Uncategorized

Suami pendiam orgnya sbb tu sy rasa sunyi. Mlm tu sy ajak suami msuk bilik awal. Tk sangka pula dia buat mcm tu.

Gambar sekadar hiasan. Hai semua. Saya dan suami dah berkahwin lebih 10 tahun. Anak-anak pun dah besar.. Tiga orang dah di sekolah rendah.. Dia kerja swasta, saya kerja gomen.

Suami ni baik orangnya, rajin buat kerja rumah, urus anak, sidai baju lipat baju. Jenis family man lah, anak-anak pun rapat dengan dia.

Even gaji die rendah daripada saya, dia tak culas. Bab anak-anak, rumah.. Dia bayarkan.
Sekali nafkah saya pun dia kasi, kalau yang kenal kami, akan cakap kami pasangan bahagia.

Dengan family pun saya jarang cerita hal rumahtangga, kalau cerita pun saya cerita yang baik-baik saja. Bukan nak up laki, tu sisi baik dia. Namun, hakikatnya. Saya sangat sunyi.

Hari-hari dipenuhi dengan rutin, dia buat kerja dia, saya buat kerja saya. Tambah waktu pkp ni kan, banyak masa di rumah. Hari-hari dipenuhi dengan rutin. Bab rumah.. Bab anak. Bab kerja. Kalau dulu waktu sebelum pkp, kami keluar bekerja, jumpa waktu awal pagi dan lewat petang, malam masing-masing dah penat.

Tak sempat nak berbual. Tapi tak ada lah terasa sangat, sebab saya bekerja, di tempat kerja dapat borak-borak dengan member tempat kerja. Bila pkp ni, terasa sangat sunyi. Masing-masing buat kerja masing-masing.

Ada lah tanya sikit-sikit bab anak dan rumah, tapi bukan berbual manja-manja ke gelak-gelak. Serius saya lonely. Laaa sebelum kahwin takkan tak tahu dia jenis tunggul. Tahuuu. Dia memang jenis pendiam, daripada zaman bercinta lagi. Bukan dengan saya saja, dengan kawan-kawan. Dengan family dia pun dia diam.

Balik rumah metua, lagi awkward, masing-masing tak bercakap. Tengok tv, senyap. Hahaha.. Memang jenis family tak berbual. Lain dengan family saya, pantang senyap. Ada saja topik nak cakap. Tak ada topik, gi bahan orang pun boleh. Janji tak senyap.

Sebelum kahwin, ada lah kadang join lepak dengan kawan-kawan dia. Dia ambik part gelak sikit-sikit saja. Langsung tak bercakap. Agak kawan-kawan dia pun dah faham perangai, janji dia join lepak saja sudah. Tapi, dulu kan sebelum kahwin, macam tak fikir sangat. Fikir asalkan dia baik dan bertanggungjawab.

Alah, nanti lepas kahwin banyak masa bersama kan, boleh create kemesraan tu. Hakikatnya 10 tahun dah ni, non hado.. Hahahaha. Lakiku masih tunggul dulu dan kini.

Sometimes scroll IG tengok kemesraan suami isteri, best nya ya suami isteri boleh tepuk tampar sama-sama, gelak sama-sama. Tengok Shuib dan aruwah Sarah, nampak bahagia. Husband and wife tapi macam bff, best sungguh rasa. Siap ada buat reels, tiktok, challenge sama-sama.. wow kagum.

Saya jarang post pasal suami di IG. banyak pasal anak-anak saja, nak post mesra-mesra dengan suami, tak ada ape nak post juga.. hehehe. Nak bergambar pun kaku dan keras saja rasa.. ni kan pulak nak buat reels ke tiktok ke.. memang tak lah. Bergambar pun jarang-jarang, raya pun tak ada gambar berdua. Tah lah, rasa kekok, macam nak bergambar dengan orang asing. Sampai macam tu perasaan.

Saya ni bukan lah jenis extrovert sangat, tapi tak ada juga introvert. Saya jenis suka bersembang, gelak-gelak. Kalau saya rapat dengan seseorang, sembang satu hari pun no hal. Benda ulang-ulang sembang pun boleh gelak lagi. Perempuan kan, dengan sembang-sembang lah buat kita rasa selesa dengan seseorang. Rasa dihargai.. Rasa didengari..

Dah tau laki jenis pendiam kan, kita lah patut start dulu. 10 tahun lebih kan. Memang selalunya saya lah kena start dulu nak bersembang, kalau saya tak mula, memang dia boleh hidup dengan dunia dia saja. Dalam kereta, saya cuba berbual. Di meja makan. Tapi, respon dia hanya hmm. Hmmm.. Itu pun nasib dia respon, kalau tak macam cakap dengan tunggul.

Sampai saya rasa hilang topik nak cakap. Bila macam tu, saya tanya direct kenapa tak respon? Dia boleh cakap kan dah cerita pasal tu sebelum ni. Lah, habis tu? Saya pun dah habis topik nak sembang, nanti saya layan handphone sepanjang masa kata saya asyik sibuk dengan handphone.

Bila sembang, taknak layan pulak. Pastu senyap balik. Bosan gile. Kalau perjalanan jauh pun macam tu juga lah, masuk kereta baik saya tidur. Satu lagi perangai dia, suka tidur lewat malam. Dia akan layan tv, biasa 2-3 pagi baru dia akan naik bilik, off course lah time tu saya dah tidur.

Sudah lah satu hari busy dengan anak-anak, rumah dan kerja. Malam pun macam tidur asing-asing, bangun pagi tengok dah ada kat sebelah. Hari-hari macam tu berulang benda yang sama, bosan gile. Kat tempat kerja, saya ada member lelaki yang boleh masuk air berbual, suami pun kenal member saya tu. Kadang saya cerita balik apa kami bual gelak-gelak, respon dia? Masih sama. Hahahaha.

Pernah tanya dia. Tak jeles ke? Dia jawab, member saja kan? Buat apa nak jeles, tak ada perasaan laki aku ni. Dia tahu saya bukan jenis macam tu, saya tahu jaga batas.. Tu dia tak kisah. Saya pun ada pernah luahkan pada dia pasal ni. Saya beritahu perempuan suka bersembang. Fahamkan dia tentang emosi perempuan,

Saya bagitau sometimes ada benda tak boleh sembang depan anak. Tak semua boleh bawa sembang kat meja makan, kat kereta. Anak dah besar kan, tak elok diorang dengar. Ada bende kena bincang suami isteri, saya minta dia naik ke bilik lepas semua anak-anak tidur. Dia kata dia tidur lewat sebagai ”me time” dia lah, time tu dia nak tengok tv tanpa gangguan anak-anak..

Ok fine, saya kata bukan hari-hari,At least seminggu dua tiga kali naik awal dapat sembang-sembang dengan saya pun ok lah. Ada lah dia naik, tapi, bukan nak sembang dengan saya, dia sambung tengok tv kat atas pulak.. hahahaha. Macam tu jugak lah, saya nak sembang, dia masih dengan hmm hmmm dan no respon dia tu.. ya Allah.

Bila luahkan lagi, dia habis ungkit dia dah banyak buat kerja rumah. Banyak urus anak, aik dia ni faham ke tak? Apa kaitan urus rumah dengan layan bini? Dalam kepala hotak dia, dia dah urus rumah tu kira dia bertanggungjawab lah pada saya. Dah layan lah tu.

Kenapa nak komplen lagi? Jenuh nak terangkan apa kita nak. Nak dia layan saja pun, mesra-mesra macam laki bini lain.

Nafkah bini ada nafkah batin bukan sekadar tuuttt tapi gurau bual-bual buat bini happy pun nafkah batin juga. Dia kata kite tak bersyukur pulak. Dia dah banyak tolong buat kerja rumah, takkan tak happy lagi hahahaha.

Dok ulang yang tu saja lah sampai abang jamil mmpus, susah bincang dengan orang keras kejung gini.

Pernah sekali tu, saya mogok, saya tak keluar bilik satu hari, tak minum tak makan daripada pagi. U know what? Memang dia tak kisah. Saya tak ada lah harapkan dia ketuk pintu macam drama pukul 7 tu pujuk manja-manja panggil makan ke apa.

Atau bawakkan makanan tunggu sampai kita bukak (berangan). Alah die bukan jenis romantik.

Ingat terjangkau ke akal fikiran dia nak buat cam tu? Jangan harap lah. Sadisnye kan, satu mesej pun tak ada!

Kot mesej lah, tanya lah kenapa? Sakit ke? Tak lapar ke? Hahahaha. Kematu lah kau mogok syok sendiri sorang-sorang, memang dia takkan layan.

Last lewat malam saya tak tahan sangat.. Baru saya turun makan, dia ada saja kat bawah. Pandang macam tak ada apa saja. Agaknya memang dia tak kisah bini ade ke tak?

Sometimes kan saya rasa, dia patut hired maid saja, tak perlu lah bela bini. Dengan maid kan senang, ko buat kerja kau, aku buat kerja aku. Lebih-lebih tarak.

Tapi, mana dia mampu bela maid. Baik bela bini kan, bulan-bulan tak ada lah bayar beribu macam maid. Kalau perempuan boleh kahwin empat, memang saya kahwin lagi satu.

Orang laki kalau kurang layanan tahu nak pasang dua, ingat perempuan pun tak ada perasaan ke?

Alah sekadar cakap saja lah, dia tahu kita mana boleh buat. Atau pun sebenarnya dia tak kisah saya ni ada atau tak? Dah banyak episod tunjuk perasaan, usaha itu ini, tapi tak berhasil.

Dia masih keras diam mulut terkunci macam tunggul. Ke korang ade idea lagi apa nak buat?

– Lily Petunia (Bukan nama sebenar) Kredit edisimaya.

Antara reaksi warganet :

Nur Abdullah :Suami saya pendiam sbb dia oku pndngaran..nk ckp dgn dia saya kena ulang sampai 3 kali..kami jarang berbual dan akan berckp benda penting jer. Tp saya suka ddk dkt dia..teman dia mkn..nonton tv. kdg2 cuma senyum jer.

Dia pun selalu tidur lewat..mesti saya yg tidur dulu..sblm tidur salam n peluk dia. Kdg2 wasap dia ucap selamat mlm wpun dia cuma kt luar blk jer..Mesti ada kemanisan di situ wpun tanpa kata2.

Dik..jgn bndingkn suami kita dgn org lain.. sampai bila pun kita takkan bahagia…yg kita nmpk tu yg baik2 jer..yg buruk n busuk mesti isteri dia simpan kemas..takkan nk post kt socmed. Kt fb n ig tu cuma dunia tipu2 jer..jgn terpedaya sgt..bykkn follow ustaz n ustazah yg memberi motivasi dan ilmu dlm rmhtangga.

Nor Fauziah :Carilah topik dia boleh nak start berbual.. Kalau tengok tv, tanya lah pasal rancangan kat tv.

Arwah suami saya pendiam, saya? Adeh.. Dah pejam mata baru diam.. kitorang ni berlwan habis karakter, tapi itu lah di panggil saling melengkapi.. Rajin2 la cari info, baca buku ke Men from Mars, Women from Venus.

Fahami cara lelaki dan perempuan berfikir. kalau buat lawak pun, gelak sendiri2 pun tak pe.. lantak kan je.. Nanti lama2 dia respon la jugak .

Demonize Alia :Salam. Puan, salah satu kerja saya ialah mencipta soalan untuk memdapatkan maklumat dari pelanggan jdi saya cadangkan puan bagi open-ended questions kat dia.

Soalan yg takda pilihan tapi lebih mendengar pendapat dia. Contoh, pada pendapat abang, kenapa politik negara kita berpecah belah? Abg rasa kenapa dia macam tu?

Rajin2 kan survey, observe apa yang dia rajin tonton n tanya dengan cara di atas berdasarkan kesukaan dia.

Dengar pendapat dia n cuba fahami cara dia berfikir, lepas tu baru beri pendapat awak. Understand first then to be understood.

Huhuhu.. sorry yer kalau cam skema.. dont compare yourself with others. Dont worry, you’ve got this

Sumber : iium confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *