Uncategorized

Tiba2 tunang call tanya, ‘Bawakkkkk Jantan Mana Masuk Dlm Rumah. Siap Ketawa Ketawa Pulak Tu’, ak pelik kenapa sanggup dia tanya smpai mcm tu, akhirnya tbongkar punca mengejutkan siapa yg selalu inform tunang

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. Hye semua.Nama aku naz.wanita berumur 22. Baru bertunang 3 bulan. Majlis inshaaAllah hujung tahun ni. Aku cuma nak minta pendapat para pembaca semua. Maaf penulisan agak serabut. Buntu dan stress.

“Bawak jantan mana masuk rumah tu ?” – Sedangkan tengah tidur baru lepas shift malam. “Gelak kenapa ? Sape jantan kat belakang tu ? ” – Aku kat bilik sorang-sorang masani. Gelak pon tak. “Hati hati tu berjalan dengan sidia” – Ya Allah aku tengah kerja masa ni.

“Buat ape nak tanye abg kat mana. Awak baru je kan lalu” – ni pon masa ni aku kat tempat kerja. Sekali dua mungkin boleh tepis rasa geram dari hamun . Yelah, benda kita tak buat . Orang tvduh tvduh. Paling paling stres bila kau penat baru balik kerja.

Sampai satu tahap melibatkan mak dan adik beradik dia. Aku tengah kerja si abang abang mesej cakap si adik ngadu nampak aku dengan lelaki lain. Sampai kan 1 tahap aku tak tahan , aku ckp nak report polis, baru si abang mintak maaf.

Tak berhenti kat situ. Rupanya cik tunang ni pon ada mengadu dekat mak abah dia. “mak kenapa dia tak angkat adik call ni ?” -sambil menangis depan si emak. “mak betul adik nampak dia dengan lelaki lain”- ini pon mak dia mengadu kat aku sambil perli “naz lepas ni nak buat pape inform adik. nak mandi nak makan nak kerja nak tidur berapa jam, bagitahu je adik. mak rimas lah dia nangis je”. Aku stress.

Tahu tak ape paling sedih ? Dia mengadu pada ibu ayah aku yang kat kampung, yang aku ni bawak masuk jantan lain dalam rumah. Allah. Alhamdulillah ibu ayah masih percaya pada anak diaorang ni.

Ibu pon faham life anak dia ni tak tentu arah kadang haha. Kerja shift yang tak menentu , bila penat sangat shift malam siang memang waktu yang terbaik untuk berehat, balik tak on time , kadang terpaksa out station.

Bulan kedua bertunang , setiap hari tunang akan mengadu pada family dia macam macam sambil menangis. Aku itu aku ini. Dan hampir setiap hari tvduhan makin menjadi-jadi tanpa sebarang bukti.

Sampai satu hari , depan mata family dia sendiri , dia lari ke loji air untuk kejar aku , sedangkan semua orang nampak memang kelibat aku pon takde kat situ. Start dari tu , mak dia terus bawak dia jumpa sorang pakcik ni.

Tahu tak ape pakcik tu cakap ? Pakcik tu cakap semua ni punca dari s4ka keturunan family aku. Kononnya s4ka ni taknak aku kahwin. Sedih. Sebak. Yang betul betul buat mak tunang percaya , kerja tunang tunggang langgang, setiap hari mesti sodok kereta orang .

Mak dia terus mintak air penawar kat pakcik tu.Bawak aku sekali. Ayat paling aku ingat ”ni air biar dia dijauhkan ape ape dari perempuan ni ye wak” .

Tak tunggu lama , masatu jugak aku jumpa pakcik tu , tanya , kenapa tvduh aku macam ni. Jawapan pakcik tu ” esok datang bawak belut hidup lepaskan kat sungai berserta bunga melor . Lepastu buang 25 sen dekat simpang empat” .

Dan aku tak buat pon semua tu. Aku berani cakap semua ni fitnah sebab lepas je pakcik tu cakap aku ada s4ka, aku terus call ayah ibu nangis nangis.Esoknya terus ibu ayah bawak pergi jumpa ustaz dekat darul syifaa. Ustaz tu sendiri cakap ni semua fitn4h.

Sejak kejadian jumpa pakcik tu, keadaan tegang. Tunang nangis2 call / jumpa cakap taknak putus. Mak abang abang suruh putus. Taknak ada keturunan s4ka macam aku. Tapi bila aku call mak and tanya betul ke mak suruh putus , ni jawapan mak “Adik yang nangis2 nak putus. Mak ikut je mana terbaik”

Jujur aku cakap, hati ibu ayah dah tawar untuk terima bakal menantu macam ni. Bakal menantu yang banyak memfitnah , banyak pusing cerita. Seolah perjalanan nak halalkan hubungan ni Allah sulitkan.

Aku boleh redha boleh terima andai tiada jodoh , tapi macam mana nak hadap mulut mulut rakan sekerja dan saudara mara. Dahlah diaorang semua bawangrians, haha.

Mungkin dia memang psycho. Mungkin dia sayang sangat. Mungkin family dia yang sayang nak lepaskan dia. Mungkin ada rahsia sebalik semua ni. Sambungan pasal cite tunang aku ni,aku akan letakkan di ruang komen untuk mengetahui adakah aku masih teruskan atau putuskan pertunangan ni?.Aku pon lama2 boleh jadi pshyco juga.

Ha ni sambungan part 2, tajuk kali ni, Dia pernah try nak bahay4kan ny4wa sendiri hampir 2/3 kali. ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call letak tali kat leher.

Assalamualaikum semua. Naz kembali, haha.kalini naz nak jawab semua soalan dan nak cerita lebih detail pasal tunang naz ni.Naz ni lelaki ke perempuan ? Naz perempuan, umur 22, tunang lelaki. Umur tunang berapa, kenapa nangis nangis macam budak-budak? Umur dia 27, dah boleh jadi bapak budak haha.

Sepanjang kenal kalau brbalah memang dia yang nangis tak sudah haha Kenal berapa lama? Kami kenal tak lama, bulan 1 kenal, bulan 3 merisik, raya bertunang. Jujur naz cakap, sebelom bertunang semuanya ok-ok saja. Attitude dia, gaya dia, serba serbi terbaik.

Semua family besar naz memang sangat sangat berkenan dengan dia. Dia punya sweet tu, fuh haha. Tapi tak sangka lepas tunang 1 demi 1 Allah tunjuk. So korang yang belom berjodoh tu, hati-hati.

Ada yang sarankan naz bawa dia refer psychiatrist untuk dapatkan black and white diagnose mental health dia just in case jadi pape kat naz or difitnah lagi , terima kasih atas nasihat. Sebelum ni naz dah pujuk , hundred times. Sekerasnya dia tak nak and deny yang dia tak skit. Sangat susah.

Ada juga yang sarankan naz untuk pindah tempat kerja , no fon and tempat tinggal, tak boleh awak , huhu saya staff kerajaan yang baru sahaja berkhidmat , so nak transfer memang tak boleh melainkan dengan alasan mengikut suami.

Dia pernah try nak bahayakan nyawa sendiri hampir 2/3 kali. Ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call , naz tengok dia tengah letak tali kat leher. Ya Allah. Punca sebab naz nak tidur awal and taknak jumpa taknak gayut sebab esok morning shift.

Ya lagi sekali dia try nak terjun dari kereta dekat hiway masa naz tengah drive. Punca kawan naz mesej , naz save nama dia “mira’’ , sungguh sungguh cik tunang cakap nama tu “amir’’, halah halah. Malam sebelum majlis tunang , dia ada datang rumah untuk tolong prepare , naz kerja malam time tu.

Sungguh2 dia cakap, perjalanan dari rumah dia sampai la ke rumah ibu ayah naz malam tu , ada kereta follow dari belakang. Time tengah merewang tu pon dia cakap ada orang ‘usha’ dia dari jauh. Dia cakap ni semua sebab ada yang tak suka kami nak tunang.

Setiap kali kerja , dia cakap mesti ada orang follow. Dia cakap naz ni ha tak percayakan dia sampai nak hantar orang ikut dia. Lol , daripada hantar orang , baik duit tu buat simpan nak kahwin kan ?

Ada 1 hari tu naz bawak dia g majlis kahwin kawan 1 tempat kerja naz, lelaki. Itu pun cik tunang ni cakap sekumpulan yang selalu ikut dia, ada kat majlis tu. Dia cakap tu orang suruhan kawan naz tu. Stres ya amat tahu tak.

Stres sebab naz tak nampak pon siapa yang follow and siapa yang perhatikan kami dari jauh. Sepanjang perjalanan balik kami tak bercakap. Seboleh2 dia nak cakap naz and pengantin tu ada affair. Baru baru ni , kami tengah oncall , berbincang pasal hubungan kami ni.

Naz nangis. Automatik dia mengamvk then dia cakap “kau watpe hah, isap batu ea,jangan sampai aku call polis serbu rumah kau!”. Dari rasa sedih terus rasa benci.

Tu jelah kot yang naz boleh cerita kan. Banyak sangat situasi tapi naz tak ingat haha. Terima kasih reader and komen komen yang membina. Senang untuk putus tapi tak senang untuk move on , cewah. Segala komen dan nasihat kalian naz simpan untuk penguat semangat.

Oh ya , sesiapa yang ada number contact careline atau mana mana sumber untuk naz bawak cik tunang kaunseling , tinggalkan kat komen ya. Even dah putus nanti,kesian tetap kesian. Sebab family dia takkan bawak dia pergi jumpa doctor , tapi bomoh. Sampai ke harini , dah 4 bomoh family dia jumpa.

Kami belum lagi putus secara rasmi.Tapi dah lost contact. hampir sebulan dah tak jumpa.Naz dah sediakan fizikal and mental if apa apa terjadi lepas putus nanti (andai difitnah lagi) And lagi sekali, komen komen kalian sangat membantu naz. Terima kasih.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

 

Kredit: mychannel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *