Uncategorized

Penampilan Idzu Vokalis Nasyid Saujana Bikin Ramai Tak Kenal, Tapi Lepas Dengar Suara Terus Teringat Lagu ‘Sepohon Kayu’, Bukan Biasa2 Dia Sekarang

JANGAN bayangkan saya masih pakai baju kotak-kotak dan kopiah.

Begitulah reaksi spontan anggota kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin tentang penampilannya kini yang mungkin dilihat asing bagi sesetengah orang.

Namun rasa ingin tahu pengguna aplikasi TikTok akhirnya membawa kepada jawapan bahawa Idzu atau Khairul Idzwan Baharin adalah individu sama yang cukup popular sejak awal kemunculannya menerusi kumpulan Saujana pada 1997.

“Semestinya orang hanya ingat Saujana dan saya sendiri pada zaman kami remaja, tapi itu 24 tahun yang lalu.

“Jadi tak hairan ada yang tertanya-tanya dan cuba flashback dengan mengatakan macam pernah tengok… tapi dah lain sikit.

Paparan skrin daripada video muzik lagu Sepohon Kayu yang dilancarkan pada 1997.

“Jawapan saya mudah, mesti la dah lain dik… dulu anda kenal saya pada umur 16 tahun. Tentulah sekarang ada beza daripada segi fizikal, cara bercakap dan sebagainya,” katanya menerusi sesi panggilan video bersama mStar.

Nama Idzu, 40, kembali menjadi sebutan apabila dia menjawab pertanyaan daripada salah seorang netizen di TikTok tentang keanggotaannya dalam kumpulan Saujana yang popular menerusi lagu Sepohon Kayu.

Pertanyaan itu muncul berikutan penampilannya kini cukup berbeza jika dibandingkan sewaktu di awal kemunculan Saujana bersama Azalinor, Suffian, Hakimi, dan Faizul.

Terlalu sibuk dengan kerjaya, jadi soal jodoh saya serahkan kepada Allah, insyaAllah saya masih mencari.

Bukan itu sahaja, penampilan Idzu yang dikatakan berubah ke arah yang lebih feminin itu turut menjadi faktor mengapa wujud persoalan sedemikian.

“Mereka seolah-olah bayangkan saya masih pakai baju bercorak kotak-kotak besar dan berkopiah.

“Dik… dah 24 tahun takkan masih imej macam tu? Tapi tak mengapa kerana saya anggap mereka berada pada fasa untuk relate atau cuba mula mengenali saya,” katanya yang kini meneruskan kerjaya dalam bidang kajian perubatan.

133538217_820106245508064_6794684623862787098_n

Idzu bersama anggota lama dan baharu kumpulan Saujana pada Anugerah Nasyid Malaysia 2020.

Ditanya tentang kehidupan peribadi, Idzu berkata dia masih belum berumah tangga seperti semua anggota asal Saujana yang lain.

“Semua ahli asal Saujana sudah berkahwin tapi saya sahaja yang belum… saya masih lagi teruna.

“Saya terlalu sibuk dengan kerjaya, jadi soal jodoh saya serahkan kepada Allah, insyaAllah saya masih mencari,” katanya.

Menyentuh tentang kerjaya, Idzu berkata dia menyedari masih ramai peminatnya dahulu yang tidak mengetahui tentang laluan yang diceburinya sejak 15 tahun lalu.

“Ada juga yang ingat saya ni ustaz sebab menyanyi nasyid, itu feedback mencuit hati yang sering saya dapat.

idzu4

Idzu kini meneruskan kerjaya dalam bidang kajian perubatan khususnya berkaitan tisu manusia.

“Sebenarnya dulu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan bermula tahun 2000. Kemudian saya memulakan kerjaya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan.

“Kemudian saya kembangkan kerjaya dalam skop kajian perubatan dan pembuatan khususnya dalam kejuruteraan tisu manusia untuk kegunaan kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Berhubung keanggotaanya bersama Saujana, Idzu berkata dia tidak pernah mengumumkan meninggalkan kumpulan nasyid itu walaupun kini membawa laluan berbeza.

“Saya masih anggota Saujana dan tak pernah tinggalkan mereka. Namun saya tak aktif, saya akan muncul apabila ada projek khas sahaja,” katanya.

Selain Sepohon Kayu Saujana juga terkenal dengan lagu Keluarga Bahagian, Senyuman, Suci Sekeping hati dan banyak lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *