Uncategorized

Lahir Di Scotland, Anak Kepada Professor, Kahwini Balu Sy4hid. Kenali Siapa Sebenarnya Nadir Al Nuri

Perkongsian peribadi Nadir Al-Nuri, satu-satunya rakyat Malaysia di wilayah Palestin berkenaan kontroversi dengan Ustaz Ebit Lew semalam, menjawab pelbagai persoalan yang viral sejak menjelangnya sambutan Aidiladha 1442H.Tidak ingin terus ‘memanaskan’ keadaan, satu kisah menyedihkan tentang Nadir Al-Nuri, yang menjadi asbab perjuangannya sebagai aktivis kemanusiaan di sana.

Tapi sebelum itu, mungkin tidak ramai mengenali siapa Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Berusia 34 tahun, Nadir sebenarnya dilahirkan di Scotland ketika bapanya membuat PhD di sana.

Bapa Nadir iaitu Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merupakan seorang ahli akademik terkenal di UTM. Dia dibesarkan dengan asas pendidikan yang kuat dimana Nadir sendiri

adalah bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).

 

Nadir bersama ibu bapa dan adiknya, Ahmad Musa Al-Nuwayri
Keluarga Prof Dr Kamaruzaman Yusoff
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff

Sebagai orang terpelajar dan lahir dalam sebuah keluarga berada, secara zahirnya pasti kita menyangka… Untuk apalah dia bersusah-payah tinggal di sana? Apa lagi berjuang sebagai satu-satunya warga Malaysia di Palestin sewaktu perang melanda?

Bertubi-tubi pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran. Nadir tenang menjawab pertanyaan saya melalui kiriman voice note, termasuk kisah sedih yang menimpa isterinya, Reem Al-Minawi.

Nadir Al-Nuri dibesarkan di Bangi
Keramahan Nadir disenangi penduduk di sana

“Mengenang hari-hari di Gaza, kadangkala saya pelik sendiri bagaimana ianya dilalui. Elektrik yang datang seadanya, sempadan yang dibuka mengikut selera, keluarga yang terpisah bertahun lamanya. 

Mungkin, di dunia yang ini, untuk saya sudah ada suratan. Suratan bahawa hidup saya untuk mengusap kepala anak yatim dan menyuap sang miskin, untuk berkorban usia membebas Palestin, dan bersedia, pada bila-bila masa, kalau ada ikhlas dan istiqamah, diseru Allah bertemu-Nya dengan tangan ibu dan ayah dipimpin.” Nadir Al-Nuri

“Hai, saya Haura’. Saya anak Melayu pertama yang lahir di Palestin. Comel tak saya?”
Kecomelan Haura’ mencuit hati
Nadir dan Haura’

MERANGKAK UNTUK PULANG

Saya rasa ini kali pertama saya bercerita kepada khalayak tentang satu pengalaman yang sangat menyedihkan saya.

Sebagaimana yang kalian tahu, untuk masuk ke Gaza ni kita perlu melepasi sempadan Rafah. Ia terletak di antara bumi Gaza dan Mesir. Ia tidak selalu dibuka kerana dikawal dengan keizinan kerajaan Mesir dan Israel. Kadang-kadang 3 bulan atau 4 bulan sekali.

Jadi beberapa tahun lepas, saya bersama isteri dan anak sulung (Naeem) telah bermusafir ke Malaysia. Sekembalinya dari tanah air, dan dalam perjalanan untuk sampai ke Gaza semula, di Mesir, keadaan di sempadan Rafah ini seolah-olah keadaan di padang Mahsyar.

Berkumpul ribuan penduduk yang cuba untuk masuk ke Gaza dari pintu sempadan ni, dengan pengurusannya yang sangat-sangat buruk dan tidak sistematik.

Kadang-kadang kena tunggu 2 hari.

Masa ketika itu isteri saya menunggu dalam keadaan sedang mengandung, anak yang pertama (sepatutnya). Sebabkan keadaan itu, pihak kerajaan Mesir rasa kesian dan dia tak dibenarkan masuk cara biasa tapi dibuka sebuah pintu yang kecil.

Itu pun selepas beberapa jam menunggu dalam keadaan yang penat dan terpaksa berdiri untuk dibenarkan masuk.

Kami pun masuk melalui bawah pagar tu, merangkak perlahan-lahan untuk sampai kepada isteri. Alhamdulilah selepas penat yang begitu panjang, kami akhirnya dapat masuk ke Gaza semula.

Tapi selepas dua minggu, suatu hari isteri saya tiba-tiba meraung kesakitan. diikuti pendarahan dan ketulan-ketulan janin yang hancur. Kami dapat tahu kami kehilangan anak yang pertama kerana kepenatan yang melampau dalam tempoh dua minggu lepas, atau setepatnya ketika di sempadan tu.

Itulah pengalaman peribadi yang sangat menyedihkan, susah payah yang terpaksa kami tempuhi untuk masuk ke Gaza dalam keadaan yang sangat menyusahkan hingga anak yang dikandung pun terkorban.

KEBAIKAN BERPANJANGAN

Nadir Al-Nuri menjalin hubungan baik dengan kerajaan Palestin
Banyak kerjasama terjalin bagi membangunkan semula negera yang menempatkan Masjid Al-Aqsa itu

Setiap sumbangan yang disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia akan diagih-agihkan kepada mangsa di Palestin secepat mungkin. Nadir sendiri yang menjadi wakil penyumbang, dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas teruk di Gaza.

“Selepas perang, kita mahu memastikan bantuan penyediaan tempat tidur, sumber air, tandas sementara tak sampai ke tahap pusat pelarian.

Kita perlukan jumlah yang lebih besar selepas perang untuk pastikan rumah, hospital dan sekolah yang telah dibom dapat dibangunkan semula selepas perang.” Nadir Al-Nuri

Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadir lebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak. Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala.

Kredit: nona/Fuh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *