Uncategorized

“Saya baru form 2, xde BF. 4 bulan duk asrama je, mcm mane boleh ngandung”. Doc tersenyum

Foto sekadar hiasan

Hai. Saya Julia, bukan nama dalam IC. Saya cuma ingin berkongsi seperti tajuk di atas. Saya minta maaf sekiranya penceritaan saya agak meleweh.

Seperti seorang wanita normal lain yang mula peri0d ketika belasan tahun. Saya dikurniakan peri0d pertama ketika berada di tingkatan 2.

Saya bersekolah di sekolah berasrama penuh di Johor. Pada masa itu, memang tersangatlah kekoknye..

Yelah. keluar drah yang banyak daripada kemalvan bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Ditambah dengan peri0d pain yang sangat menyengat. Oh! Mintak nyawa!

Setelah peri0d pertama, saya mula belajar yang seorang gadis akan didatangi peri0d setiap bulan. Sebab tu orang dulu dulu kata ‘datang bulan’.

Tapi, itu semua tidak terjadi pada saya. Setelah peri0d pertama, saya bersedia menunggu pada bulan seterusnya ditarikh yang lebih kurang sama. Tapi tiada.

Pada masa itu saya lagi suka sebenarnya. Yelah.. tak payah la nak menghadap drah kotor..

Setelah hampir 4 bulan dari peri0d pertama saya. Saya jadi takut. Kenapa tak peri0d peri0d? Saya kongsikan pada kawan sebilik saya masa tu. Seorang senior yang tua 2 tahun dari saya.

“Kau ada rasa mual mual tak?”

Saya geleng. Dia kata saya kemungkinan mengandung! Terus pucat muka saya! Saya ni boyfriend pun takde masa tu.

Saya cuba ingat ingat ada ke tidak saya tidur mati, lepas tu kena rgol.. ah! Takkan la.. Tapi dalam hati saya.. mungkin juga.. ah! Bdohnya saya masa tu..

Dengan rasa tak puas hati, saya ambil cuti sakit dengan alasan cirit birit. Saya bercadang untuk pergi ke klinik berdekatan untuk tahu keadaan sebenar.

Dalam perjalanan ke klinik, saya tak henti henti berdoa. ‘Ya Allah.. janganlah aku mengandung anak luar nikah. Mati aku kena bnuh ya Allah..’

Pada masa tu, saya cuba bayangkan benda paling teruk yang akan jadi. Saya pegang perut saya.. memang ada buncit sikit.

Kalau betul ada anak, boleh ke saya nak jaga anak ni? memang terbayang muka bapak saya yang bengis dengan parang di sebelah tangannya. Sepanjang perjalanan saya menangis takut.

Sampai sahaja ke klinik, saya daftar ke kaunter. Pekerja kaunter tanya,

“Nak cek apa ye?”

Saya terdiam. Mencari ayat yang paling selamat. Dah la saya pakai baju sekolah masa tu..

“Errr.. nak cek perut. Sakit perut”

Tergagap gagap jugak saya menjawab masa tu. Mujur la kakak kaunter ni tak pandang saya lain macam. Muka dia selamba je. Mungkin dia dah masak dengan kes anak luar nikah.. eh?

Ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor, saya tak henti henti berdoa. Mata saya mula banjir lagi. Betul betul takut masa tu.

Apabila nama saya dipanggil, saya ambil masa untuk membetulkan apa yang patut. Mata saya kesat. Saya berlatih senyum yakin yang saya tidak bersalah walaupun saya ditakdirkan mengandung! Saya bersih!

Saya kuatkan hati, melangkah ke arah bilik doktor.

Sampai sahaja ke dalam, ouch! Doktor lelaki! Macamana ni???

“Sila duduk ye dik..”

Lembut sapaan doktor, membuatkan saya tenang sedikit. Saya pun duduk dan menunggu soalan seterusnya. Saya dalam keadaan pasrah.

“Sakit perut ke? Ada salah makan ke?”

Saya geleng. Saya kuatkan hati. Saya nak luah semua yang terbuku dari tadi. Lantaklah!

“Macam ni doktor.. saya dah lama tak peri0d. Dah 4 bulan. Saya takde rasa mual mual. Tapi kawan saya kata saya kena cek. Takut saya ngandung.

Saya takde boyfriend. Saya baru form2. Saya selama 4 bulan ni duduk asrama je! Macamana saya boleh ngandung!” Hah! Amik kau! Sekali lafaz! Saya lega!

Saya pandang muka doktor. Dia tersenyum. Tak nampak pun dia terkejut atau hairan.. Dia kemudian berkata..

“Takpe.. tenang dulu..” Sambil doktor memanggil kakak kaunter tadi dan mengarahkannya mengambil beberapa benda. Cuak weiii! Tebayang doktor akan belah perut. Lepas tu buang anak saya dalam tong sampah!

Setelah beberapa saat, kakak kaunter tadi datang membawa satu bekas kecil dan tisu.

“Ok dik.. pegi buang air kecil. Masuk dalam bekas ni. Jom akak tunjuk toilet..”

Saya ikut je kakak tadi.. masuk toilet. Masa tu saya pun tak tahu apa kaitan kencing dan peri0d. Yang saya tahu, kedua duanya keluar dari tempat yang sama.. hahaha.

Lepas setel je tadahan kencing. Saya serahkan pada kakak kaunter tadi. Saya lihat dia titiskan beberapa titik ke satu benda seolah olah batang aiskrim. Masa tu saya kan naif.. manalah saya tahu itu pregnancy tester.

Selepas proses itu, saya terpaksa tunggu beberapa minit. Dan ‘batang aiskrim’ itu dibawa kepada doktor. Saya cuma mengikut kakak kaunter tadi, tak ubah macam anak ayam mengikut ibunya..

“Ok. Awak tak mengandung..”

Ya Allah.. terasa seperti satu batu besar diangkat dari bahu saya. Syukur saya tak terucap..

“Awak normal. Haid awak cuma belum stabil. Saya akan berikan beberapa ubat untuk awak makan dalam beberapa hari ini”

Dan lepas tu saya dah macam dengar tak dengar apa yang doktor cakap. Bayangan bapak garang saya yang tengah pegang parang tadi pun dah lenyap. Saya betul betul bersyukur.. saya tidak dirgol rupanya. Haha.

Begitulah ceritanya.. peri0d saya yang tidak pernah normal. Rupa rupanya bila saya tanyakan pada mak saya.. keturunan saya dari belah mak, termasuk nenek dan moyang saya memang mengalami pattern peri0d yang sama.

Sehinggalah saya masuk ke UPM, seorang kawan saya mengatakan yang saya mungkin mandul bila dah kawin nanti. Susah nak dapat anak.

Saya betul betul down. Saya yang sudah ada teman lelaki pada masa itu, risau jika saya diuji dengan ujian mandul. Saya dengan berani membincangkan hal itu pada teman lelaki saya..

Antara ayat yang saya ingat saya katakan pada dia..

“Awak masih nak kawin dengan saya tak kalau saya kata saya ni mungkin mandul?”

Masa tu dia cuma gelak gelak. Dia balas

“Saya kahwin la lain.. hahaha”

Selepas dia lihat saya serius, dia terus terangkan yang mandul itu bukan penyakit. Itu istilah bagi mereka yang tidak berjaya memperolehi anak. Ces! Mentang mentang la dia budak bacelor sains biologi.

Tapi, penjelasan dia tadi membuatkan saya semangat untuk menjadi wanita semula. Saya malas nak kisahkan tentang peri0d saya. Dia nak datang, suka hati dia.. tak nak datang sudah! saya cuma mampu berdoa.

Untuk pengetahuan semua, setelah mendapat tahu saya ada kemungkinan mandul. Setiap selepas solat, saya masukkan doa untuk zuriat saya. Saya minta untuk dikurniakan ramai anak.

Dan kadang kadang saya bangun tahajjud betul betul minta pada Allah. Padahal masa tu, kahwin pun tak nampak bayang lagi!

Selepas 3 tahun menjalin hubungan cinta, saya dicurangi. Si dia beralih arah kepada teman sekuliahnya. Saya malas nak ulas lebih lebih pasal ni. Sebab saya masih sakit hati. Hahaha.

Saya lagi down lepas tu.. hidup saya kosong. Cuma hidup seorang pelajar universiti yang perlu menghabiskan sisa sisa pembelajaran yang memecahkan otak.

Saya semakin rapat dengan tuhan. Saya masih doa yang sama. Doa zuriat seperti tak boleh lekang dari mulut saya. Walaupun suami pun makin tak nampak bayang. Haha.

Selepas beberapa tahun ditinggalkan kekasih, saya menerima mesej seseorang untuk berkenalan. Tau tak apa yang saya balas?

‘Maaf.. saya tak cari boyfriend sekarang ni. Saya nak terus nikah je!’

Tekad betul saya. Saya dah malas nak couple couple monyet ni. Semua macam monyet je! Haha.

Tanpa saya duga.. lelaki dihujung sana membalas mesej saya..

“Jom kahwin! Saya memang tengah cari calon menantu untuk mak saya”

Saya terhibur. Saya tahu lelaki semua sama.. saya diam sahaja.. Dalam masa yang sama saya tersenyum senyum. kalaulah ini jodoh saya.. tapi kalau dia tak hensem? tak solat? Pergol bersiri? Huhuhu..

Dengan penuh berani saya terus balas..

“Ok. Datang jumpa saya..di kolej pendeta zaaba. UPM”

Dipendekkan cerita, saya jumpa dia. Saya berkenan. Dia nampak baik. Rupa manis. Ada janggut.

Setelah beberapa bulan, saya nampaknya semakin serius dengan boyfriend baru saya. Haha. Inilah masanya saya perlu meluahkan tentang apa yang saya terlalu risaukan selama ini.

Saya bertemu dia ditepi tasik titiwangsa. Saya katakan perkara yang saya nak beritahu sangat penting. Dan mungkin melibatkan perpisahan.. perghh.. saspen cik abang kite

Setelah berjumpa, saya tanpa membuang masa terangkan segala galanya tentang peri0d, kemandulan, dan anak padanya.

Apa yang dia buat? Dia tatap mata saya.. Dan ayat yang dia katakan saya ingat sampai sekarang..

“Kenapa nak buat kerja tuhan? Rezeki jodoh ajal semua dari Allah.. period awak ke.. rahim awak ke.. semua takde kaitan. Tu semua asbab!”

Saya menangis! Tak pernah hati saya disentuh sebegitu indah. Sedikit demi sedikit saya insaf. Terlalu memikirkan asbab. Walhal, semuanya dari Dia. Ya Allah.. ampunkan hambaMu..

Dipendekkan cerita (saya kena pendekkan.. sebab saya ni jenis bercerita tak ingat dunia).. saya dijodohkan dengan si dia yang saya sangat kagumi. Walaupun pekerjaannya cuma biasa biasa. Saya terima dia seadanya.. kerana dia juga menerima kekurangan diri saya..

Semasa confession ini ditulis, saya tengah menyusukan anak saya yang ke 5.

Anak pertama saya telah pun berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh. Anak kedua dan ketiga saya kembar. Anak keempat saya lekat ketika masih menyusukan si kembar. Anak kelima pula lahir ketika c0vid sedang melanda. Saya terasa Allah jawab segala doa saya.

Saya yang tak henti henti doa untuk anak yang ramai. Ada kalanya saya letih melayan karenah anak anak dan merungut.

Tapi saya cepat cepat istighfar dan berdoa agar diberikan kesabaran yang sangat tinggi. Jika ditakdirkan akan ada anak ke 6, ke 7 dan ke 8.. saya redho..

Walaupun hidup cuma biasa biasa. Tidak mewah. Tapi segalanya cukup.. Betullah kata bijak pandai.. KAYA ITU APABILA KAMU MERASA CUKUP.. terima kasih kepada semua dan Terima kasih Allah..

Selepas kahwin, saya sebenarnya masih si overthinker. Cuma, kerisauan kerisauan saya terkawal. Lebih lebih apabila suami saya selalu mengingatkan.

Bulan pertama perkahwinan, saya sudah tertanya tanya, mengandung ke? Masalahnya peri0d memang tak pernah datang. Saya beli tester senyap senyap. Bila negatif. Terasa kecewa. Tapi cepat cepat saya ingat, ‘Allah kan ada..’.

Bulan kedua, ketiga, keempat, kelima, juga sama. Saya tidak mengandung. Tapi peri0d saya tidak juga kunjung tiba.

Bulan keenam, saya dibawa menziarahi keluarga sahabat suami. Suami bertemu kawannya di ruang tamu manakala saya diletakkan bersama isterinya di dapur.

Rupa rupanya saya dipisahkan dengan suami kerana untuk mengelak percampuran lelaki perempuan bukan mahram. Saya kagum disitu. Terdetik dihati saya, inilah yang sepatutnya..

Didapur, isteri kawan suami saya yang saya panggil kak Maya terus bertanya. Berapa lama dah kahwin? Dah ada isi? Merancang ke? Saya jawab semua dengan jujur.

Kak Maya terus berkata,

“Jika inginkan harta Allah, jangan kedekut untuk keluarkan harta kita”

Kak maya sambung lagi..

“Sedekah tidak perlu tunggu duit yang banyak. Kadang kadang dengan sebiji gula gula yang ikhlas kepada seorang anak kecil pun boleh membahagiakan ”

“Minta doa daripada anak anak kecil. Lebih lebih anak yatim. Kerana doa mereka tiada hijab”

Saya mendengar penuh khusyuk. Saya minta dia menyambung lagi..

“Tapi.. jangan sesekali menguji Allah.. jika masih belum dikurniakan rezeki.. jangan sesekali berkata ‘aku dah buat semua.. takdepun Allah bagi apa apa’.. itu tanda kita tidak ikhlas”

“Jangan fikirkan sangat tentang anak. Tapi doa jangan putus.. Minta.. Harap.. tapi serah pada Allah. Kena selalu bersangka baik”

Ya Allah.. seperti tamparan hebat bila Kak Maya berkata tentang sangka baik. Saya yang overthinker ni, selalu saja negatif. Allahu..

“Dan satu lagi.. jaga badan. Badan ni amanah Allah. Gemuk tidak dosa, cuma jika ianya membuatkan kita jadi malas beribadah.. kan rugi?”

Huhuhu.. kali ini bukan tamparan yang kak Maya bagi. Tapi tendangan tanpa bayang. Haha..

Berat saya memang dah berkilo kilo naik selepas kahwin. Selera makan pun makin menjadi jadi..

Dipendekkan cerita.. baru saya tahu kenapa suami mengajak saya berkunjung ke situ. Untuk memulihkan semangat saya yang hampir lumpuh.

Alhamdulillah.. saya cuba menjadi orang yang baru. Tentang anak, saya cuba lupakan. Tapi tetap dengan doa. Saya dan suami lebih banyak memberi. Pantang lihat anak anak kecil, pasti akan saya beri sesuatu. Hati rasa tenang bila lihat anak anak kecil gembira.

“Doakan acik dapat anak comel macam awak ye..” itulah yang selalu saya katakan pada mereka. Walaupun ada juga yang kata “doa tu apa?” Hahaha.. terhibur saya..

Saya mula sayangkan badan saya. Saya minum 3 liter sehari. Saya makan ikut keperluan. Lebihkan sayur sayuran dan buah buahan. Saya kurangkan makanan proses dan jajan. Saya terasa sangat sangat sihat. Rasa ringan

Sehinggakan suami saya menegur saya nampak berseri seri.

Bulan ke 7, saya peri0d! Ini peri0d pertama saya selepas saya berkahwin. Haha.. asbab jaga kesihatan agaknya.

Peri0d saya berketul ketul banyak. Saya perasan, peri0d pain saya berkurang. Kawan saya kata sebab dah kahwin. Dulu jalan sempit.. sekarang jalan dah luas.. JKR dah buat kerja. Hahahah kurang asam betul!

Bulan ke 8, peri0d saya stop lagi. Saya dah dapat agak la.. dah tentu la pattern peri0d saya macam tu. Pasrah.

Dalam kepasrahan, saya diuji dengan penyakit kencing.

Bayangkan, perasaan kuat untuk kencing, tapi bila cangkung, beberapa titik saja yang keluar. Saya jadi takut.

Saya hubungi suami saya, dia pun balik tergesa gesa. Masa tu saya menangis takut. Kami terus bergegas menuju klinik

“Dah le tu. Kejap lagi kita tau la.. Tak payah takut sangat”. suami memujuk..

“Saya dah nak mti ke?”

Suami saya gelak. “Dah mula la tu!”

“Saya mti nanti abang kahwin lain tak?”

Suami saya gelak lagi kuat.

“Kalau saya mti, abang kahwin lain.. Saya jadi hantu, cekik bini baru abang!”

Kali ni gelaknya non stop. Bila dia lihat saya dengan wajah serius, dia terus senyap..

“Yelah.. abang tak cari lain. Kalau awk jadi hantu, awak tetap jadi bini abang.. macam Nang Nak tu!”

Saya tersenyum. Disitu saya lega. Walaupun mustahil, tapi itu sudah cukup membuat hati saya berbunga bunga. Hilang kejap masalah saya. Haha

Sesampainya di klinik, suami saya duduk diruang menunggu sementara saya masuk berjumpa doktor. Alhamdulillah.. doktor perempuan.

Saya ceritakan masalah saya pada doktor. Dengan tenang doktor berkata,

“Tu memang petanda ada jangkitan kuman pada salur kencing. Takpe.. kite cek ye..”

“Puan tadah kencing masukkan dalam bekas ni ye?”

Eh? Rindunya kat bekas tu. Teringat kenangan semasa di tingkatan 2.. haha.

Selesai semua. Saya serahkan bekas kecil itu kepada doktor. Saya tak nampak apa ujikaji yang doktor lakukan. Setelah beberapa minit, doktor keluar.

“Memang ada jangkitan pada salur kencing. Dan kencing sedikit berbau. Ada sedikit drah jugak”

“Bahaya ke doktor?”

“Tak bahaya.. cuma kalau tak dirawat bahaya kepada ibu mengandung”

Saya mendengar dengan sayu.

“Mujur saya tak mengandung doktor.. ”

“Masalahnya sekarang.. awak dah mengandung!” Doktor menunjukkan double line pada tester sambil tersenyum.

‘Apa?? Mengandung?? Mengandung anak ke? Ke mengandung lemak? hati saya mula meracau tak tentu..

“Betul ke doktor?” Suara saya sudah hilang rentak. Mata saya berkaca. Saya cuba kawal diri..

Disitu saya mencari cari kamera tersembunyi. Takut la kalau semua ni sebenarnya prank. Haha

“Kadang kadang, kencing kotor juga menjadi simptom mengandung. So, tahniah pada awak ye..bla bla bla bla..”

Saya sudah diawang awangan.. Syukurnya ya Allah. Terjawab doa saya. Saya janji menjaga amanah ini baik baik. Saya pandang perut saya.. Indahnya.. ada nyawa si kecil di dalam rahim ini..

“Tapi, saya bagi awak ubat insert ye. Untuk bnuh kuman. Masukkan ikut bawah.. Banyakkan juga minum air kosong. InsyaAllah nanti semua ok”

Saya angguk. Saya happy. Rasa nak peluk doktor.. tapi nanti dia kata saya overacting. Haha

Saya keluar dari bilik doktor. Saya lihat suami saya, dalam hati saya terjerit jerit ‘abangggg!!! Saya mengandung!!’ Tapi bibir saya cuma tersenyum.

Selepas bayaran klinik dan pengambilan ubat. Suami saya dengan tenang memimpin saya ke kereta.

“Ok saja kan? Tak jadi Nang Nak kan?”

Kali ni saya pulak tergelak. Dalam hati saya ‘Ye bang.. tak jadi Nangnak.. tapi jadi anak.. hehe’

“So? Apa doktor cakap?”

“Jangkitan kuman. Sikit je..”

Allah saja tahu betapa hati saya terlalu ingin meluahkan berita gembira itu. Tapi, sebenarnya saya inginkan sesuatu yang lebih dramatik.. haha

“Abang, singgah farmasi jap.. nak beli panadol”

Tanpa banyak bertanya, suami saya cuma mengikut.

Di farmasi saya beli pregnancy tester yang paling mahal. Saya difahamkan tester tersebut boleh meramal usia kandungan

Setelah membayar, kakak kaunter memberi wang baki dan kata “Tahniah..” saya terkejut.

Agaknya dia lihat saya tersenyum sorang sorang semasa memilih tester tadi. Haha

Sesampainya dirumah. Saya katakan saya ingin berehat. Saya terus masuk ke bilik air. Saya tadah kencing. Titik pada tester. Terserlahlah..

Pregnant. 2-3 weeks.

Ya Allah indahnya.. lama saya tenung tester tu. Macam jatuh cinta pulak. Haha

Tanpa membuang masa, saya keluar. Saya lihat suami saya sedang menonton tv.

TV saya matikan. Dia terkejut. Saya kumpul tenaga.. Saya kawal empangan di mata saya yang hampir nak pecah.

Saya serahkan pregnancy test padanya..

Dia yang pada mulanya tenang, akhirnya bangun dan terus memeluk saya.

Kami menangis!

Beberapa minit juga la. Habis baju saya lencun. Baju dia pun sama. Tapi saya rasa peratus kelencunan baju saya lagi banyak. Ini pertama kali saya lihat dia menangis dengan bersungguh.. Haha

Saya cuba menyelami perasaan dia sebagai suami. Saya tahu kelelakian dia tercabar apabila belum berjaya membuat saya mengandung sebelum ini. Disebabkan dia seorang lelaki, dia hanya mampu pendam dan berdoa.

Dia lihat perut saya, dia usap. Dia pandang saya, “terima kasih ye..” dan kami berpelukan lagi. Tak ubah macam scene drama waktu maghrib. Haha

Sebenarnya sekarang ini, bila saya ingatkan tentang peristiwa peluk peluk ni, dia kata dia tak ingat langsung! Malu le tu.. Hahah

Ye.. begitulah kisahnya..

Doa, doa, doa, dan doa..

Allah suka bila kita meminta. Merayu. Merintih..

Tapi kita kena usaha kan?

Ye.. betul. Kita usaha kerana Allah suka orang yang berusaha. Bukan kerana usaha penentu kejayaan. Usaha hanya asbab!

Ketahuilah.. segala galanya.. saya ulangi, SEGALA GALANYA.. hatta ingin mengangkat jari pun, adalah dengan izin Allah!

Kepada yang TTC (Trying To Conceive), saya doakan semua bertemu si comel nanti. Jangan pernah letih berdoa. Jika tidak direzekikan, pasti Allah merencana sesuatu yang lebih indah.

Sebelum ni, saya memang bertekad, jika tidak mampu memiliki anak sendiri, harap ada rezeki untuk mengambil anak angkat. Kerana saya perlukan doa dari anak anak jika saya telah tiada nanti..

Oklah ye.. Askar askar saya dah mintak makan pulak.. Saya undur diri dulu ye.. ada masa saya membebel lagi. Haha..

Terima kasih semua.. Terima kasih Allah..

 

Kredit:iium/edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *