Uncategorized

Fara Hezel Cem4s Anak Terperangkap Dalam Kereta, Pintu Tiba-Tiba ‘Lock’ Sendiri

PENYANYI Fara Hezel berdepan detik mencemaskan apabila anak sulungnya iaitu Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra terperangkap dalam kereta yang terkunci selepas beriadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu pada petang Selasa.

Cerita Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 25, pintu kereta itu terkunci secara automatik selepas dia selesai meletakkan anaknya yang berusa setahun itu di kerusi bayi pada bahagian penumpang hadapan.

“Semasa kejadian hanya saya dan Aisy sahaja… kami dah nak balik rumah, saya letak Aisy di kerusi hadapan penumpang kemudian tutup pintu untuk bergerak ke bahagian pemandu.

“Bila nak buka pintu pemandu tiba-tiba tengok dah terkunci dari dalam… kunci kereta pula tak ada dekat tangan saya sebab beg awal-awal lagi dah masukkan dalam kereta.

“Saya terus hilang arah, tak tahu nak buat macam mana, kereta pun belum start lagi risau kalau Aisy lemas dekat dalam… saya tak fikir panjang terus minta tolong orang sekeliling, saya pinjam telefon untuk hubungi suami dan minta mereka bantu bukakan pintu,” katanya kepada mStar.

fara hezel 1

Fara kongsi kejadian itu di laman Instagram.

Tidak menunggu lama, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata dia meminta bantuan orang awam memecahkan tingkap kereta milik suaminya itu.

Selepas beberapa kali mencuba akhirnya cermin pada bahagian penumpang belakang berjaya dipecahkan dan pintu dibuka.

Semasa itu saya memang kalut, minta tolong semua orang yang ada di situ, tak boleh nak fikir apa dah… risau kalau Aisy menangis.

FARA HEZEL

PENYANYI

“Selepas hubungi suami, dia terus bergerak datang ke kami, lokasi taman rekreasi tu tak jauh pun dari rumah… sementara dia dalam perjalanan itu saya minta tolong beberapa orang di situ untuk pecahkan tingkap.

“Beberapa kali cubaan nak pecahkan tingkap menggunakan batu tapi tak boleh. Datang seorang abang ni bawa besi dan akhirnya pecah juga tingkap kecil di bahagian belakang. Syukur Alhamdulillah… tak kisahlah tingkap kereta rosak asalkan pintu boleh dibuka.

“Semasa itu saya memang kalut, minta tolong semua orang yang ada di situ, tak boleh nak fikir apa dah… risau kalau Aisy menangis tapi syukur dia diam sahaja dan masih boleh ketawa tengok saya dari dalam,” ujarnya.

fara hezel 2

Fara bersama suami dan anak mereka.

Penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berkata dia menjadikan insiden itu sebagai pengajaran untuk dia lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya menyelesaikan masalah itu.

“Sebelum ni tak pernah pun berlaku kejadian terkunci dalam kereta, walaupun benda tak jangka nak berlaku tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan pastikan kunci sentiasa berada bersama.

“Sampai sekarang saya masih terbayangkan insiden itu, cemas tu tak boleh nak cakap. Betul-betul jadi pengajaran. Nasihat saya untuk ibu bapa yang lain, kena sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang yang membantu semalam. Kalau mereka tak tolong tak tahu la macam mana,” katanya yang kini menetap di kampung halaman suami di Kuala Terengganu.

Fara mendirikan rumah tangga dengan Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada Oktober tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *