“Leceh betul cod mcm ni” yang kurier hantar barang cod,pelanggan pula tak ada duit cash

Meskipun saban hari perlu meredah hujan dan pan4s, namun semua itu tidaklah setanding dugaan melayan 1,001 karenah pelanggan. Itulah realiti yang dihadapi oleh penghantar barang, lebih-lebih sejak PKP dilaksanakan tahun lepas. Hakikatnya mereka hanyalah insan biasa yang juga ada keluarga untuk diberi makan.
Samalah seperti paparan video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok bernama Iqbal Ahmad ini. Pada awalnya, seorang penghantar kurier dilihat sudah tiba ke rumah pelanggan untuk urusan penyerahan barang tempahan. Namun begitu, tak semena-mena ada masalah lain pula yang timbul.
![[VIDEO] Barang Dah Sampai Depan Rumah, Customer Buat Hal COD Tapi Tiada Cash 2 [VIDEO] Barang Dah Sampai Depan Rumah, Customer Buat Hal COD Tapi Tiada Cash](https://viralnewsupdates.com/wp-content/uploads/2021/09/viralnewsupdates.com-ce89c9e56a1ff9d77710978e49b69e1e.jpg.webp)
Sewaktu ingin minta bayaran atas khidmat COD, walau bagaimanapun lelaki berbaju merah di sebalik pagar rumah tersebut menjelaskan tiada cash pula. Mahu atau tidak, penghantar kurier berkenaan terp4ksa angkat barang tempahan itu ke dalam kenderaannya semula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap penghantar kurier berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut tidak menyalahkan tuan rumah dalam video semata-mata. Hal ini kerana ada kemungkinan juga dia bukanlah pembeli asal barang tersebut, sebaliknya kebetulan ada di rumah sahaja.
Sumber : TikTok kebey96
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.