Uncategorized

“Bukan nak bergaduh… tapi bahasa dia buat kami nampak jahat” – Hafeez Mikail ‘sentap’ dengan kenyataan Naim Daniel libatkan ejen insurans

“Bukan nak bergaduh… tapi bahasa dia buat kami nampak jahat” – Hafeez Mikail ‘sentap’ dengan kenyataan Naim Daniel libatkan ejen insurans – Sensasi

GARA-GARA penggunaan bahasa yang dianggap kasar, pelakon Hafeez Mikail menegur penyanyi Naim Daniel agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuatu isu.

Lebih menimbulkan rasa kurang senang apabila tuduhan Naim kononnya ejen insurans mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu berniat jahat dan hilang nilai kemanusiaan.

Ujar Hafeez atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, Naim seharusnya lebih sensitif dengan bahasa yang digunakan agar tidak menggores hati orang lain.

Hafeez memuat naik video pengurus ejen insurans menjelaskan mengenai kenyataan Naim Daniel.

“Saya setuju dengan kenyataan Naim yang mengatakan jangan menggunakan kisah kematian Siti Sarah sebagai modal untuk bercerita tentang hibah atau insurans.

“Tapi saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu ‘korang memang hilang manusia dalam diri’.

“Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insurans ini macam jahat.

Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak… sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai,” katanya kepada mStar.

Saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu.

HAFEEZ MIKAIL

PELAKON

Sebelum ini, status Naim di Twitter memberi amaran kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang Hafeez.

Menerusi status tersebut, Naim menyifatkan pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insurans tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri.

 

Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insurans tampil berkongsi video seorang individu menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian semata-mata untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Dalam pada itu, pelakon filem Busker ini berkata penyanyi lagu Purnama itu sepatutnya mengkritik tindakan influencer dikenali sebagai Aisar Khaled yang memuat naik video melawat kubur arwah isteri kepada pelawak Shuib.

Hafeez hanya tidak setuju dengan penggunaan bahasa Naim di penghujung kenyataan tersebut.

“Daripada dia hentam ejen insurans yang saya tak nampak lagi ada kongsi atau guna kisah pemergian Siti Sarah, baik dia hentam influencer yang memang ambil kesempatan terhadap kisah arwah.

“Baik hentam benda yang dah jadi daripada benda yang tak ada pun lagi.

Kalau betul ada ejen insurans ambil kesempatan atau menggunakan bahasa tidak sesuai melibatkan arwah Siti Sarah, saya pun akan hentam mereka.

“Suara seorang selebriti ini sangat kuat… jadi saya harap dia gunakan bahasa yang lebih sesuai. Saya muat naik video itu bukan nak bergaduh dengan dia tapi sekadar ingin beri penjelasan.” ujarnya.

Terdahulu, AMARAN penyanyi Naim Daniel di Twitter kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemergiaan Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang pelakon Hafeez Mikail.

Bagaimanapun Naim berkata, status itu sekadar peringatan kerana sebelum ini ada segelintir pihak menggunakan kisah permergian Allahyarham pelawak Abam Bocey sebagai modal untuk menarik orang membeli insurans.

Namun, penyanyi lagu Purnama itu tidak menjangkakan Hafeez yang juga seorang ejen insurans terasa dengan status berkenaan.

“Status yang saya muat naik itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu. Ia sekadar peringatan secara umum sahaja… malah, saya tulis ‘kalau ada’.

“Kalau ingat lagi, selepas arwah Abam meninggal… ada saja segelintir ejen insuran yang ambil kesempatan menggunakan kisah arwah untuk tarik orang beli insurans.

“Tiba-tiba dia muat naik video membalas semula status saya di Instagram dengan mention nama saya. Kalau betul tak buat, kenapa nak terasa?” katanya kepada mStar.

Pada Isnin, Naim menganggap pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insuran tidak mempunyai nilai kemanusian dalam diri.

“Kalau ada mana-mana ejen insuran yang guna modal kematian arwah kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya, korang memang hilang manusia dalam diri,” tulisnya.

Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran tampil dengan video membidas semula status penyanyi itu pada Rabu.

Sementara itu, menerusi video dan komen balas daripada Hafeez, pihak mereka tidak pernah mengambil kesempatan namun sekadar mengambil peluang itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Banyak lagi cara untuk tarik orang mengambil insurans.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun ini menganggap penjelasan yang diberikan Hafeez itu tidak kuat untuk membidas kenyataannya.

“Apabila dia post video itu, maknanya dia membuka ruang untuk saya bercakap dan menyuarakan pendapat saya juga. Saya tahu kadang-kadang apa yang saya cakap mungkin ada yang tak betul.

Antara komen balas Naim dengan Hafeez.

“Jadi, saya harapkan dia memberikan point yang kuat untuk membidas saya. Tapi malangnya bagi saya, point yang diberikannya itu lemah. Ibu bapa saya juga pernah terlibat dalam bidang insurans.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

“Tapi mereka tak pernah guna kisah kematian orang lain untuk kejar sale. Ada beberapa ejen insuran juga mesej saya mengatakan mereka tak setuju dengan penjelasan video yang dimuat naik Hafeez itu.

“Banyak lagi cara untuk tarik orang mengambil insurans… bukan dengan menggunakan kisah kematian orang lain,” ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *