Hiburan

“Ulang tahun kesembilan tahun ini agak sederhana sikit” tapi saya akan membelikan awak ikan siakap dari Langkawi

Bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bercadang membeli ‘siakap kayangan’ dari Langkawi sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kesembilan perkahwinannya bersama Datin Wong Mew Choo.

“Ulang tahun kesembilan tahun ini agak sederhana sikit tapi saya akan membelikan awak ikan siakap dari Langkawi,” tulis Chong Wei dalam hantaran terbaharu di laman Instagram.

Minggu lalu tular di media sosial, portal dalam talian dan akhbar arus perdana mengenai ikan siakap mahal yang dijual di Kilim Geoforest Park, Langkawi hingga mencecah RM1,000 seekor sekali gus mencetus perasaan kurang senang dalam kalangan pelanggan.

Terdahulu Chong Wei, 39, menceritakan semula pengalaman pertamanya melamar Mew Choo di Gold Coast, Australia beberapa tahun lalu.

“Saya tidak pernah tahu bagaimana untuk bermimpi hinggalah saya bertemu awak @wongmewchoo.

“Beberapa tahun lalu apabila saya melamar awak di Gold Coast, ia satu saat paling gementar dalam kehidupan saya. Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Tan Boon Heong) berbanding final Olimpik. Lebih gan-jiong berbanding mengambil keputusan SPM. Saya berlatih ucapan itu banyak kali dan apabila saya membuka mulut, ia masih tergagap-gagap dan tidak senada. Tidak selaras langsung.

“Jantung saya berhenti seketika apabila awak berdiam diri selepas saya mengajukan soalan itu. Adakah saya tidak terlalu cukup bagus buat awak? Adakah saya tidak cukup tampan buat awak? Saya lihat di cermin setiap hari, bukan Andy Lau tapi boleh cari makan ma muka saya. Tapi mujurlah, selepas lama berdiam diri, awak menangis dan berkata ya! Kita berpelukan dan menangis bersama, seribu lautan.

“Hingga ke hari ini, saya masih mencubit diri sendiri. Tidak boleh percaya kita sebenarnya bersama. Dengan dua anak lelaki yang tampan. Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama. Berjalan seiringan. Saya berjanji dengan kedua ibu bapa awak saya akan menjaga awak apabila saya memegang tangan awak. Saya akan menunaikan janji itu.

“Selamat ulang tahun kesembilan, laopo (isteriku).”

Bagi menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun depan, Chong Wei sudah bercadang untuk mengadakan keraian secara romantik dengan harapan situasi penularan Covid-19 semakin baik.

“Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise,” tulisnya.

“Siakap diternak ada cac4t bentuk, tinggi asid lemak”- Institut Penyelidikan Perikanan

PUTRAJAYA: Penggemar masakan berasaskan siakap di negara ini perlu tahu membezakan antara spesies ternak dan liar yang turut memberi pengaruh besar dari segi harganya.

Demikian nasihat oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), berpusat di Batu Maung, Pulau Pinang susulan tular isu caj menu ikan itu amat mahal di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Agensi Jabatan Perikanan Malaysia yang ditubuhkan sejak 1947 itu menerusi hantaran dalam laman sosialnya turut memuat naik contoh siakap saiz gergasi dengan berat empat kilogram.

Ikan air payau itu diternak hasil daripada Projek Pembangunan Baka Siakap Premium di FRI Tanjung Demong, daerah Besut, Terengganu yang dianggarkan sepanjang 70 sentimeter.

“Dari sudut morfologi atau bentuk, ada perbezaan yang jelas terutama pada bahagian kranium kepala dan badan kerana siakap diternak terdapat kecacatan fizikal,” kata agensi tersebut.

Ikan dihasilkan ujarnya, juga menunjukkan sirip kaudal bengkok dan hujung sirip dorsal kedua pula agak tebal selain bilangan sirip akibat pembiakan dalaman dalam populasi diternak itu,

SIAKAP banyak diternak di Pulau Pinang diikuti jirannya, Perak dan Kedah sebelum dijual di pasaran tempatan. – Foto media sosial

Sebaliknya kejadian biak baka adalah rendah dalam populasi ikan liar hidup di habitat semula jadi yang turut membantunya dalam pengurangan kadar kecacatan morfologi ikan berkenaan.

Menyentuh kandungan nutrisi, siakap diternak didapati kandungan asid lemak tepu dan mono tidak tepu juga adalah lebih tinggi antara 35 sehingga 54 peratus daripada spesies yang liar.

“Perbezaan ini kemungkinan besar disebabkan oleh rejim diet yang diberi semasa ternakan dengan kajian dilaksanakan di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia,” jelas FRI lagi.

Ironi kata agensi berkenaan, kandungan mineral atau galian dalam ikan siakap liar pula adalah lebih tinggi berbanding versi diternak berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2002 lalu.

Begitu juga dari sudut genetik ikan ini agak beza secara signifikan hasil penyelidikan siakap liar dan diternak di Lautan Atlantik Selatan serta Laut Mediterranean pada 2004 dan 2009.

Bahkan FRI berkata, lebih unik komposisi plasma darah dan tisu hati turut menunjukkan jurang dalam biokimia kerana diet makanan buatan adalah jauh berbeza daripada spesies asli.

“Keadaan tersebut mempengaruhi kadar metabolism tenaga antara siakap diternak dan liar malah dibuktikan saintis luar negara melalui kajian diterbitkan pada 2005,” tambah agensi itu.

Paling mengejutkan penyelidik, cara berenang dan pembelajaran apabila anak siakap liar lebih tinggi kelajuan angular, jarak ditempuh dan purata kelajuan berbanding yang diternak.

Bagaimanapun, penyelidikan direkodkan saintis pada 2013 lalu mendapati tiada perbezaan ketara dalam proses keupayaan belajar renang antara anak siakap yang diternak dan liar.

Jabatan Perikanan Malaysia merekodkan penghasilan 23,033 tan metrik ikan ini di seluruh negara sepanjang tahun lalu dengan Pulau Pinang yang paling tinggi diikuti Perak dan Kedah.

Juga disebut sebagai kakap putih, ikan ini dengan nama saintifiknya, Lates calcarifer merupakan pemangsa, manakala spesies saiz kecil pula amat popular dijadikan ikan akuarium.

Sumber : kecohape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button