Uncategorized

Kami Duduk Dengan Ayah Dan Mak Tiri Tapi Dalam Seminggu 3-4 Kami Dengar Bunyi Pelik Bila Kami Duduk Ngan Nenek Baru kami Tau

Foto sekadar hiasan

Sekadar ingin luahkan rasa hati dan rasa rindu dengan ayah. Nama aku Halim, berumur 30 tahun ada 4 adik beradik (aku no. 2) atas abang, bawah aku perempuan. Ibu aku dah lama meningal masa aku kecil.

Di pendekkan cerita ayah kahwin lagi selepas beberapa tahun. Selepas ayah kahwin, Kami agak kekok dengan mak tiri yang kami panggil makcik. Makcik nampak ok tapi kami selalu tak rasa selesa mungkin kerana lama tiada ibu.

Pada mulanya kami tinggal bersama ayah dan makcik, kami dengar bunyi pelik-pelik dalam bilik. Lebih kurang seminggu 3-4 kali dengar bunyi pelik.

Abang tak rasa selesa dengan keadaan itu dan mengajak aku tinggal dengan nenek (nenek tinggal di kampung dekat dengan ayah cuma ayah duk taman).

Lepas tu, baru kami dapat tahu yang sebenarnya ayah dan makcik kerap bergaduh dalam bilik.

Adik adik aku masih kecil biarlah makcik (mak tiri) jaga. Tapi sedihnya ayah bersetuju yang kami semua termasuk adik adik tinggal dengan nenek.

Bermula lah hidup berdikari. Bermula kami tinggal dengan nenek, ayah mula kurang amik tahu.. Sekali sekala jenguk.

Saban tahun, kami beraya tanpa ada pakaian raya atas alasan ayah tak cukup duit sebab kena bayar duit rumah yang baru di belinya.

(Nenek yang banyak support kami dengan guna duit bantuan yang dia dapat). Begitulah seterusnya sehingga kami meningkat dewasa.

Makan hati banyak sangat yang paling kesian adik2 saya. Mereka ni sangat2 perlukan perhatian dan untuk mengadu itu ini

Abanglah yang memujuk dan aku banyak memendam.. Untuk pengetahuan semua, aku ada 2 adik tiri (anak ayah dan makcik).

Bila kami meningkat remaja sampai sambung study, ayah tak pernah tanya duit cukup ke tak? Pernah sekali abang masa tu dapat MRSM dan perlukan duit beli buku. Ayah mengeluh sebab tak cukup duit..

Makcik mula membebel ini tak cukup itu tak cukup ini. Patut sekolah biasa dahla dan blah blah blah. Aku pernah tanya ayah simpanan kami semasa dengan aruwh ibu dulu.

Masa tu aku ingat2 lupa sebab masih kecil tapi arwah ibu ada tunjuk buku akaun abang dan aku cuma tak taw jumlah berapa di dalamnya.

Ayah berdalih dan alih ke topic lain. Sebenarnya ada banyak lagi sikap ayah yang kami terasa selain duit yang tak pernah cukup sehingga menyusahkan nenek pulak, tapi kasih sayang dan perhatian dah takde buat kami adik beradik terasa sangat. Kini kami dah meningkat dewasa.

Masing masing dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Alhamdulillah masing masing ada pekerjaan tetap.

(Lupa nak mention nenek meninggal semasa abang tengah study di UKM dan paling ralat ayah tak bagi abang balik masa nenek meniggal atas alasan takde duit bagi tambang bas ke pantai timur.

Masa tu abang merajuk sangat dengan ayah dan kami adik beradik masih tinggal di rumah peninggalan nenek wlupun nenek tiada).

Sehingga kini, ayah seperti tak ambil tahu tentang kehidupan kami.. Aku balik kampung tinggal di rumah nenek dan hanya datang jenguk ayah yang tinggal berdekatan.

Aku cuba mengeratkan hubungan dengan ayah tapi ntahla ada saja yang ayah buat untuk menyakitkan hati saya.

Adik yang bongsu memang dah lama tak hiraukan ayah selepas kes dia masuk wad (masa tu adik tinggal dengan aku di kl) aku telefon ayah bagitahu adik sakit dan ada sedikit pembedahan kena buat kepada dia.
Besar harapan adik agar ayah datang melawat tapi takde pun, adik tunggu ayah fon tanya kabar dia pun takde.

Sampai adik keluar wad, aku fon ayah bagitahu adik selamat kena bedah, ayah cuma respon oklah tu.

Sejak daripada itu, adik langsung tak pernah tanya tentang ayah. Sampai makcik call tanya kenapa adik lama tak datang rumah or fon ayah. Masa puasa ni, kami adik beradik plan balik kampung nak berbuka dengan ayah tapi tak bagitahu ayah yang kami nak balik.

Sebab minggu pertama puasa adik2 tiri balik makcik ajak buka puasa sekali (kami plan nak balik juga walaupun makcik tak ajak tapi last minit abang ada hal jadi kami semua cancel balik kampung minggu 1st tu) disini lah paling kami adik beradik terasa..

Bila melawat ayah dan ajak berbuka puasa. Dia bagi alasan nak berbuka kat surau. Adik memang dah tak kisah tapi sebab fikir ayah.. Kami cuba tapi hampa.. Kami maklum dengan ayah balik ahad tengahari.

Keesokannya sebelum balik plan nak jumpa ayah dulu tapi hampa.. Ayah bagi alasan keluar ke bandar sebab makcik nak cari baju raya.

Kadang-kadang terfikir ayah langsung takde rasa kesian dan rasa belas ihsan untuk kami adik beradik.

Cucu dia langsung tak pernah ambil tahu.. Kadang kadang cucu excited nak jumpa atuk tapi ayah …. hmmm. Tentang makcik tu biarlah tapi ayah tu..

Kenapa ayah buat kami macamni.. Sebenarnya ada banyak perkara untuk diceritakan tentang sikap pilih kasih ayah.

Tapi kami adik beradik pilih untuk pendam (banyak adik bongsu yang luah). Belum lagi kisah masa ayah pencen..

Satu duit pencen kami semua tak rasa tapi bila melawat ayah baru ni nampak motor sampai 3 biji and 2 kereta..

Tanya siapa punya sebab masa tu adik2 tiri masih sekolah menengah. Makcik bagitahu tu ayah beli sempena ayah dapat duit pencen (adik menangis dalam kereta sewaktu kami balik dari rumah ayah sebab terasa waktu dia tebalkan muka minta duit nak amik lesen motor ayah tak bagi alasan perempuan tak payah naik motor tapi adik adik tiri perempuan ada motor cash plak tu seorang satu).

Aku pun tak tahu dimana silap kami sampai ayah dah tak kisahkan kami. Masa ayah jatuh sakit, kami semua balik dengan segera tengok ayah di hospital. Masa ayah susah, kami ada untuk bagi bantuan.

Adik-adik tiri pergi sambung belajar. Aku dan abang tolong bantu sebab makcik minta tolong.. Tapi bila kami perlukan ayah..

Ayah takde. Benar kadang setiap waktu raya. Agak kurang bermakna sebab bila kami balik kampung (rumah nenek) nak beraya dengan ayah.

Ayah dan makcik dan adik2 tiri akan keluar beraya dan setiap hari pulak tu sampai kami habis cuti.. Kami seperti orang luar datang rumah ayah sejam dua untuk beraya.

Kami ada ayah tapi hidup kami seperti anak yatim piatu… Rindu aruwah ibu, rindu ayah. Terima kasih baca, hanya sekadar luahan.

Kisah kedua lebih mendebarkan..

Si Isteri Kena Halau Dengan Suami Tidur Kat Luar Sebab Suami Nak Video Call Dengan Kekasihnya Berumur 18 Tahun

Assalam min. Hide profile aku. aku dalam dilema. untuk terus kuat atau cuba untuk terima kenyataan. yang suami aku dah sebetul2nya tak ade hati pada aku.

Dia ada perempuan lain dari awal usia prkhwinan kami. dah nak dekat 3 tahun. perempuan tu umur 18 tahun. dan kami laki bini 25 tahun. nak dibndingkan aku dengan perempuan tu banyak sangat lebih aku weh. bukan aku yang cakap ramai yang cakap.

Sekarang makin melampau pulak. suami aku sampai block wsap aku. block fb. yang aku boleh contact melalui call tu pun jarang angkat. msg pun jarang balas. aku sedih sangat. down sangat. aku buat segala tugas ssbagai seorang istri. tapi aku tak dihargai . aku syang sangatt2 kat dia. dalam sujud trakhir aku. aku selalu mendoakan kebahagiaan aku dan dia. tapi makin lama aku tengok pandangan dia pada aku dah kosong. stiap malam aku tatap muka dia. sedih sangat allah. aku miliki jasad dia. tapi hati dia bukan milik aku.

Assalam min. Sambungan dr kisah aku. Betul ke manusia ni bodo sebab sayang. Korang bayangkan suami aku penah halau aku tidur luar semata2 hanya untuk gayut dengan budak tu nak vc dengan perempuan tu mase pkp. Yelah tak dapat jumpa kan. Aku pergi lah tido luar kat ruang tamu. Bangun pagi hidang sarapan. Macam biasa. Basuh baju dia. Aku taat sangat min. Sedangkan kalau kluar rumah dia tak kisah pun tak bagi tau. Tapi aku bagi tau jgk. Aku takut dosa.

Ada yang komen cuba kluar rumah tenangkan fikiran. Penah dah weh aku keluar lepas jumpe gambar perempuan tu up dekat ig. Gmbar rapat gile peluk pinggang bagai. Tapi perempuan tu lah up. Suami aku memang kat ig tu tak tunjuk dia tu dah khwin. Tunjuk macam ada awek ke tak ade. Memang acah single. Penuh folower perempan. Aku tau suami aku kalau tak ade aku memang boleh gile macam mak mertua aku cakap. Tapi penguat smangat aku family dia lah. Sayang aku sangat2.

Saudara mara dia smua syang gilaaa kat aku. Siap cakap kalau si suami bt apa2 bgtau. Kiteorang tau lah nk kerja kan dia. Yee kita baik ikhlas. Ramai orang sayang kan. Ramai orang ada masalah dengan mertua. Tapi suami dioranng okay. Terbalik dengan aku. Lagi 1 aku nak cerita. Sesungguhnya suami aku tak berkemampuan mana pun dalam rumah tangga ni. Banyak aku jee yang bayar serba serbi. Sebab gaji dia paras hidung je. Tapi dia tak sedar diri. Rasa diri bgus sgt. Yee sebab dia ada rupa. Jadi dia ingat prmpuan skarang pandang rupa tu sangat lah.

Elehhh budak 18 boleh lah di gula2 kan. Hmmm entah lahh. Aku kekadang rasa bosan dengan keadaan skang. Rasa penat mental bukan badan. Tapi aku bukan tak cuba nak lupekan dia. Berapa kali dah aku merajuk balik rumah mak lah. Apa. Last2 aku blik sebab terasa kesian. Sapa lah nak bsuh baju dia. Masak kat diaa. Kenapa orang lain nampak kebaikan aku dia buta sangat. Rasa nak jee hantuk2 kepala diaa. Sedar lahhh sedarr lahh. Sakit teruk aku lah menjaga nyaa. Tapi tak ubah2 jgk sikap. Penatt sangatt. 3 tahun dah hadap.

Sumber: IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *