Uncategorized

(Vide0) Terima Panggilan Pukul 3 Pagi, Bila Ambulans Sampai Rumah, Rupanya Pesakit Dah…

Tugas sebagai frontliners ini sememangnya tidak mengira waktu siang ataupun malam. Di mana pesakit memerlukan mereka, di situlah mereka ada datang memberi perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bertugas di bidang perubatan, sudah semestinya tidak akan lari daripada pengalaman aneh dan mist1k termasuklah menerima ‘panggilan’ misteri daripada pesakit yang tidak wujud. Uiks ni ser4m!

“Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut” 

Menerusi perkongsian di TikTok @medicalasiststant, dia telah bercerita mengenai pengalamannya pada tahun 2017, di mana dia berdepan dengan situasi m1steri apabila mendapat panggilan kecemasan dari sebuah rumah pada jam 3.30 pagi.

Menurutnya, pesakit itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital telah menghantar ambulans ke sana.

Ambualansa1 1626580553

Saya mendapat panggilan pada pukul 3.30 pagi, menyatakan nama dan alamatnya mengatakan tidak sedarkan diri di rumah. 

“Dalam 15 minit saya dan pemandu dan seorang lagi bergerak sampai ke rumah yang dialamatkan. 

“Sesampainya saya ke rumah berkenaan, rumah gelap. Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut. Saya kemudian menelefon kembali ke klinik untuk menyemak alamat rumah. Semuanya betul,” katanya.

“Tiba-tiba dengar bunyi burung h4ntu” 

Berasa pelik dengan situasi yang dialami, frontliners ini kemudian menelefon nombor pesakit berkenaan, namun alangkah terkejutnya apabila dia mendapat nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Aikk ini sudah lain macam… 

“Bila saya hubungi kembali nombor pesakit, tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, tiba-tiba dengar bunyi burung hantu dari atas bumbung rumah. 

“Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya… Lari berkecapuih balik (bergegas meninggalkan rumah itu),” ceritanya.

Katanya lagi, mereka kemudian memeriksa nama pesakit tersebut di klinik dan mendapati pesakit itu sudah meningg4l dunia tiga tahun lalu. Adoi… 

“Kena scam dengan hantu” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang berasa ser4m serta merem4ng dengan situasi dialami frontliners tersebut.

Malah ada juga yang sempat berjenaka memberitahu bahawa frontliners tersebut sudah di ‘scam’ oleh hantu. Boleh pulak ye… 

Hantu Scam Manusia

Sabarlah ye frontliners… kesian pulak bila kena ‘prank’ dengan hantu. 

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber : lobakmerah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *