Uncategorized

Isteri mengandung nangis idam aiskrim vanila. Tp aku beli kerang bakar pd kak ipar bt isteri terkilan. Esoknya dia keluar dgn perut sarat jln kaki, dan sesatu terjadi bt aku menyesal.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Terima kasih admin siarkan cerita aku…Aku terpanggil untuk ceritakan perasaan aku selepas kehilangan wife tersayang semasa lahirkan anak sulung 3/9 baru ini.

Aku bukanlah seorang yang rajin membaca apatah lagi menulis tapi kali ini luahan ikhlas dari hati aku seorang suami dan papa yang sunyi. Isteri aku.. Ana biasa2 sahaja tapi sangat comel di mata aku. Bertubuh kecil dan sentiasa bersederhana.

Tak pernah minta benda-benda mahal dari aku. Dia juga bekerja dan pergi kerja naik public transport. Kami baru melangsungkan perkahwinan bulan disember tahun lepas. Kehidupan selepas kahwin sangat simple.

Isteriku pandai masak tapi sejak mengandung alahan dia sangat teruk sehinggakan boleh dikatakan apa yg dimakan akan keluar semula. Mungkin sebab pembawakan ibu mengandung , isteriku jadi malas bergerak, malas masak, mengemas semuanyalah..

Tidak seperti dia dahulu, cergas dan ceria selalu. Kadang-kadang aku cuba memahami walaupun seringkali aku merungut bila merasakan dia terlalu melayan m4las tu. Dan bila ditegur dia juga akan merajuk dengan aku(memang dia seorang yang kuat merajuk).

Bila diingatkan kembali, aku tak tahu suami dan bapa bagaimana aku ini. Isteriku pernah merajuk bila aku merungut dia seringkali ajak makan diluar, sedangkan dia bukan mengidam dan seringkali makanan tersebut aku yang habiskan dan selalunya bila dia yang ajak makan di luar, dia yg akan membayar makanan kami.

Itupun aku masih nak merungut.kejamkan aku? Dia sanggup bersusah dengan aku. sepanjang perkahwinan kami, kami tidak mempunyai set bilik tidur hanya tidur beralaskan tilam nipis sahaja.

Sedikit pun dia tak pernah merungut, sedangkan aku tahu sejak mengandung , dia sering mengadu sakit belakang dan susah nak bangun ke bilik air.

Teringat Masa mula2 kawin kami membeli periuk nasi serta barang dapur dengan menaiki motorsikal dalam keadaan dia mngandung,

dia memegang kuali ,baldi dan beberapa plastik berisi barang dapur kami yang ringan kerana tak muat nak letak dalam raga motorsikal. Sepanjang perjalanan pula hujan renyai tapi atas desakan isteri kami tetap meneruskan perjalanan ke rumah sebab dia tak tahan nak ke tandas

(isteriku mengalami sembelit yang agak teruk sepanjang kehamilan dan dia tak mahu menggunakan tandas awam kerana takut ramai yang menunggu di luar

Paling tak boleh lupa ketika di rumah abang aku dia menangis sepanjang malam kerana terlalu teringin aiskrim connerto vanilla. Aku pula beberapa kali ke kedai tapi terlupa untuk belikan aiskrim tersebut.

Sepanjang dia mengandung, dia tak pernah menyusahkan aku dengan meminta makanan yang susah didapati. Tapi untuk aiskrim sahaja pun aku tak dapat tunaikan. Isteriku rasa terkilan sangat pada hari itu kerana permintaan kakak iparku untuk makan ker4ng bakar

malam tu juga aku belikan (abangku oncall) sedangkan dia yang mengandung hanya minta aiskrim berhari2 aku tak tunaikan. sungguh rasa bersalah dalam diriku. Jarak perjalanan tempat kerja isteriku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurang 15minit berjalan,

dia akan turun di lrt kampung baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lagi dalam 15minit. Bayangkan dalam keadaan sarat mengandung dan kaki bengkak isteriku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari.

Kej4mnya aku sebagai suami membiarkan dia begitu. Hari ini aku kehilangan isteri dan anakku. Benar jodoh kami sampai disini dan tiada rezeki untukku membesarkan anak pertamaku. Isteriku terjatuh ketika berjalan menuju ke tempat kerja ketika cuba mengelak kereta yang tiba2 meluru ke arahnya.

Mujurlah ramai yg membantu bila melihat dia tumpah darah di situ. Dalam keadaan tersebut dia cuba menghubungiku beberapa kali tetapi aku sedang bekerja dan telefonku diletakkn dalam loker.

Beberapa kali keluarga mertuaku juga cuba menghubungiku sehinggalah adik iparku menghubungi rakan sekerjaku yang dicari melalui facebook maklumkan isteriku di hospital. Dengan kelam kabut aku terus ke hospital. Dalam fikiranku hanya tak sabar untuk menjadi bapa sahaja

Mereka tidak menceritakan hal sebenar kepadaku sehinggalah aku mengetahuinya di hospital .Isteri dan anakku sedang bertarung ny4wa di dalam bilik kecemasan.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dimaklumkan anakku dan isteriku tak dapat diselamatkan Ya Allah berat sungguh ujian ini. Hari ini, banyak sangat perasaan bersalahku. Aku rindu melihat senyum, tawa, rajuk isteriku. Tabahnya isteriku melayari kehidupan denganku.

Paling aku terkilan apabila melihat telefon bimbit isteriku. Rupanya tanpa aku sedar ada sesuatu yang isteriku inginkan tetapi tidak diluahkan kepadaku

Mungkin sebab seperti biasa dia enggan menyusahkan aku. Beberapa gambar baju mengandung ada dalam simpanan album. Baru aku sedar sepanjang isteriku mengandung, tiada satu baju mengandung pun yg aku belikan untuknya.

Betullah, perempuan mana tak inginkan untuk pakai baju mengandung, merasai pengalaman mengandung,pengalaman paling berharga dalam hidupnya. Bila difikirkn selama ini isteriku meminjam pakaian kakaknya sahaja.

Maafkan abang sayang, abang gagal memahami sayang,gagal menjadi suami yang terbaik untuk sayang, gagal melindungi sayang.Untuk anak syurga papa, papa sayang kamu sangat.

Maafkan papa kerana gagal melindungi kamu. Jarang papa habiskan masa berbual dan membelai kamu ketika dalam kandungan mama. Ya Allah sungguh aku rindu mereka. Untuk para bakal bapa di luar sana, hargailah isteri kita.

Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yg isteri inginkan(jika boleh)agar tidak menjadi seperti aku.

Komen warganet

Abe wali: Nmpknya awk belum layak menjadi seorg suami dah ayah. Allah test sikit je…awk dah gelabah. Lupa itu ini…itu pun benda yg mudah. Jgn salahkan takdir krn awk sendiri yg cuai menjaga perasaan org terdekat. Vodoh!!

Wan suhaili: Sedih tapi benci.. Benci dgn perangai suami begini.. X boleh bayangkan bagaimana perasaan isterinya, begitu sabar dan tabahnya arwh isterinya.. Allahuakhbar..

Suami ku pula adalah seorang yg tersgt baik.. Family man.. Seorang suami yg mengutamakan ank isteri, namun Allah pinjamkan suamiku buatku hanya 10 tahun shj sebelum di ambil Allah ke negeri abadi..

Kalu dulu semasa arwh suami aku ada, aku selalu jadi pengkritik tegar kpd suami atau isteri yg tdk bertanggungjawab, bila suami terbaca komen aku, mesti dia reply ‘ sabar yang, sabar ‘..

Namun sejak arwh x ada, aku dh tak berminat baca2 kisah rumah tangga org yg bermasalah, baca intro dan scroll je laju2, dan jika kisah bermanfaat baru aku baca, x tahu nk bagitahu mcmn perasan tu. 4 tahun aku kehilangan arwh suamiku,

Tiap kali tengok gambarnya pasti menangis, setiap masa terbayangkan senyuman manisnya serta kebaikan2 arwh suami ku, Allah.. Semoga Engkau selalu kuatkan hati ku

Ruzaidah: dah nampak… isteri nak mkn aiscream pun kau x layan, lebihkn org lain.. dah th jln kehidupan isteri d anak kalau umor panjang…. sbb Allah x nak kau seksa lebih isteri d anak kau, Allah ambik dulu dr kau…

Jd fikir sendirilh lps ni, d ambik iktibar kalau ada jodoh lain tlg jd seorg yg bertanggungjawab… Allah bg peluang utk memperbaiki diri..

Kredit: bacakami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *