Viral

3 Tahun Duduk Sebumbung Dengan Kawan Tapi Tak Pernah Langsung Masuk Bilik Dia. Terkejut Bila Satu Hari Tu Ada Banyak Sawang Depan Pintu Bilik Dia. Akhirnya Terbongkar Kisah Sebenar.

Foto sekadar hiasan.q

Assalamualaikum Part 1. Peristiwa ini berlaku 2011. 3 tahun lepas aku konvo pada 2008.

Pada 2010, aku dapat offer keje dengan sebuah bank di kl. Position aku plak, aku perlu bnyak outstation so sekaligus aku jarang ada di rumah.

Aku pun carila rumah sewa area area yang dekat dengan office aku.

Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dalam hati berlagak nak dok kondo).

Sepajang 1 tahun dari 2010-2011 aku hanya stay sorang sebab lebih privasi dan lebih selamat.

Part 2. Penghujung tahun 2011 masa aku tengah bercuti di kampung.

Aku dapat 1 panggilan dari no yang aku tak kenal. . Aku pun jawab, borak punya borak.

Rupanya kawan lama aku masaa di universiti walaupun lain bidang dan falkuti.

Firdaus nama dia, dia kol aku sebab nak sewa rumah dengan aku sekali.

Pada mulanya, aku agak pelik. Mcm mana dia blh tau aku dok sorang sorang.

Dan mcm mana dia blh tau no aku. Aku pun balik kl jumpa dia, dan bincang soal sewa rumah.

Walaupun aku sendiri mcm blur blur kenapa aku blh setuju dia jadi housmate aku.

Part 3. Bermula la cerita aku duduk serumah dengan hantu. aka housemate aku hantu.

Awal tahun 2012. Firdaus pun masuk la dalam rumah aku. Di guna bilik yang dekat dapur.

Walaupun ada lagi 2 bilik kosong didepan. Bilik dia pilih tu agak kecik dari bilik bilik yang lain.

Malam first dia duk dengan aku, kami makan sama sama. Cuma time solat jer aku tak perasan dia sebab memerap dalam bilik.

Lepas tu sama sama lepak tgk tv sambil aku cerita la bidang keje aku yang kerap outstation.

Dia pun mcm ok jer. Dia cerita dia selalu busy keje kadang balik lewat lewat malam kul 1-2 pagi.

Aku tak syak apa apa sebab bagi aku normal la keje di kl balik 1-2pagi. So habis disitu je malam tu.

Part 4. Hampir 6 bulan aku duk serumah dengan dia.

Dalam tempoh tu aku hanya ada dirumah dengan dia 2-3minggu jer.

Selebihnya banyak outstation. Satu pagi tu, aku terserempak dengan jiran aku.

Bertanya khabar. Dia tny aku, . Jiran : adam duduk sorg ke? Atau dengan kawan. Aku : tak ada lah abang. Saya duduk dengan kwn. Kami berdua jer

Jiran : yeker ( lepas tu di mcm nak cepat cepat blah dari aku).

Tapi aku tak ambil port sangat pasal jiran aku tu. Berlalu mcm tu jer.

Masa terus berjalan. Tiba bulan puasa. Si firdaus ni ckp kat aku. Sepanjang bulan puasa dia kena balik kg.

Dia dh apply cuti smp raya. Ok jela. tak tanya lebih lebih

Part 5. Habis puasa dan raya. Dia pun balik dari kg.

Kebetulan aku tak bnyk keje, boleh la spedtime dengan housemate al maklum la mood rayakan 1 bulan.

Pada 1 malam tu dalam kul 2 pagi, aku nampak dia kat dapur tengah masak masak.

Aku dh pelik, kenapa dia masak tengah tengah malam sebab baru je balik mkn dengan aku.

Itu tak per lagi. Aku masih buat tak tahu jer. Aku positive jela. Last last berlalu mcm tu jela. Selang tak berapa lama lepas tu.

Dalam 3-4 hari lepas peristiwa masak tu. Aku balik lewat malam dalam kul 3 pagi.

Masuk jer dalam rumah aku dh meremang bulu roma.

Rasa semacam jer dalam rumah tu. Aku tergerak hati nak tgk bilik dia.

Mcm gelap jer, aku ketuk ketuk la pintu. Dia bangun buka pintu dengan muka mengantuk. So aku lega sebab ada kwn dalam rumah

Part 6. Esok pagi tu. Aku tak masuk keje. Time buat breakfast. Dia call aku ckp semalam dia tak balik rumah sebab balik kg.

Aku terus terdiam, tiba tiba je aku rasa seram sejuk siang siang hari celik. Hehe. Aku dh terfikir, ni kali kedua aku kena usik. Aku masih positive lagi.

Anggap itu tak de apa ape hny hayalan menjelma. Disebabkan aku ambil cuti 2-3hari.

Aku terajin la kemas kemas rumah yang dah berselerak mcm tongkang pecah. Kemas punya kemas. Aku mcm pelik kenapa depan pintu bilik dia bnyk sarang sarang labah.

Macam pintu tu tak pernah orang buka. Sekali lagi aku hairan. Part 7.

Aku baru balik dari sabah selepas 2 bulan kt sana. Dalam keadaan yang penat dan letih sangat. Masuk dalam rumah, tgk dia dok tgk movie cerita hantu plak tu. Aku yang dh penat sangat, terus tertidur. .

Aku terjaga dalam kul 4pagi. Sayup sayup dalam bilik aku dengar mcm orang dok beborak di hall.

Aku teruja nak tengok siapa yang datang malam malam ni. Aku nampak firdaus dok borak sorang sorang. Mcm nak terkeluar jantung aku.

Sebab aku dengar mcm ramai orang dok borak dengan dia.

Part 8. Sepanjang 3 tahun aku dok serumah dengan dia. Jiran jiran aku yang baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah. Atau pagar rumah. Tp aku jer yang tak ambil kisah pasal tu.

Sebab aku tak kena usik pun dengan hantu. Tiba la pd 1 malam tu. Dalam bulan puasa aku kat kampung. Dia call jemput datang makan kenduri di kampung dia pada raya ke-7.

Dia suruh aku jemput 2-3org kwn datang kenduri di rumah dia. Aku on jer, dan tak tanya lebih lebih pasal kenduri tu.

Last part. Tiba la masanya aku dn kwn aku gerak g johor. Kampung si firdaus tu.

Lepas 3-4 jam sampai la kerumah dia walaupun sesat gak sebelum jumpa rumah. Dan sepanjang sesat tula. Aku on call dengan dia mintak direction ke rumah dia. Sesampai di rumah dah agak lewat petang.

Orang tak ramai dah, . Family dia tny cari sapa sapa. Aku jwb cari firdaus. Abang si firdaus ni kenal aku.

So di jemput aku makan dulu nanti borak lain. Lepas makan dh kenyang perut. Abang dia jemput masuk dalam rumah. Bermula la soal jawab:

Abang dia : mcm mana ko tau ada kenduri ni? Aku : firdaus yang jemput. Dia call bulan puasa haritu. Abang dia :dah lama ke ko contact dia? Aku : dah 3 tahun kami dok serumah. Sejak 2012 lagi. Abang dia: adam. Ko xtahu ape apa ke? Ke ko tipu aku. Aku : tak ada lah. Aku pun tunjuk list di contact dalam hp aku

Abang dia : terkedu dan terkejut bila tgk hp aku ada msj dan call dari firdaus. Last last ayah dia datang tunjukkan surat pemergian dia 2 tahun lepas akibat denggi. Terlopong mulut aku. Lemah habiss kepala lutut. Lepas tu aku terus pindah rumah.

Sampai sekarang, aku terfikir. Kenapa dia cari aku *aku terpaksa letak nama samaran untuk kawan aku tu. Sebab nak jaga aib dia. Apa kata anda dengan cerita kisah ini. Jika rasakan ianya menanrik boleh lah share dan komen sikit. Mana tau korang ada pengalaman yg menakutkan jugak ke.

Kredit:apampinkmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *