Uncategorized

“See you soon Malaysia…korang nak kirim apa?” – Kata-Kata Caprice Jadi Kenyataan, Bakal Pulang Tak Lama Lagi

HAMPIR dua bulan berada di Mes1r selepas gagal memasuki G4za, P4l3st1n, panyanyi rap Caprice akhirnya memberi bayangan untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia perlu melengkapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al 4qs4 2040.

“Saya b3nci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini?”

“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” ujarnya.

Caprice berkongsi perkara itu di media sosial sebagai respons kepada pertanyaan netizen sama ada dia akan mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia selepas berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.

Caprice berkongsi sedikit petikan lagu baharunya di IG.

Dalam pada itu Caprice berkata, dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu kolaborasi dengan beberapa artis di negara itu.

“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi” katanya menjawab soalan netizen.

Dia turut memuat naik sedikit petikan lagu baharu itu di laman sosialnya pada malam Isnin.

See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Rata-rata netizen berkongsi rasa teruja selepas mendengar lagu berkenaan.

Sebelum ini Caprice mencetuskan k0ntr0versi dengan menegur personaliti dakwah Ebit Lew susulan rugvtan yang did4kwa diterima penduduk G4z4.

Dia juga mengumumkan untuk mended4hkan kepinc4ngan yang berlaku di G4z4 yang melibatkan orang-orang berpengaruh di Malaysia, dia bagaimanapun membatalkanya selepas lap0ran polis dibuat oleh Ebit.

Caprice mempertikaikan cara Ebit yang kerap merakamkan foto bersama kanak-kanak yang dibantunya.

Caprice mempertik4ikan cara Ebit yang kerap merakamkan foto bersama kanak-kanak yang dibantunya.

Caprice selepas itu memberitahu dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.

Jangka Hishammuddin PM baru Malaysia? 

Dalam pada itu, menerusi instastory, Caprice juga telah menyatakan harapannya supaya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga bekas Mnteri Kanan Luar Negeri dilantik menjadi Perdana Mnteri Malaysia yang baru.

Tambah Caprice lagi, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan jangkaan dan pemerhatiannya yang melihat Hishammuddin calon sesuai berdasarkan ‘ag3nda dunia’.

Selain Hishammuddin, Caprice juga memilih Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Mnteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin.

Yang paling sesuai dengan agenda dunia ialah Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa dia baru berjumpa atau siapa di belakang dia, apa dia buat baru-baru ini,” katanya

 

So adakah korang bersetuju dengan calon PM yang dipilih Caprice tu? Apa-apapun semoga Caprice pulang ke Malaysia tak lama lagi. 

 

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Keputusan itu dibuat selepas hilang mejoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan tidak mendapat sokongan parti politik.

 

 

Sumber : mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *