agak panjang.

Nasihat aku kat lelaki lelaki yang alami masalah kebotakan, keguguran rambut dan sebagainya, aku doakan korang dipermudahkan jumpa jodoh yang menerima diri kita seadanya. Banyakkan berdoa dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan.

Reaksi Warganet

Cik Shasha –
“Ingat. Tak hensem takpe janji kaya.” – Begitulah yang kita selalu dengar di corong corong radio

Aku doakan ko dapat jodoh yang korang berdua boleh saling terima masing masing seadanya.. Aamiin..

Ko muda lagi, inshaAllah ada tu nanti jodoh nya. Teruskan berdoa dan jaga kekemasan serta kebersihan diri.

Norizan Mamat –
Salam,

Tua sebelum usia… Hmmm… Makcik ada sorang anak sedara lelaki. Dia selalu aktif kat sini. Dia pun tua sebelum usia, rambut banyak uban masa dia awal 20an lagi. Tapi dia kacak jer, dah kawin.

Somi makcik pula nampak muda tak tua tua, sebab ada seurat uban, makcik cabut. Dah tinggal sikit rambut dia. Nanti dah banyak putih, makcik berenti la cabut rambut putih, makcik cabut rambut hitam pulak. Haahha

Sebenarnya pasal botak ni, kalau orang tu macam makcik, makcik ok jer botak, asalkan baik hati, periang dan bertanggung jawab. Macam pelawak muka omputih tu (haris iskandar) botak pun orang suka, yang penting kena ada keyakinan. Kan ?

PrettyUgly Hensem –
Comel je cerita ko ni dik. Yang penting ko ada kerjaya. Ada agama dan bertanggungjawab. Rupa memang penting. Sebab tu la nak dihadap hari hari ye tak?.

Tapi ada pompuan suka je lelaki buncit, lelaki botak. (bukan hakak)
Ada lelaki suka pompuan kurus. Ada lelaki suka pompuan gebu

Masing masing ada taste masing masing. Kalau semua pokok dalam dunia ni warna hijau, manusia pun rasa murung nak hidup. Gitu lah analogi nya.

Pendek kata tak payah nak rasa rendah diri sangat. Ada je jodoh ko nanti.

Tak hensem takpe. Asal kan penampilan diri bersih dan kemas. Jadilah lelaki pembersih. Jangan bila dekat bau ketiak dan bau stoking masam.

Hakak pernah reject lelaki hensem muka korea. Masuk kereta dia bau stoking masam. Cancel buat boypren.

Intan Shafarina –
Ada je perempuan suka lelaki botak. Apa kata awak botakkan semua rambut tu. Dan nanti pm saya nak tengok handsome tak. Hehe. Ok gurau.

Rupa dan penampilan adalah sesuatu yang subjektif. Pada pandangan sy, semua yg datang tu bukan jodoh awak. So bersabarlah. Kalau dah jodoh nanti, tak kisahlah awak macam mana, dia macam mana sekalipun pasti akan bersatu jua. Percayalah.

Hafiz Aiman –
Gaya rambut saya ada 1 sahaja iaitu botak.

Ok sahaja malah dulu walaupun saya masih bujang tetap sudah miliki anak.

Anak saya ini adalah anak saudara. Dia ini datang dari ibu bapa yang sentiasa sibuk di hospital. Dia anak autistik dan dia sensitif dengan bunyi.

Bermula usia 26 tahun ada perempuan sudah pandang saya sebagai duda anak 1 dan suami orang.

Jadi itu satu benefit untuk saya supaya tidak mudah didekati oleh perempuan. Kerana ketika itu diri masih dalam construction untuk bekalan hari ini dan hari esok.

Saya join kelas bijak urus kewangan ramai perempuan. Saya join kelas urus emosi ramai perempuan. Saya join kelas parenting ramai perempuan.

Saya ada ramai kawan perempuan dan mereka okay sahaja dengan gaya rambut saya. Cuma beberapa orang perempuan tak suka dengan anak autistik.

Umur 33 tahun saya pun kahwin. Sepanjang usia perkahwinan isteri saya okay sahaja dengan penampilan saya.

Lagi pun dia hidup dengan diri saya bukan rambut saya.

Sumber – Hakif (Bukan nama sebenar) via IIUMC

 

Kredit: edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *