“Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Rampas? Lemah!” Intan Salleh sindir siapa tu?

Baru-baru ini video dikongsikan oleh influencer Intan Salleh yang juga bekas madu pelakon terkenal Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.
Video tersebut merupakan parodi yang kini viral di aplikasi TikTok seolah memerli golongan wanita yang merampas pasangan orang lain.
“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” katanya.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten video berkenaan serta ada yang mengaitkan semula dengan kisah rumah tangganya sebelum ini.
Tampil menjelaskan mengenai video tersebut, Intan berkata konten tersebut hanya sekadar suka-suka sahaja dan bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi sebelum ini.

“Hi sister, tak payah nak bitter sangat. Ini hanya content sahaja. kalau tak suka boleh scroll laju-laju okay?
“Dekat Melodi dah minta maaf? Siapa yang minta maaf? Ujian rumah tangga tu ye memang tu semua ujian kita semua ada ujian tersendiri dan lain-lain ujian. Saya cuma nak berhibur sahaja,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen lebih berpihak kepada Intan apatah lagi dia yang melalui hal tersebut. Malah, ramai bersetuju ayat tersebut memang patut ditujukan kepada wanita perampas.
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.