Uncategorized

Abah nikah janda anak 5. abg, kakak nk abah tukar nama geran tanah cpt2. Tkut harta dikikis adik beradik tiri. Lps 3 minggu aku terkjut bila lihat rumah peninggalan aruwah suami ibu tiri.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Malu Dengan Adik Beradik Tiri Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hi aku Sofea. 26 tahun masih belum berkahwin. Aku nak bercerita tentang adik beradik aku. Aku anak keenam dari lapan orang adik beradik.

Kisahnya begini. Abah duda 4 tahun dan baru menikah dengan janda anak 5. Baru 4 bulan perkahwinan abah dan ibu tiri, adik beradik aku dah buat onar.

Bila ayah bagitahu nak nikah, semua adik beradik aku setuju saja tanpa bantahan. Tapi selepas ayah berkahwin masing masing mula tunjuk sikap seolah tak suka akan perkahwinan ayah dengan mak tiri.

Antara sikap yang mereka tunjuk adalah :

1) abang dan kakak aku jumpa ayah minta tukar nama dalam geran. Kakak aku suruh letak nama dia. Abang aku pula jumpa ayah senyap senyap suruh letak nama dia. Tanah yang ayah ada tak banyak pun 1 ekar saja tanam sawit.

2) adik aku yang bongsu perempuan sekarang 16 tahun. Dia selalu mengadu dekat kawan kawan aruwah mak aku tentang ibu tiri.

Katanya ibu tiri aku selalu membebel. Masak hanya untuk ayah aku saja, tak masak untuk dia sekali. Kalau nak makan kena masak sendiri. Lepastu katanya ayah aku dah jadi macam orang bdoh ikut saja kata mak tiri.

Untuk kepastian dan kesahihan cerita tersebut yang aku dapat tahu dari Makcik A Dan B. Sewaktu pkp WFH, aku pun ambil kesempatan duduk di rumah ayah selama hampir 3 minggu.

Sepanjang 3 minggu tu aku lihat memang ye ibu ada membebel sebab adik aku tak reti kemas rumah. Duduk dalam bilik saja, kalau lapar baru keluar cari makanan dekat dapur. Lepastu makan tak ingat orang lain.

Lagi satu adik aku period tapi pad yang dah basuh di biarkan saja dekat lantai bilik air. Lagi satu, berus gigi atau cuci muka, baldi yang dekat dalam bilik air bawah paip tak dialihkan. Jadi air dalam tong tadahan tu jadi kotor.

Baju ibu dah basuh dan sidai waktu petang ibu juga yang angkat. Adik aku dalam bilik tengok drama korea. Aku tengok pun aku faham, macam manalah ibu tak membebel.

Tentang ayah dikatakan dah jadi macam orang bdoh tu, sama sekali tak betul. Abah aku tengok okay saja sama macam abah yang dulu cuma sekarang badan abah dah berisi.

Sebab apa adik aku cakap abah dah lain? Sebabnya abah sekarang dah pandai membebel dekat adik.

Suruh adik buat kerja rumah. Itu sebab adik aku cakap abah dah lain, perasaan adik seolah olah abah membebel dekat dia sebab ibu suruh.

Kiranya abah dengar cakap ibu. Jadi aku jumpa adik borak berdua dalam bilik. Aku cakap makcik A dan B cerita dekat aku apa yang adik cakap dekat mereka. Adik aku diam saja.

Aku cakap dekat adik “muda muda dah pandai mulut jahat. Kita ni jangan suka suka nak fitnah orang nanti bila diri sendiri kena fitnah baru tahu sakit hati kena fitnah tu macam mana”.

Macam macam aku membebel dekat adik aku. Aku sebut kesalahan kesalahan diri dia dan adik pun menangis.

3) satu hari tu, aku kerja dekat rumah. Ada panggilan dari no tak dikenali masuk. Aku pun angkatlah, rupa rupanya anak sulung ibu aku.

Dia cerita tentang kakak aku. Kiranya ibu mengadulah dekat anak dia tentang percakapan kakak aku yang mengguris hati ibu. Aku pun call abah untuk kepastian.

Ceritanya begini, kakak aku yang minta abah untuk tukar nama geran telefon abah. Abah loud speaker sebab abah 63 tahun pendengaran kurang dengar.

Kakak aku cakap “isteri abah dengan anak anak dia nak kikis harta abah kan? Dorang tak bagi abah tukar nama kan?

Cakaplah dengan dorang lain kali belajar pandai pandai kerja bagus gaji besar beli tanah banyak banyak bukan gila harta bapa orang”.

Kakak aku yang no 3 ni mulut memang lancang sikit. Ibu yang dekat sebelah abah dengar terus sedih. Itulah yang abah cerita dekat aku.

Jadi di sini perasaan kakak aku seolah olah ibu lah yang hasut abah supaya jangan tukar nama geran. Padahal ibu dan anak anaknya tak tahu menahu pun tentang isu tukar nama geran tu.

Aku malu dengan anak anak ibu. Ya, mereka pakai kereta buatan Malaysia saja tak macam kakak kakak dan abang abang aku pakai kereta jenama luar. Tapi adik beradik aku tak tahu anak anak ibu 2 orang belajar u oversea tau.

2 orang lagi U tempatan dan sorang lagi sampai SPM saja sebab tak nak sambung belajar. Aku tahu sebab dah boleh rentas negeri ni aku bawa ibu dan abah pergi rumah peninggalan aruwah suami ibu. Aku tengok semua gambar anak anak ibu.

Selama seminggu aku dekat rumah peninggalan aruwah suami ibu. Anak anak ibu pun berkumpul sekali. Mereka bawa kami menginap di rumah mereka bergilir gilir.

Anak anak ibu semua dah ada rumah. Mereka beli tanah lot buat rumah. Aruwah ayah mereka pun tinggalkan tanah 3 ekar.

Mereka buat rumah sewa dengan kedai sewa. Tergamam aku tengok. Sebulan income mereka rumah sewa dan kedai RM20k+ dibahagi 6. Seorang 3k+.

Tapi mereka masih lagi bekerja dan buat part time lagi. Adik aku yang bongsu bila tahu dan lihat anak anak ibu aku yang nampak biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa terus terdiam tak cakap apa. Hahaaa.

Yang buat aku malu lagi, abah kerja kampung saja. Bila dah berumur masih lagi bekerja ambil upah mesin rumput, meracun dan kait sawit. Sebab abah tak ada KWSP ataupun pencen. Aku mampu bagi abah RM300 saja sebulan.

Tapi abang abang dan kakak kakak aku tak ada pun hulur dekat abah. Tapi semenjak abah berkahwin dengan ibu aku lihat abah jarang dah keluar cari orang nak upah dia buat kerja. Kalau ada orang nak mesin rumput, meracun orang tu yang akan datang rumah cari abah.

Jadi aku pun hairan lah. Aku tanya abah “abah sekarang dah tak risau kalau tak ada kerja”.

Abah, “alhamdulillah anak anak ibu kau bagi abah sorang lima ratus sebulan. Dua ribu lima ratus dorang masuk bank abah suruh buat belanja.

Campur kau bagi 2800 abah dapat alhamdulillah terlebih dari cukup untuk hidup. Abah pun dah tua memang tak larat nak angkat sawit sakit pinggang”.

Alhamdulillah rezeki abah dapat anak anak tiri yang bertanggungjawab dan hormat orang tua. Aku pun selesa dengan anak anak ibu. Mereka solat berjemaah adik beradik, lepastu pergi bercuti sana sini bawak ibu abah dengan adik aku yang bongsu.

Mereka ada pelawa aku tapi aku tak terlarat nak ikut sebab aku perlu berjimat hehee. Apa apapun aku suka tengok abah seronok, yang adik beradik aku tak mampu buat macam tu dekat abah. Sampaikan adik aku luahkan dekat aku yang dia rasa macam dia ada keluarga yang lengkap dan bahagia. Hahaa

Adik beradik aku yang lain mogok beramai ramai pasal tanah. Mereka pergi mandi air terjun kemudian post di IG dan status wassap. Aku yang tengok rasa nak tergelak.

Teruskanlah dengan pemikiran kolot kau orang yang kononnya ibu tiri ni jahat nak kikis harta. Hahaaa. (aku bukan taknak tegur sikap adik beradik aku tapi aku yang membesar dengan mereka. Mereka memang tak boleh di tegur. Mereka selalu betul dan aku selalu salah).

Pengajaran cerita, jangan lah kita pandang atau menilai orang melalui harta benda. Pakai kereta buatan tempatan “oh dia tak berduit ni” “kerja gaji kecil ni “. Tahu orang kerja kilang “ni mesti belajar sampai SPM saja ni”.

Ingatlah rezeki orang lain lain. Jangan sekali kali pandang rendah dengan sesiapa pun, tanpa kita sedar orang tu lagi hebat dari kita yang merasa hebat.

Sekian… Sofea

Reaksi Warganet

Stefan Nikolai –
Sebab tu la saya tak nak kawen lain. Tak sanggup jika ada anak tiri yang melabel kita macam macam. Sedangkan saya sudah ada segalanya. Duit ringgit dan harta dunia seadanya untuk meneruskan kehidupan. Paling sakit jika kita guna duit kita, harta kita tapi dituduh nakkan duit ayah mereka yabg sekupang dua tu.

Dan saya sudah sangat bahagia dengan anak anak, menantu dan cucu. Di usia yang hampir masuk 50 ini memang tak terfikir pun untuk berkahwin semula. Tidak mahu sesak sesak kepala mikir. Benar benar rehat. Fokus pada kerjaya dan anak cucu je.

Sherri Hazmi –
Bukan semua maktiri bapak tiri jahat. Ada gak yang rasional. Ini mak tiri dia bagus. Tapi aku nak nasihat je la, pada yang muda muda dan baru jadi mak tiri, ada anak tiri kecik kecik, korang cuba jangan nak ambik alih tugas mak mak kandung bebudak tu.

Korang jaga diorang dengan baik sudah, tapi bukan berlagak macam mak kandung dan giila kuasa pulak nak tentukan atur hidup Budak budak tu ikut acuan kau orang.

Hal hal macam ni yang selalu buat mak kandung dan mak tiri tu bergaduh. Yang aku selalu perasan, mak mak muda ni bila jadi mak tiri terus nak tunjuk, aku laaaa mak yang lagi hebat.

End up budak tu tak ikut cakap kau, kau mengadu kat KRT atau IIUM, mak kandung tak asuh betul la, mak kandung tak pandai jaga anak laa, stress dengan anak tiri laa. Padahal kau jugak yang lebih lebih dengan niat nak dapat pujian semua orang terutama sekali laki kau.

Annie Mohd –
Kesian pulak adik beradik you tenggelam dalam dunia sendiri. Sebab tu kita digalakkan pi bergaul dengan org, tengok dunia luar.

Terasa diri hebat? Lagi ramai orang hebat dekat luar tu. Dan lagi dan lagi. A non stop competition. Jangan sombong dengan kelebihan yabg sedikit tu. You pi la tegur sekali lagi. Cakap dekat depa nak bdokan diri sendiri boleh tapi jangan lama sangat.. Sumber – Sofea (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kredit:bacakami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *