Uncategorized

Gudang Habis Di Tenggelami Air, Jovian Mandagie Tunjuk Apa Yg Jadi Kat Semua Stok Dalam Tu

Keadaan hujan yang berlarutan sejak dua hari ini telah mengakibatkan berlakunya banjir di Malaysia. Di Selangor, banjir ini telah memberi kesan kepada lebih 3000 orang. Bukan itu saja, banjir ini turut memberi kesan kepada usahawan dan pereka fesyen terkenal Malaysia, Datuk Jovian Mandagie.

Banjir ini telah menyebabkan gudang Jovian telah dinaiki air. Menurut perkongsiannya di Instagram, tiada seorang pun daripada pekerjanya boleh memasuki ke gudang tersebut. Hal ini kerana paras air telah tinggi sejak pagi lagi.

tiada seorang pun daripada pasukan boleh masuk ke gudang hari ini kerana paras air telah tinggi sejak matahari terbit.

Pekerja Dan Stok Selamat

Jovian juga turut menyatakan bahawa semua pengawal dan juruteknik selamat manakala stok yang terdapat dalam gudang juga dalam keadaan baik.

Nasib baik semua orang (pengawal & juruteknik) selamat. Semua stok dalam keadaan baik juga kerana gudang kami dinaikkan.

“DEAR JOVIANISTA, very sad that the flood is also affecting our area. Sorry that this will also affect our fulfilment process.

“With this situation, all deliveries of Jovian Products will be halted for a few days, and lets hope that the situation will get better tomorrow insyaAllah. Thank you for your understanding Jovianista. Doakan WH kami selamat okay.

Dalam perkongsian di IG Story terbaru, menurut Jovian Mandagie segala stock dalam gudang masih berada dalam keadaan selamat. Kelihatan kotak-kotak produk masih dalam keadaan kering

Penghantaran Dihentikan

Tambahnya lagi, dengan situasi ini, semua penghantaran Produk Jovian akan dihentikan untuk beberapa hari dan dia berharap keadaan akan bertambah baik.


Dengan situasi ini, semua penghantaran Produk Jovian akan dihentikan untuk beberapa hari, dan harap keadaan akan bertambah baik esok Insyallah. Terima kasih kerana memahami Jovianista.

Jovian juga turut berterima kasih kepada Jovianista kerana memahami situasi tersebut dan mengharapkan gudangnya selamat.

Masalah di PPS Selangor dianggap selesai – PM

Klang: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu berhubung makanan tidak mencukupi dan mangsa banjir yang terperangkap serta belum dipindahkan ke pusat perpindahan sementara (PPS) yang timbul sejak semalam dianggap selesai.

Ismail Sabri berkata, perkara itu antara beberapa yang dibangkitkan dalam mesyuarat khas dan persediaan segera selepas meninjau mangsa banjir di dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dan SK Johan Setia, dekat sini pagi hari ini.

“Ada beberapa isu yang dibangkitkan tadi iaitu yang kami bincangkan dari segi mereka yang terperangkap di rumah dilaporkan sudah selesai.

“Cuma mereka yang terperangkap di dalam kereta atau di tempat lain selain rumah, tindakan sedang dilaksanakan untuk memindahkan mereka,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, isu berkaitan ketiadaan makanan juga dianggap selesai iaitu untuk makan malam hari ini dan sarapan pagi esok akan disediakan kerajaan negeri.

“Sementara, mulai esok makan tengah hari serta seterusnya akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jadi dari segi makanan, kami kira selesai. Ini perkara besar,” katanya.

Ismail Sabri berkata, dari segi tempat tidur kerajaan sudah mendapatkan komitmen daripada JKM untuk menyediakan tempat tinggal kubikel selesa yang disertakan selimut dan tilam kepada mangsa banjir di PPS.

“Begitu juga dengan keperluan lain, (di PPS) tandas hanya menggunakan tandas sekolah. Jadi memang tidak mencukupi dan kami bersetuju untuk sedia tandas mudah alih.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mencuci kawasan itu sebab kalau ramai dan hujan pula, kotorlah jadi kita nak jaga kebersihan.

“Longkang juga kami sudah minta supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera untuk mencuci longkang yang menyebabkan air tersumbat,” katanya.

Ismail Sabri memaklumkan berdasarkan makluman yang diperoleh daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), jumlah hujan turun di Selangor semalam menyamai jumlah hujan selama sebulan.

“(Hujan luar biasa) berlaku tiba-tiba, maka berlakulah kekalutan. Tidak ada persediaan, perpindahan rumah dan sebagainya. Tidak sangka air akan naik begitu cepat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat hari ini bilangan mangsa di Selangor meningkat daripada lebih 6,000 semalam kepada lebih 15,000 di 108 PPS membabitkan lapan daerah.

Sumber: Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *