Uncategorized

‘Sarah sudah ditiarapkan dgn harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama’

Kuala Lumpur: “Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah.

Shuib ketika dihubungi berkata, harapan mereka sekarang adalah paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.

“Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan.

Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan.

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut.

Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuib, setiap hari tanpa Sarah di sini membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.

“Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.

“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.

Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami.

“Memang saya hanya boleh mohon orang doakan dia, tapi tidak menjangka ada sampai buat sendiri majlis doa selamay dan bacaan Yasin.

“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain,” katanya.

 

Lebih 24 selepas ditidurkan demi melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan menerusi kaedah pembedahan, penyanyi Siti Sarah masih belum sedarkan diri daripada koma.

Suaminya, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, juga terus menitipkan semangat dan memanjatkan doa agar pelantun lagu Kesetiaan itu terus kuat berjuang melawan virus maut, Covid-19.

Tulisnya menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram: “Sayang, saya tahu awak sudah buat yang terbaik. Awak dah lawan sampai anak kita dah selamat pun dilahirkan.

“Ayash Affan dah buka mata, kaki dan tendang-tendang dan tangan dah bergerak. Syukur Alhamdulillah dan sekarang awak penat dan sedang tidur.

“Tapi jangan tidur lama-lama eh sayang. Saya, anak-anak dan famili semua rindukan awak. Semua menunggu awak di rumah sayang,” tulis Shuib.

Masih tidak putus harapan agar isteri tersayang bangkit, Shuib terus mengharapkan magis dan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Jangan tidur lama sangat tau. Kuatkan semangat dan buka mata okey. Love you, sayang. Mohon semua terus mendoakan Sarah, ya,” ujar juara rancangan realiti, Raja Lawak musim ketiga itu lagi.

Menurut Shuib menerusi muat naik Instagram hari ini, keadaan isterinya menunjukkan perkembangan yang positif berdasarkan paras oksigen dalam badan yang semakin meningkat namun masih koma.

Semalam sekitar pukul 4 petang, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritikal.

Biarpun dilahirkan pra matang dan perlu menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan apabila pembantu rumah mereka disahkan positif virus maut tersebut.

Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar.”

Itu perkongsian Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masih memerlukan alat bntuan pernafasan dan keadaan oksig.ennya membimbangkan pada tengah malam Jumaat.

Menurutnya, oksig.en dalam badan Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas pembdahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.

” Masih perlu bantuan ok.sigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

” Cuma pukul 11 malam oksigen drop sampai 40. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksi.gen naik 77 dan baru tadi dktor beritahu oksigen Sarah 80,” ujarnya.

Untuk makluman, kadar ideal oksi.gen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus.
Perkongsian Shuib di Instagram.

Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu.

” Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

 

Sumber: hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *