Uncategorized

Isteri Dia Dulu Jual Greng Pisang Tepi Jln. Dpn2 Suami Gadis Nih Laki Nih Direct Ckp Yg Dia Penah Sentoh Dan Tido Dgn Gadis Nih Dulu2. Terperanjat Suami Dan Tak Sangka Ini Tindakan Suami Bila Dpt Tahu Hal Itu.

First of all, assalamualaikum. Aku tahu cerita aku pasti akan ada yang kritik. Tapi rasanya penjahat macam aku ni tak ada yang confess .

Mostly sasaran je banyak. Aku tak tahu nak mula dari mana. Masa aku umur 16, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat.

Masa tu, rebut-rebut perempuan ni normal. Bertumbuk depan sekolah.

Perempuan tukar-tukar macam tukar baju. Diorang ni pula jenis senang termakan ayat-ayat manis.

Merokok dalam sekolah. Tapi study tetap score. Haha. Masa aku umur 17, ada sistem siapa paling berkuasa.

Siapa yang buat paling jahat, dialah ketua.

Aku yang bongok ni, pergi ayat perempuan. Ajak jumpa tempat tak ada orang, tapi aku tak pergi pun.

Orang lain pergi, bila habis diorang bayar aku. Ya aku tahu ramai yang akan kritik aku. Disebabkan tu, aku jadi ketua. .

Banyak lagi perkara aku buat, tapi aku tak mention kat sini. Waktu aku habis spm, aku kenal dengan seorang perempuan kat facebook, bawah setahun dari aku.. Rupanya dia satu sekolah dengan aku.

Aku rasa dia lain dari perempuan2 lain. Dari umur 14 tahun dia jual pisang goreng tolong ibu dia.

Dia anak sulung, ada 6 orang adik lelaki. 1 perempuan. Cara dia berfikir memang lain, lebih matang dari usia. Lebih fikir ke depan.

Study dia pun lebih kurang macam aku. Hari-hari aku singgah kedai nak borak dengan dia.

Dipendekkan cerita, kami pun bercinta. Aku belikan handphone motorola untuk dia. Senang sikit nak contact. Waktu ni aku study jauh.

Lepas dia habis spm, dia dapat offer pergi UIA. Tapi dia tolak sebab ada 7 adik-adik bergantung kat dia.

Aku ok je. Aku cakap kat dia, dia takde diploma/degree pun tak apa. Aku boleh tanggung dia.

Waktu ni aku masih seorang yang bongok, aku fikir, its okay untuk keluar/tidur dengan mana-mana perempuan selagi cinta aku untuk dia.

Dia pun terlalu naif kerana percaya cakap aku bulat-bulat.

Bermula dari pertama kali kami bergaduh, aku start berkasar dengan dia. Aku paksa dia buat perkara dia taknak.

Aku ckp, aku tinggalkan kesan biru. Sebagai peringatan untuk dia supaya jangan cabar aku.

Masa ni aku tak faham kenapa dia tak boleh fikir yang aku nak kahwin dengan dia, perempuan lain tu sekadar lepas keperluan je.

Aku rasa dia narrow minded sangat masa tu. Dia ada kata nak tinggalkan aku. Tapi aku perlekehkan dia, “siapa nak perempuan murah macam kau?

Aku dah rosakkan badan kau. Aku je boleh terima kau. faham tak?” Lepas graduate, aku buka 1 company kecil untuk business. Modal dari mak ayah aku.

Parents aku taktahu apa aku buat belakang diorang. Aku pun selalu bawa girlfriend aku jumpa setiap 2 minggu. Girlfriend aku masa ni, makin lama makin pelik.

Dari rambut panjang, dia potong pendek paras bahu. Aku dah kata aku tak suka perempuan rambut pendek.

Habis dia biru haritu. Tapi dia diam, tak melawan macam selalu. Waktu ni dah 6 tahun kitorang bercinta.

Everything is going well. Aku planning wedding kami pada masa sama aku enjoy dengan kerja hram aku.

Sampai satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook dah deactivate. Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku try contact & jumpa kawan-kawan dia, semua taktahu mana dia pergi.

Aku mengamuk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan.

2 tahun aku cari dia. 2 tahun. Serata negeri, serata tempat. Semua yang related dengan dia aku dah pergi.

Start tahun ke 3, aku stop cari. Aku give up. Aku stop kerja haram, stop minum, stop tidur dengan perempuan lain. Aku mula fokus dengan kerja.

Setiap hari aku tengok gambar dia dalam phone aku. Aku rasa menyesal, aku rasa bongok sangat sebab buat dia pergi.

Aku pernah didakwa kerana buat benda tak elok. Tapi dilepaskan sebab tak cukup bukti. Tak lama lepas tu, aku ditangkap semula. Ya, sebelum girlfriend aku pergi, dia dah copy semua data kat laptop aku.

Kali terakhir yang dia diam aku beduk dia, rupanya dia tangkap gambar sebagai bukti.

Aku didakwa beberapa kesalahan. Tapi peguam aku minta rayuan kurangkan waktu dalam hotel besi dan ikat jamin. Lepas aku bebas,

Aku dah bertaubat, aku takkan ulang kesilapan lama. Aku cari girlfriend aku, dia dah kahwin. Dah ada anak seorang dan tengah mengandung. Mereka nampak bahagia sangat.

Diadah pun bertudung labuh dan baju longgar. Aku broken teruk. Hati aku skit yang amat sangat. Satu-satunya perempuan yang aku cinta.

Pada awalnya aku tak boleh terima, selalu aku jumpa dia minta dia maafkan aku dan terima aku semula.

Aku bagitau semua kisah kami kat suami dia. Aku pernah sentuh isteri dia, tapi dia tak menunjukkan reaksi marah/kecewa. suami dia buat report polis, membuatkan aku hanya tengok girlfriend aku dari jauh.

Aku tahu ada yang kenal diri aku siapa, kerana kes aku ni agak heboh satu kejiranan.

Aku cuma nak luahkan.. dari sudut seorang yang jahat.

Padan muka, i deserved it. Hargailah seseorang tu sebelum dia pergi. Aku dah berhenti stalk girlfriend aku… which is, isteri orang.

Cuma sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang sama macam dia. Kadang aku berharap anak dia tu anak kami. Aku patah hati sangat-sangat.

Sekarang aku lebih banyak habiskan masa mencari cinta ilahi dari manusia. Aku habiskan masa dengan parents aku.

Aku dah penat dengan dunia. Penat nak hidup bergelumang dengan dosa, yang tak pernah sekalipun mendatangkan ketenteraman dalam jiwa.

Membebankan. Akhirnya semua gambar dalam laptop dan phone terpadam. Tiada lagi aib seorang perempuan tersimpan.

Maaf seandainya kisah saya mendatangkan kemarahan para wanita, saya mengaku saya hanya seorang manusia yang khilaf, banyak melakukan dosa.

Saya bukan lah orang yang sama seperti dulu, sekarang saya adalah pencinta kaum hawa. Tak mungkin lagi saya akan mengasari atau memandang kalian seperti objek. But still, saya memang patut dimarahi. Sekian, terima kasih admin. Sama-sama ambil pengajaran.

– Izzat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *