Uncategorized

‘Beli rumah lagi bagus’ – Zizan dedah penyesalan terbesar, beli Ferrari

SEMASA kemuncak popularitinya, Zizan dikatakan pernah memiliki sebuah ,kereta Ferari.

PETALING JAYA – “Beli kereta mewah awal-awal dulu.”

Demikian kata pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mendedahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.

Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.

“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.

“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.

“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.

ZIZAN berkongsi penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah membeli kereta mewah Ferrari menerusi ‘live’ Instagram Joe Flizzow, malam tadi.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.

“Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa)

“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram. – K! ONLINE

Sumber: kosmo

Sering ‘Jaga Jodoh’ Org, Zizan Razak Akhirnya Buat Kejutan dgn Memberi Cincin Untuk si ‘Dia’ ini

Tindakan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak memuat naik foto sebentuk cincin di InstaStory miliknya mengundang persoalan dan spekulasi orang ramai.

Menerusi InstaStory tersebut, pelawak berusia 37 tahun itu berharap si penerima akan gembira dengan kejutan dilakukan.

Kemudia memohon doa agar semua yang dirancang akan dipermudahkan.

“I hope you happy with this surprise. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” tulis pemilik nama Mohammad Razizan Abdul Razak itu.

Malah selain foto cincin, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu turut berkongsi video memaparkan sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan.

Zizan Razak beri kejutan cincin untuk siapa

“Bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku,” katanya romantis.

Zizan Razak beri kejutan cincin untuk siapa

Berikutan itu, warganet tertanya-tanya adakah Zizan sudah menemui cinta sejati dan mengambil keputusan untuk melamar ‘gadis’ berkenaan atau mungkin sekadar gimik semata-mata.

Zizan Razak beri kejutan cincin untuk siapa

Bagaimanapun, rata-rata berkata kejutan tersebut adalah untuk ibunya Anai Ibrahim.

Ini kerana reka bentuk cincin itu sesuai dipakai bagi golongan yang lebih berusia.

Ini untuk mak dia kot..

   

Cantik Orangnya ni nanti

   

Jangan Tunjuk kat Org Jijan

   

Bertuah la sape yg dapat si zizan ni

   

Harap kali ni jadi la ye

  

Terdahulu, menurut laporan media, Zizan mengakui terasa hati apabila sering menjadi ‘bahan’ netizen berkaitan hubungan cinta namun tetap mendoakan dirinya cepat dipertemukan jodoh.

 

Sumber: Instagram Zizan Razak & Official Hlive

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *