Uncategorized

Shahida Titip Doa Buat Arwh Wani Comel, Beri Pesanan Kepada Pengikut

Berita mengenai pemergian Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel turut mendapat perhatian ramai selebriti dan personaliti terkenal tanah air.

Shahida Dimaklumkan Oleh Pengikut 

Antaranya termasuklah Datin Seri Nur Shahida yang pernah bekerjasama dengan Allahyarhamah suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran di laman Insta-story nya, isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut setelah salah seorang pengikutnya memaklumkan menerusi kiriman mesej peribadi (DM).

“Baru ada followers DM beritahu Wani Comel telah pergi menemui pencipta-Nya akibat COVID-19. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh..” tulis Shahida

Pesan Jaga Diri 

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar dapat menjaga dan mencegah diri daripada jangkitan COVID-19.

“Kepada semua yang membaca post ini. Jaga lah diri..Covid tidak mengira mangsa..mati itu sungguh dekat dengan kita..” pesannya

Murai.my sebelum ini melaporkan  Wani Comel  meninggal dunia pada jam 9 malam tadi (Rabu) dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

Sebelum itu, rakan baiknya  yang juga anak penjaga Wani, Putri Nur Rabiatul Nabibah Binti Riduan terlebih dahulu dijemput Ilahi pada jam 4.40 pagi hari yang sama akibat wabak tersebut.

 

Wani Comel meninggl dunia

Berita pemergian Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira dimaklumkan Zarina Anjoulie menerusi satu posting di Instagram.

Wani Comel yang baru berusia 24 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9 malam tadi (Rabu) akibat wabak m4ut Covid-19.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Zarina memaklumkan bahawa seorang lagi wanita yang dikenalinya, Putri Rabiatul Nabiha iaitu merangkap rakan baik Wani Comel turut disahkan meningg4l dunia pada jam 4:40 pagi (18 Ogos).

Salam takziah. Kedua-dua arwah memang baik orangnya. Anju memang sayang dua insan ini, hormat orang dan berbudi bahasa. I love you both and will always pray for both of you my adik-adik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan salam takziah buat keluarga Wani Comel dan Putri Rabiatul Nabiha.

Mereka mendoakan agar kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

ALLAH LEBIH SAYANGKAN MEREKA BERDUA. PUTRI NUR RABIATUL NABIHAH BT RIDUAN
4.40am 18 Ogos 2021. NURUL AIRAWANI NAZIRA BT IBRAHIM 9.00pm 18 Ogos 2021

Sedekahkan AL FATIHAH buat kedua anak saya ini

Sumber: Zarina Anjoulie via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *