Uncategorized

Aku 8 tahun masatu. Tengah tunggu ayah. Pakcik guard ajak masuk pondok. Aku terkaku di dalam

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, nama aku Zaza. Aku nak cerita satu kisah silam masa aku sekolah rendah yang tak dapat aku lupakan.

Dan aku tak pernah cerita dekat siapa siapa kecuali sorang kawan baik aku dekat kolej tu pun bila aku rasa dah ready nak cerita.

Aku cerita ni bukan nak buka aib sendiri tapi aku nak semua parents di luar sana ambil pengajaran dari kisah ni.

Dulu, time sekolah maybe darjah 2 aku tak ingat sebab dah lama, aku bersekolah di satu sekolah kebangsaan ni.

Hari hari ayah aku hantar dan ambil balik sekolah. Tapi kadang kadang ada hari ayah aku lambat ambil sebab ayah aku kerja bomba.

So dia selalu pesan, “jangan pergi mana mana. Tunggu ayah dekat pondok pakcik guard tau”. So aku pun tunggula. Mula mula aku tunggu dekat luar pondok saja. Pondok tu kecik saja muat muat dua orang. Ada tv, sofa kecik.

Pakcik Guard tu nampak baik la pada aku masa tu yang baru berumur 8 tahun. Ada hari aku tunggu ayah aku dekat luar pondok. Tiba tiba hujan lebat so pakcik guard ni pelawa duduk dalam pondok, pastu bagi aku jajan.

Start dari sini aku mula rapat dengan pakcik guard tu. Eh lupa nak bagitau pakcik guard tu berumur 60-70 camtu sebab memang nampak dah tua betul.

Since dari haritu, kalau ayah aku ambik lambat aku tunggu dalam pondok tu.

Tapi ada satu hari ni macam biasa tunggu ayah aku ambik aku dudukla berdua dengan pakcik guard tu dalam pondok dan dia angkat aku duduk atas riba dia ala macam atok angkat cucunya. Tapi tak sangka pakcik guard ni perangai binatang.

Dia seluk tangan dalam kain sekolah aku dan meraba raba bawah aku. Korang tau tak aku buat apa lepastu? AKU TAK BUAT APA APA Wehh. Aku duduk diam saja.

Sampai sekarang aku menyesal dan persoalkan diri aku. Kenapa tak lari, kenapa tak jerit, tak boleh fikir ke.

Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang budak yang naif, tidak tahu yang mana betul atau salah. Aku tak tahu. Aku betul betul tak tahu.

Beberapa kali jugak perkara ni berlaku. Tapi start aku darjah 3 aku dah balik jalan kaki sendiri memandangkan rumah aku dekat jadi tak perlu tunggu ayah aku ambil.

Makin lama makin aku membesar, banyak yang aku belajar terdetik dekat hati aku yang bende tu salah tak betul. Bukan pakcik guard jaga dan lindungi keselamatan murid murid tapi makan murid tu sendiri.

Okay, aku ni anak sulung so, aku dah naik tingkatan 1 menengah, dan aku ada sorang adik perempuan yang sekolah di sekolah yang sama, dan pakcik guard yang sama.

Aku tak kasi adik aku tunggu dekat pondok guard kalau nak jugak tapi dekat luar tak boleh masuk dalam and aku memang benci giler kat pakcik tu dengan apa yang dia dah buat.

Kadang kadang aku sendiri ambik adik aku balik and aku memang benci tengok muka pakcik tu. Sampai sekarang umur aku 20 an aku masih tak boleh lupa.

Sampai aku tak boleh beza tu mimpi atau betul. Bila dah besar aku mempersoalkan aku ke yang salah dalam hal ni?

Aku jadi marah dekat diri sendiri, sedih sebab aku dah tak suci lagi dari kecik aku jadi geli dengan diri sendiri tapi time tu aku masih budak tak tahu apa apa. Aku trauma dengan semua ni.

Untuk parents dekat luar sana, tolonglah please. Aku merayu dekat korang tolong tahu dan cakna dengan anak anak korang. Lagi lagi yang kecik masih sekolah rendah. Sebab mereka naif, tak tau apa apa.

Cubalah tanya, “hari ni buat apa kat sekola?”, “makan dengan sape?”, “balik tunggu ayah dengan sapa?” dan sebagainya.

Dan jangan terlalu percaya pada sesiapa pun. Even yang diamanahkan jaga murid pun berhati binatang.

Aku harap korang semua dapat ambik pengajaran dari kisah aku ni. Aku taknak budak budak kecik yang lain senasib dengan aku.

Reaksi Warganet

Ros Mohamad –
Sy mmg xleh brain kalau tua² buat onar dgn budak/cucu seriously. Mmg manusia yg bertopengkan syaitan ni sgt jahat dan lebih jahat dari org yg mcuri merompak. Sbb yg tu kita tahu dan kita sentiasa bjaga². Yg bertopeng ni???

Ha Limah –
Saya pun bencik pak guard asrama saya dulu. Mak saya datang asrama masa saya sekolah, sebab nak hantar duit makan. Lepastu mak saya kirimkan sampul duit rm50 dalam bungkusan bekal, tinggal dekat pondok pak guard. Tapi dia bagi bekal je, sampul duit dah takde. Hujung minggu call mak, mak bagitau ada kirim duit, saya kata takde pun. Kebetulan pak guard tu dah berenti kerja lepas dia sailang duit saya. Bahangong betul, malas nak halalkan. Ahahahhah.

Cik Ros –
Sebab tu budak2 dari kecil seawal usia boleh berjalan. Kita kena ajar part tertentu utk tutup dan ajar malu. Mmg pada anggapan kebanyakan org bdk2 x tahu apa2. Tapi benda ni kena terap setiap hari.

Contoh budak baru boleh berjalan usia setahun. Lepas mandi kalau ternampak sikit anu dia terus cakap “eeeii tak malu.. Tak malu.. Tutup cepat. Malu orang tengok” sambil bantu dia tutup kemaluan dia dgn kain tuala atau apa saja..

Sejak kecik kena ajar benda ni. Jadi bila dia dah usia 3..4 tahun dia tak akan berani bogel depan orang apatah lagi nak bagi orang sentuh. Sebab dah ada dlm minda dia part tu sulit. Malu. Tak boleh tunjuk kat orang. Org tak boleh tengok atau pegang.
So dia boleh beza benda salah atau betul.

Tapi bila tengok video yg banyak di socmed ada parent yang biar anak2 mandi bogel bercampur2 laki perempuan. Dan tak segan2 record anak separa bogel. Anak dah 3..4 tahun. Nampak mcm remeh tapi kesannya besar.

Dalam family kami memang diajar macam tu sejak baby lagi. Tapi jadi masalahnya anak yg lelaki baru usia 5 tahun ada tungau di bahagian kemaluan dia. Bengkak. Tapi tak bagi mak ayah tengok sampai ke sudah. Hahaha. Terpaksa tunggu dia tidur baru boleh tengok.

Laila Intan –
Terima kasih atas perkongsian peringatan ini.

Sebab tu dalam silibus pendidikan kesihatan ada ditekankan sentuhan selamat dan tidak selamat.

Guru perlu terangkan sebaik mungkin dan beritahu pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi.

Sebut nama kemaluan dengan betul. Faraj dan zakar. Ini penting sebab kalau buat report, kita nak kan jelas dan tepat.

Sebagai ibu bapa kita boleh sama sama sentiasa mengingatkan anak anak baik lelaki atau perempuan tentang hal ini.

Semoga anak anak kita dilindungi dari semua kejahatan manusia tarak gunaaa ini….

Sumber – Zaza (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kredit:edisimedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *