Uncategorized

Hafiz Mahamad Nak Sponsor Tiket Bas Untuk Mereka Yang Tak Mampu Nak Balik Kampung

Sejak kerajaan memberikan kelonggaran merentas negeri Isnin lalu, ramai yang dilihat mengambil peluang tersebut untuk pulang ke kampung bagi menjenguk ibu bapa tercinta dan sanak saudara.

Tentulah, sudah hampir setahun ‘terkvrung’ di negeri masing-masing, tanpa boleh ke mana-mana, kelonggaran yang diberikan ini dilihat mampu menjadi ubat rindu bagi mereka yang telah lama tidak bersua muka.

Namun tidak semua bernasib baik dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pulang bertemu insan tersayang.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh pempengaruh dan pengasas produk popular, Hafiz Mahamad.

Menerusi kemas kini di Instagram, Hafiz menjelaskan ramai pengikut menghantar pesanan peribadi (DM) kepadanya memberitahu yang mereka tidak mampu untuk pulang ke kampung atas alasan kurang kemampuan.

“Ada sahabat DM: ‘Tak boleh balik kampung lagi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu duit dah svsut banyak sebab hilang kerja.

Sekarang baru nak menapak dan hidup balik’. Ya Allah, ada yang sedih lagi: ‘Saya balik kampung nak tengok dan bersihkan pus4ra ayah mak’.

“Saya pun macam awak, tak balik kampung sebab kena jalankan tanggungjawab cari rezeki di negeri orang,” tulisnya.

Rentetan daripada DM yang diterimanya itu, Hafiz tergerak hati untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menyewa 2 hingga 3 buah bas untuk kegunaan pulang ke kampung halaman.

“Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kampung, saya nak tanggung tiket dalam 2 hingga 3 bas. Nak tak? Insya-Allah, saya ada rezeki sikit boleh kongsi dengan awak.

“Habis kerja dekat sini, saya uruskan 2,3 bas untuk sahabat. Apa syarikat bas yang okay untuk saya hubungi? Mana-mana syarikat bas boleh email saya tau,” tulis Hafiz sambil berkongsi alamat e-mel miliknya.

Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina cukup terkenal dengan sifat pemurah. Pasangan tersebut pernah beberapa kami memberi sedekah kepada yang memerlukan, baik sebelum mahupun selepas negara dil4nda C0VlDl9.

Komen netizen:

Sumber:gempak

Hafiz Mahamad Terserempak Dengan Staff Nya Sedang Buat kerja Part Time Grab Rider

 

Keperluan untuk berbelanja lebih tinggi mungkin mendorong seseorang untuk melakukan kerja lebih daripada satu.Perkara itu dilihat sebagai satu perkara yang bagus kerana usaha yang keras dilakukan demi mendapat rezeki lebih.

Pada 18 Mac 2021, usahawan Hafiz Mahamad telah membuat satu perkongsian di Instagram miliknya.

Video itu menceritakan tentang Hafiz yang tanpa sengaja telah bertemu dengan stafnya yang membuat kerja sampingan dengan menjadi penghantar makanan.

Melalui caption:-

“Terserempak staff buat rider grab

Petang lepas habis kerja harini, sebelum balik rumah saya pergi singgah makan. Tengah makan, saya ternampak dkt kaunter staff saya dengan pakai baju hujan hijau tengah order

Saya panggil dia & ajak makan sekali. Mula mula tktau dia buat grab, tapi bila jengah luar kedai nampak motor dia & beg grab”

Hafiz merasa tidak sampai hati melihat keadaan stafnya yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja sehari.

Ini kerana beliau merasakan lebih baik jika masa tersebut diluangkan bersama keluarga di rumah.

“Sayu hati Demi Allah, geleng kepala saya. Tak sampai hati saya tengok staff saya lepas habis kerja sambung lagi buat grab. Saya nak mereka semua ada masa dengan anak/family selepas kerja

Rasa lemah sangat & sebenarnya hari hari saya doa dekat Allah. Cukupkan rezeki team team saya, sihatkan tubuh badan mereka & limpahkan rezeki @ainaabeautyofficial”

Hafiz berkata, dia sentiasa menjaga kebajikan stafnya dan dalam masa yang sama memuji sikap mereka yang sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan.

“Kebajikan mereka saya sentiasa usaha & jaga. Gaji mereka Alhamdulilah saya jaga sentiasa, ada yg saya naikkan & ada juga saya bantu diam diam, bayarkan sewa rumah/makan minum

Saya buat semua tu, sebab saya nak mereka bahagia, cukup makan minum & selepas kerja ada masa dengan family

Saya faham sangat situasi mereka, ekonomi sekarang bayar itu ini sekejap je habis Ya Allah tapi saya puji sikap mereka sentiasa kuat cari rezeki”

Dalam pada itu, Hafiz sempat menghulurkan sedikit wang dan makanan untuk dibawa pulang oleh stafnya, dengan harapan beliau dapat terus balik ke rumah bertemu dengan keluarganya.

“Syukur sangat harini, Allah nampakkan keadaan staff saya untuk saya bantu. Ada sikit duit saya bg tadi supaya dia dpt balik terus & ada belikan makanan untuk wife dia sekali”

Hebatnya staf kepada Hafiz Mahamad ni yang terus berusaha untuk mencari rezeki tambahan.

Hafiz juga dilihat sebagai seorang majikan yang prihatin dengan memberi bantuan kepada pekerjanya itu.

Semoga urusan mereka berdua ini sentiasa dipermudahkan.

Video

Sumber:Print Lyrics

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *