Uncategorized

Setelah TuIar, Ini Yang Terjadi Pada Restauran ‘ Siakap Kayangan’

Restoran jual siakap ‘kayangan’ dikunjungi pelanggan seperti biasa

Langkawi: Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.
Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

“Peniaga tak saIah,yang saIah pelanggan?” Konsep dia mudah je. Ini penjelasan dari Ust Izhar Ariff

Jika harga dinyatakan awal, peniaga tak salah

Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesaIahan dalam IsIam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya IsIam atau bukan IsIam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira k0s keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah IsIam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatvhkan periuk nasi pihak lain.

Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu haIal har4m serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatvhkan periuk nasi mereka.

Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatvh fitnah,” katanya.

 

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan s.iasatan dalam i.nsiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

 

“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keja.dian yang me­nimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram di s.alah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 termasuk menu lain.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa a­duan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau pe­ranginan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.

“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tert.indas dalam isu berkenaan.

“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.

Tambahnya, i.su peniaga meman.ipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja mene­rima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

Siasatan Awal KPDNHEP

Kredit Gambar

Siasatan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP mendapati peniaga yang tular kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM 1,000 tidak melang.gar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.

“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit.

“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selain itu, kata beliau, pihak­nya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Pera­yaan.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.

Katanya, aduan itu adalah da­ripada orang awam yang men­getahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.

Justeru, beliau meminta pe­langgan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa dit.ipu oleh peniaga berkenaan.

“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan s.iasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.

Kredit : Kosmo

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *