Uncategorized

Nama kena ‘petik’ gara-gara ada pelawak terbabit dgn kegiatan har4m, Tauke tampil dengan penjelasan ini

Kuala Pilah: Pelawak terkenal dita.han polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi man.gsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki b3rusia 40-an itu ditahan dalam s3rbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Je.nayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.

“Menerusi Ops Pintas, kami berjaya me.nahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi ma.ngsa pemerdagangan ma.nusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipen.yeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hu.kuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah Perodua Axia, beberapa bungkusan k0ndom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.

“Suspek direman selama empat hari manakala ma.ngsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” katanya.

Pelawak Tauke beri penjelasan,

Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan

Tauke nafi 'bapa ayam' yang ditahan

Pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.

“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.

“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya.

Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Tauke Jambu | Iluminasi

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet.

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *