Gadis gadis ini ‘Ikat’ Pasangan dengan Tampal Nama Mereka Dalam Kereta, Tapi Ini lak yang Berlaku

Elak ‘Kaki Sondol’, Trend Tampal Nama Dalam Kereta Lasangan Dilabel ‘Rempit’

Baru-baru ini, tular satu video TikTok di laman Twitter memperlihatkan seorang gadis menampal ‘sticker’ nama di bahagian penumpang pada dashboard sebuah kereta.
Apa motifnya?
Seorang pengguna Twitter, @razzigatie yang memuat naik video tersebut memaklumkan tindakan itu bagi mengelakkan ‘orang ketiga’.
Ia sekali gus boleh mencetuskan pergaduhan dalam sesebuah perhubungan.
Ternampak trend ni dekat tiktok. Korang dah tampal nama korang dekat kereta bf ke belum? takda la diorang bawa perempuan lain nanti?https://t.co/JPy9njOy6Q pic.twitter.com/fFU9TKk585
— ji ♛ (@razzigatie) November 5, 2021
“Kalau dah nama kaki cvrang tu, cvrang gak dia nanti tu..”
“Ternampak trend ni dekat tiktok. Korang dah tampal nama korang dekat kereta bf ke belum. Takda la diorang bawa perempuan lain nanti”
Namun, tidak semua warganet mahu mengikuti trend seperti orang ramai lebih-lebih lagi yang disifatkan buang masa dan tidak masuk akal.
Segelintir individu berkata, seseorang itu akan tetap berlaku curang sekiranya ingin bermain kayu tiga.
Dan ketika itu ternyata nama yang ditampal dalam kereta tidak boleh menjadi ‘penyelamat’ hubungan.
Selain itu, rata-rata warganet mengakui tindakan tersebut dilihat seperti golongan ‘rempit’ yang sinonim dengan tampalan pelbagai reka bentuk ‘sticker’ pada kenderaan terutama motosikal.
Meninjau ke aplikasi TikTok, terdapat juga koleksi video memaparkan tindakan sama dilakukan beberapa orang wanita lain sejak beberapa bulan lalu.
Apa salah rempit? Kesian asyik dipetik dalam situasi negatif.
Trend makwe tampal nama dlm kereta pakwe pic.twitter.com/Irq639oQMY
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) November 7, 2021
Masing-masing ada cara untuk meletakkan kepercayaan kepada pasangan, kalau ‘sticker’ tu menjadi salah satu cara buat jelah kan!
Sumber : razzigatie / budaksitu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.