Uncategorized

Rahsia arrwah suami trbongkar, bila buka hp peninggalannya. Aku jd benci pd anak, tp bila trbaca luahan anak. Trus aku jerit brlari mcm org gila cr dia.

*gambar sekadar hiasan

Salam min. Tolong hide fb kawan saya yer. Mungkin cerita yang share agak panjang. Tapi saya menggunakan entry ini untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hidup saya. Maaafkan saya terlebih dahulu.

Saya diuji dengan kemtian suami. Saya ada 2 orang anak yang berumur 7 dan 1 tahun. Saya tak dapat terime kemaatian suami saya sebab saya rasa saya hilang tempat bergantung.

Saya anggap suami saya hero saya. Sayang pada saya dan anak anak, setia pda saya. Tapi Allah menguji saya lagi. Selepas 2 minggu kemtian aruwah, saya terdetik untuk bukak fon aruwah, dan dari situlah segalanya bermula.

Dari A hingga Z kecurangan aruwah terpampang, berkongsi gambar2 yang tidak senonoh dan pernah bawak balik perempuan lain di rumah smasa ketiadaan saya.

Saya terduduk dan meraung sekuat hati. Saya bertanya kpda Allah, kenapa menguji saya sebegini. Kenapa harus saya tahu segalanya selapas aruwah sudah tiada.

Dari perasaan merindui aruwah bertukar kepada kebencian yang teramat sangat. Saya rasa dikhianati dan tertipu. Saya putuskan hubungan dengan mertua saya. Saya pindah dari rumah yang saya sewa dengan suami, segala tentang suami saya benci sehingga saya langsung tak melawat kubur aruwah.

Tapi ada satu yang selalu ingatkan saya pada aruwah. Wajah anak sulong saya sangat miripkan aruwah hingga saya terlupa yang saya sudah lepaskan kemarahan pada anak yang tidak bersalah.

Saya selalu marah dan sebut dia sama sahaja seperti aruwah. Anak minta untuk melawat kubur saya tak benarkan.

Saya buang semua gambar aruwah dan tak benarkan anak saya ingat pada aruwah. Ya Allah kejamnya saya waktu itu.

Keadaan berlarutan dengan hidup saya yang sentiasa stress memandangkan selepas ketiadaan aruwah saya mula bkerja dan memikul segala tanggungjwab. Saya mula menjadi seorang yang garang.

Tapi saya tetap tak dapat menatap wajah anak sulong saya. Saya akan mengelak jika dia nk bermanja dengan saya.

Pada satu hari, ibu kepada kawan anak saya telefon dan mintak cek beg anak saya jika jika ada termasukkan buku sekolah anak dia yang hilang.

Saya pun tanpa berlengah terus bukak beg anak dan cari satu persatu hingga saya terjmpa satu buku yang saya teringin nak baca sebab pada kulit buku tu ada gambar kahwin saya yang entah bila dia curi curi amik sebelum saya musnahkan.

Saya bukak satu persatu dalam buku tu. Allah, seperti tersedar dari mimpi bila seorang anak kecik yang baru menginjak usia 8 tahun sekarang sudah boleh meluahkan apa yang terbuku.

Didoakan agar saya berubah mnjadi ibu yang dulu seorang penyayang dan lemah lembut, apa yang buat saya sedih bila dia lukis gambar kubur dan setiap hari dia akan tengok gambar kubur tu konon konon dia melawat aruwah. Waktu tu saya terasa saya sangat sangat kejam.

Saya menahan sebak yang terasa sangat sakit dan terbayang wajah anak saya yang langsung tidak bersalah.

Dan dipenulisan terakhir anak saya, dia berdoa agar Allah tarik nyawa dia agar dia boleh berjumpa ayahnya. Sebab dia tak nak susahkan saya.

Saya keluar macam orang giler mencari anak saya seoalah itu hari terakhir saya bersama dia. Saya menjerit nama dia satu rumah.

Dia berlari mendapatkan saya dengan ketakutan sebab fikir dia ada buat silap. Saya peluk dia,

saya cium dia dan mintak maaf berkali kali pada dia dan saya berjanji akn menjaga dia sebaik mungkin. Dia trus memeluk saya seolah olah sangat merindui saya.

Mulai hari itu saya cuba memaafkan aruwah dan hari ini saya sudah mampu tersenyum sebab saya sudah melepaskan satu beban besar dalan hati saya.

Saya ikhlas maafkan aruwah. Ini adalah jalan hidup dan ketentuan Allah buat saya.

Tujuan saya berkongsi agar semua yang pernah ada rasa dendam, marah atau sesiapa, sebaiknya kita maafkan saja dengan iklas.

Apabila kita ikhlas Allah akan memberikan ketenangan dalan hidup kita. Sekarang saya sudah bahagia dengan anak anak saya.

Antara komen netizen :

Rita Arshad : Syukur Tuhan puan dah sedar. Bertapa kasihanya anak yang tidak berdosa itu jadi mngsa dendam yang orang lain buat. Semoga kita yang lain ambil iktibar dari kisah puan ini. Terima kasih perkongsian puan.

Saljie Utama : Alhamdulillah..disaat puan hmpir2 buat 1 kesilapan besar dlm hidup puan, Allah hadirkan seseorg utk sedar kan puan.. klu ibu kawan anak puan xkol puan utk sruh puan check beg ank puan, smpai skrg mngkin puan masih mbenci ank puan..

Nur Ezatie : Sedihnya luahan Puan. Semoga hidup Puan sentiasa bahagia dunia akhirat & anak2 Puan membesar menjadi anak soleh, Aamiin.

Pauziah Ali : Allah…. sedih sy baca,syukur sgt2 bila Allah jentik hati puan utk menyedari kesilapan yg telah puan lakukkn…Anak itu amanah Allah buat puan,jagalah dye sebaik mungkin..semoga Allah permudahkn segala urusan puan dan anak2..

Kredit:kisahkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *