Uncategorized

[VIDEO] “Kem4tian tak mengakhiri cinta” – Shuib kongsi video nyanyian terakhir Siti Sarah, lirik lagu Agnes Monica seolah-olah bagi ‘hint’

[VIDEO] “Kem4tian tak mengakhiri cinta” – Shuib kongsi video nyanyian terakhir Siti Sarah, lirik lagu Agnes Monica seolah-olah bagi ‘hint’ – Hiburan

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Anak-anak belum tahu lagi…” – Shuib

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Foto kenangan Shuib bersama arwah Siti Sarah dan anak-anak mereka.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arwah apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

 

Video

300 0rang Di Mekah Turut Solat Jen4zah Gh4ib Untuk Arwh Siti Sarah” Kem4t1an Yang Di Cemburui Ramai

Pemergian penyanyi Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin yang men1nggl dn1a hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.

Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahy4rhamah ketika hayatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwh. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan arwh isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya. Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terh4ru.

Rata-rata tertanya apakah amalan beliau sehingga kematiannya begitu dimuliakan Allah swt? Wallahuallam, hanya Allah yang mengetahui. Namun kita sebagai manusia yang masih bernyawa sepatutnya mengambil ikhtibar dari kisah-kisah yang meruntun hati ini.

 

Menurut perkongsian video pendek di laman di twitter milik Qurratul Aina dan laman TikTok milik Hass Hassanah, arw4h Siti Sarah sebenarnya turut disolatkan secara gh4ib oleh hampir 300 jemaah di Mekah!.

Subhanallah! Shuib yang merupakan suami kepada arw4h menggeleng-gelengkan kepala, sambil mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana penghargaan yang cukup besar buat arw4h isterinya itu.

Netizen turut menzahirkan ucapan yang baik-baik buat arw4h. Masing-masing menginsafi diri lantaran satu demi satu kebaikan arw4h yang Allah swt perlihatkan pada seisi negara yang menangisi kehilangannya.

Kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *