Uncategorized

K3jam! Foto Wajah Iqbal Zulkefli Disunting Jadi B4b1 & Anj1ng, Ini Respon Beliau

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memohon maaf di atas segala kesilapannya dan mengakui tidak menyimpan sebarang dendam pada pihak yang telah menyunting foto-fotonya.

Wajah Disunting Jadi Babi Dan Anjing 

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, kelihatan beberapa foto Iqbal telah disunting dan disamakan dengan beberapa haiwan seperti anjing dan babi susulan pelancaran single pertama nya baru-baru ini.

Bagaimanapun, usahawan yang kini bergelar penyanyi itu bertindak sebaliknya dengan tampil memohon maaf di atas segala perbuatan yang telah mengundang kemarahan semua pihak.

“Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf, harus terima  segala ini dengan hati yang terbuka.”- tulis Iqbal

Tidak Berdendam

Tambahnya lagi, dia akui tidak menyimpan sebarang dendam kerana mengetahui tidak semua perkara yang dilakukannya itu adalah betul.

“Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik.

Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan.”- katanya lagi

Pelbagai Reaksi Netizen
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyunting foto usahawan tersebut. Malah mereka turut memintanya untuk membuat laporan polis.

“Jahatnya manusia ni. Tak suka sekalipun, jangan la buat sampai macam ni. Dosa sama-sama manusia ni la paling susah saat-saat ko nak mati nanti. Jaga la penulisan, jaga la bahasa. Dok diam-diam sudah.”

“Ya Allah..kalau sampai macam ni buat la report dk, Melampau ni.”

“Semoga terus kuat dan jadi versi diri sendiri yang lebih baik di masa hadapan. Yang mengata tu pun tanggung la dosa edit muka orang macam tu. kat akhirat nanti haa jawab la sendiri nanti.”

“Astaghfirullah..Kalau tak suka pun jangan la nak edit macam tu ..Last-last encik iqbal dapat pahala, awak yang dapat dosa.” tulis mereka

Terdahulu, pernah tular video yang menunjukkan  Iqbal memijak duit di atas lantai sehingga mendapat pelbagai kecaman ramai termasuklah pelakon, Aeril Zafrel yang memerlinya memijak duit adalah satu tindakan yang tidak baik.

 

Sumbee: murai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *