Uncategorized

Bertaraf menteri, ini jawatan terkini Muhyiddin

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini

Selepas angkat sumpah PM, Ismail Sabri terus singgah ke rumah Muhyiddin Yassin

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan memberikan sokongan penuh kepada penggantinya, Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi catatan di media sosial selepas menerima kunjungan Ismail hari ini, Muhyiddin berkata dia membantu “kerajaan Perikatan Nasional” untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negar,” kata presiden Bersatu itu.

Terdahulu, Ismail yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke sembilan hari ini melakukan kunjungan ke kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur.

Ismail dilantik sebagai perdana menteri setelah mendapat sokongan 114 ahli parlimen.

Muhyiddin sebelum ini berkata sokongan 50 anggota parlimen PN kepada Ismail adalah bersyarat dengan memastikan anggota kabinetnya bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Ini dilihat sebagai usaha untuk mengekang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah – dan beberapa penyokongnya dilantik ke jawatan kabinet.

Kem Zahid dalam Umno memainkan peranan penting dalam menumbangkan Presiden Bersatu itu daripada kerusi perdana menteri.

Ini juga merupakan kali kedua Muhyiddin menggelarkan kerajaan pimpinan Ismail sebagai kerajaan PN dan bukannya BN.

Dengan sokongan 50 ahli parlimen, PN merupakan rakan kongsi terbesar dalam kerajaan yang dipimpin Ismail.

BN sendiri hanya memiliki 42 ahli parlimen.

Parti Muhyiddin, Bersatu dijangka akan diberikan jawatan timbalan perdana menteri.

Anggota majlis tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith juga berkata terdapat cadangan untuk melantik Muhyiddin sebagai menteri mentor semasa mesyuarat dengan BN sebelum ini, namun hal itu belum dimuktamadkan.

Kredit: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *