Uncategorized

Enggan MeIayan Nafsv Suami 5x Sehari, lstri Sarat HamiI Dibaakaar Dengan Petrol

Hanya kerana cemburu buta dan berang si isteri tidak melayani nafsu serakahnya, seorang suami tergamak membakar isterinya menggunakan minyak petrol.

Lebih menyayat hati apabila mengetahui wanita itu dibakar dalam keadaan dirinya sedang hamil tiga bulan.

Menerusi laporan Tribunnews, lelaki Indonesia yang dikenali dengan nama Adi Susanto dikatakan sering memaksa si isteri, Siti Maimunah.

Dia memaksa melakukan hubungan kelamin sebanyak lima kali sehari dan ini membuatkan si isteri tidak mampu melayani nafsu suaminya itu.

Bukan itu sahaja, si suami juga mengesyaki isterinya itu berlaku curang. Malah sejak sebulan lalu, pasangan ini juga dikatakan sering bertengkar antara satu sama lain.

Si suami sering meminta isteri lakukan hubungan kelamin sehari lima kali, mangsa tidak mampu melayan. Kalau tidak dilayan,  suami marah-marah.

Pada hari kejadian, Maimunah telah meminta keizinan daripada Adi Susanto untuk pergi ke rumah bidan namun suaminya itu tidak mengizinkan.

Hal ini kerana, si suami berniat mahu menghantar sendiri isterinya ke rumah bidan untuk pemeriksaan.

Namun selepas dia pulang dari kerja, dia mendapati isterinya itu sudah tiada di rumah.

Enggan buat hbungan keIamin 5 kaIi sehari, suami bkar lstri hamiI dgn mnyak ptroI

Menurut sumber, Maimunah tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah malam sehingga mendorong Adi Susanto menuju ke rumah ibu bapa mentuanya.

Ternyata isterinya itu sebenarnya sudah pulang ke rumah.

Mangsa dikatakan sempat menjemput anak perempuan berusia 13 tahun dan mengambil pakaian di rumah suaminya sebelum beredar dari situ.

Namun siapa sangka, ketika dalam perjalanan, mangsa terserempak dengan suaminya di tepi jalan.

Apa yang membuatkan suspek bertambah marah apabila melihat isterinya itu sudah membawa satu beg berisi pakaian.

Suspek kemudian membeli minyak petrol lalu menyiram ke arah mangsa dan membakarnya.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius sementara si anak hanya luka di bahagian kaki. Menurut penduduk kampung, mereka juga terdengar anak perempuan mangsa menjerit meminta tolong.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan suspek juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: ohbulan via buletinmalaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *