Uncategorized

“Pergi minta maaf dekat pakcik tu atau bersemuka dengan saya” – Yusuf Azmi

Tindakan keterlaluan seorang usahawan menegur warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur secara terbuka telah mengundang rasa marah orang ramai.

Dalam video tular di laman sosial, usahawan tersebut dipercayai turut mempersoal kisah lampau warga emas yang dikatakan kurang berusaha.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi, menerusi hantaran terbaru di Instagram menyelar perbuatan biadab usahawan itu meninggikan suara pada warga emas dengan niat mahu memberi motivasi.

Katanya, usahawan itu tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan penyesalan yang dilalui penghuni di pusat terbabit.

Turun Tempat Gelandangan, Bajet Bagus Bagi Motivasi??

Awak Siapa?? Ini terjadi bila rasa diri tu hebat sangat! Hilang hormat.

Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi MOTIVASI? Eh awak turun ke Pusat Gelandangan, kemudian nak perlekeh-lekehkan mereka? Siapa awak nak mempersoalkan penyesalan hidup Pakcik ini?

Awak tak tahu, susah senang kehidupan dia sepanjang 64 tahun.

Hari ini Allah hantar Semboyan untuk nasihatkan awak.. Carl Samsudin, tolonglah jangan BONGKAK!

Ingat ye, Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa saja..

Tempat tersebut kami pernah turun untuk beri bantuan.. Dan awak tak ada hak nak cakap macam itu pada Pakcik ini ?

Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi, pergi baca dulu buku adab..
Berjaya macam mana pun, adab kena jaga.

Tegur jangan sampai MENGHINA!
Di antara awak pergi minta maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!

Yusuf Azmi yang pernah turun padang menghulurkan bantuan di pusat itu memohon usahawan berkenaan menjaga adab dalam menegur.

Ujarnya, apa yang dilakukan sebenarnya telah menjatuhkan imej seorang muslim.

Selain Yusuf Azmi, Pencetus Ummah Syed turut menasihati usahawan terbabit supaya tampil memohon maaf kepada warga emas berkenaan.

Katanya, Allah SWT melarang umatnya bersedekah dalam masa yang sama mengherdik dan mencela penerima bantuan.

Dalam memberi nasihat, adalah lebih baik jika ia disampaikan pada waktu yang sesuai berdasarkan keadaan dan tempat tersebut. Janganlah pula dilakukan secara terang-terangan sehingga memalukan orang lain.

Kredit: Yusuf Azmi

Susulan Penularan Video, Penyebar Fiitnah Dikenal pasti, Peguam dkwa ada rancangan jatuhkan Carl

SEJAK Rabu, media sosial hangat memperkatakan mengenai kes membabitkan usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin, susulan tersebarnya video yang memaparkan dirinya meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan laman komen dibanjiri dengan kecaman terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu.

Ketika ramai yang ‘panas hati’ dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu.

Menurut Emma, klip video yang tular di media sosial hanya diambil sebahagian sahaja oleh pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan anak guamnya.

“Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar, herdik orang tua… walhal itu tak benar.

“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang itu’ yang sampaikan cara sebegitu,” ujarnya kepada mStar.

Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

“Apabila anda beri ceramah motivasi kepada awam, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ia berbeza mengikut audience.

“Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk ubah nasib hidup mereka. Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka memang nak ubah nasib hidup.

“Bila beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan untuk kongsi pengalaman dan kisahnya.

“Bukan dia herdik… itu tak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuannya untuk menjatuhkan Carl… sampai tular video ini satu Malaysia,” ujarnya.


Justeru, Emma berkata anak guamnya akan membuat laporan polis pada Khamis kerana penyebaran video berkenaan jelas mempunyai unsur fitnah.

Tambahnya, pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini sudah dikenal pasti dan akan dinamakan di dalam laporan polis yang bakal dibuat.

Laporan tersebut juga menurut Emma adalah bagi membersihkan nama Carl susulan penyebaran fitnah tersebut yang memberi kesan terhadap reputasi serta perniagaan anak guamnya.

Sementara itu mengulas mengenai kompaun yang dikenakan terhadap anak guamnya susulan tidak memakai pelitup muka ketika memberikan ceramah, Emma berkata bayaran turut akan dijelaskan pada Khamis.

Carl akan membuat laporan polis susulan penyebaran video berkenaan, pada Khamis.

“Itu kesalahannya dan dia mengaku tak ikut SOP. Dan dia akur dengan undang-undang. Polis memberi tempoh tujuh hari dan dia akan menjelaskan pada Khamis,” katanya lagi.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dipadam, namun sempat disimpan oleh netizen.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kecaman hebat netizen, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegur sikapnya yang disifatkan sangat biadab.

Sumber Mstar ( Shuhaniza Said )

Kredit:mudah terhibur

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *