Uncategorized

Bila isteri tiada dirumah, orang gaji mula pakai pakaian menonj0l. Iman aku tipis, aku mula jadi lemah. Rupanya dalam diam isteri dah pasang CCTV

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku berkahwin selama 7 tahun, Alhamdulillah aku bahagia, isteri aku seorang yang penyabar, dengar kata, hormat orang, sempurna dimata aku. Pernah teringat sekali, aku dibuang kerja, isteri aku berbanting tulang tolong aku, bini aku berniaga jual nasi lemak dan kuih, bini aku pandai masak, so tak hairan kalau jualannya semua habis.

Mulai hari itu, isteri akulah yang mencari nafkah untuk kami, aku pula buat kerja rumah, basuh baju, jaga anak, basuh rumah.

Yaa Allah baru aku tahu macam mana jadi suri rumah, dulu aku duduk duduk ofis balik rumah makanan dah siap berhidang hidang.

Tapi sekarang 24 jam ada je kerja menanti. Tapi aku tak berkira, sebab isteri aku sara aku. 5 bulan juga aku ambil tugas bekerja jadi suri rumah.

Akhirnya ada rezeki, aku dapat kerja kerajaan, Alhamdulillah pangkat bolehlah sebab aku ada degree, isteri aku tetap nak berniaga so anak kami pengasuh yang jaga, lama kelamaan wang kami makin banyak, isteri berduit saya pun berduit, saya dah jarang bagi isteri nafkah,

Sebab dia pun banyak wang. Kadang kadang saya tak tahu nak buat wang tu untuk buat apa. Saya hanya biarkan wang tersebut di dalam acc bank saya.

Sekarang kami dah ada pembantu rumah dari seberang, pembantu itulah yang menjaga anak anak kami sedangkan isteri saya terlalu sibuk berniaga.

Pembantu rumah lah yang masak, buat kerja rumah, dan semua kerja di rumah. Bila saya balik dirumah, hanya ada pembantu dan anak anak. Dan bila malam jam 10 lebih barulah isteri saya pulang.

Sekarang kami sudah ada restoran sendiri jadi isteri saya bertambah tambah sibuk. Saya pun kadang kadang ada membantu, tapi saya juga kadang kadang perluukan rehat dirumah.

Entahlah min, aku pelik dengan sikap pembantu kami, bila isteri aku takda dirumah, dia selalu pakai pakaian menonjol sikit, kadang kadang hanya pakai pkaian dalam sahaja di rumah.

Iman aku tipis, aku mula jadi lemah, akhirnya aku tewas. Setiap kali isteri takda dirumah, anak semua ke sekolah, aku akan bersama dengan pembantu rumah.

Aku semakin hanyut, akhirnya isteri aku terhidu kelakuan kami, mungkin juga dia curiga dengan perubahan diri saya.

Pernah sekali aku outstation, dia suruh pembantu kami bercuti, senyap senyap isteri aku pasang cctv dirumah. Bila aku balik pembantu dah kerja semula, kami masih berhubung, tak kira di bilik tidur aku dan isteri, diruang tamu, dapur dan tandas.

Akhirnya semua kantoi. Perbuatan aku dah kantoi. Tapi, yang pelik isteri aku tak marah, siap cakap elok elok. Kami bincang bertiga. Isteri aku cakap,

“Ayang tak marah abang, ayang tak benci abang, ayang tahu abang sunyi, ayang tahu abang sepi, ayang tahu ayang banyak kekurangan, ayang tahu kalau ayang tak dapat layan abang seperti dia melayan abang”

“Abang kawinlah dengan dia kalau hanya dia yang boleh bahagiakan abang, tapi dengan syarat lepaskan ayang, rumah kereta dan restoran, ayang yang ambil sebab ini adalah atas usaha ayang, atas penat lelah yang ayang buat untuk keluarga ini.”

Aku menjawab,“Ayang, semua harta yang kita adalah milik awak, saya tak nak harta itu, saya hanya nak awak, maafkan saya. Saya janji ini tak akan berulang lagi”.

Isteri saya menjawab,“Abang, ayang dah ambil keputusan yang kita mesti berpisah, sebab hanya dia yang mampu bahagiakan abang. Ayang terlalu sibuk abang.

Ayang tak dapat puaskan hati abang. Esok kita ke pejabat agama, urus surat perpisahan dan lepastu abang kawinlah, ayang tak nak abang menanggung d0sa perbuatan terkutuk tu”

Yaa Allah, aku menyesal sangat, air mata jantan aku keluar, aku minta maaf aku menangis semahu mahunya. Dia maafkan tapi tak mahu terima aku lagi.

Dan sejujurnya aku tak akan dan tak ada niat nak ambil permbantu rumah tersebut untuk jadi isteri aku.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Assalam semua pembaca, sedikit latar belakang saya, berumur awal 40-an, bekerjaya, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang meningkat dewasa. Suami saya merupakan penjawat awam.

Perkahwinan atas dasar suka sama suka. berkenalan atas sebab urusan kerja, ini hampir menginjak ke usia 15 tahun November akan datang.

Kisah yang bakal diceritakan ini bertujuan untuk membuka mata mana-mana individu yang berniat untuk curuang/sedang cuurang/telah crang kepada masing-masing.

Allah uji kita sebab DIA sayang…di setiap ujian itu Allah sedang mempersiapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Ya… CUURANG itu adalah satu PILIHAN, BUKAN TAKDIR semata-mata.

Sebenarnya telah lama saya mengesyaki bahawa suami ada menjalinkan hubungan (skndal) dengan beberapa wanita sebelum ini. Ini naluri seorang isteri yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hambaNya. Wujud 6/10 tanda-tanda orang yang cuurang itu pada beliau.

Tetapi saya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dikemukakan ketika proses ‘confront’ dengannya. Kalau ada pun setakat ‘panggilan yang mencurigakan’ dan cara suami menjawab saja yang buat saya pelik.

Ini tidak boleh dijadikan bukti kerana suami akan buat seolah2 saya yang bersalah kerana cemburu/’over thinking’ tidak kena tempat.

Maka sejak itu, saya diamkan sahaja. Bertahun lamanya. Lagipun, kalau saya ceritakan kepada orang lain, saya yakin tiada orang akan mempercayainya kerana tiada bukti…

Kerana pernah pertama kali saya syak suami ada skandal (di awal usia perkahwinan) saya pernah meluahkannya kepada adik ipar perempuan (adik suami) tetapi dia menafikan sekeras-keraskan dan mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita.

Sejak daripada itu memang saya hanya memendam rasa sendiri.

Satu-satunya insan yang percaya kepada cerita ini adalah arwh ibu mertua saya. Ya, saya menantu kesayangan arwaah ibu mertua. Banyak yang saya ceritakan/luahkan kepada arwh terutamanya tentang perangai2 pelik suami.

Arwh ibu mertua sangat memahami perasaan saya kerana sebagai seorang wanita beliau faham dengan status kerja suami saya, susuk fizikalnya, sifat ‘charming’ dan ‘sweet talker’nya mmg tiada wanita yang tidak mudah ‘goyah’.

Ketika hayatnya beliau banyak menasihati saya selain bersabar, banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah lembutkan hati suami untuk berubah.

Sejak beliau mngal dunia 5 tahun lepas, saya hiilang tempat mengadu dan berkongsi cerita. Hanya pada-Nya tempat saya luahkan segalanya. Hampir setiap mlm saya berdoa supaya Allah tunjukkan jalan dan kebenaran.

To cut story short, rumah tangga ini saya pertahankan selama ini kerana suami bukanlah orang yang mengabaikan saya dan anak-anak;

Nafkah anak-anak tidak pernah diambil mudah (walaupun gaji saya melebihi gaji beliau), mendirikan solat 5 waktu dan tidak pernah sesekali pun tangan beliau hinggap ke tubuh saya hatta dalam keadaan marah sekalipun. Hubungan suami dengan keluarga saya juga baik.

Sehinggalah suatu hari suami tinggalkan telefon kedua beliau kepada saya untuk saya gunakan bagi membantu online learning anak dalam tempoh PKP ini kerana beliau terpaksa bertugas dan tidak dapat membantu saya dengan hal ehwal pembelajaran anak-anak .

Dan buat pertama kalinya suami berkongsi access pin number telefon itu dengan saya. Sebelum ni, memang suami sangat merahsiakannya.

Kalau saya curi-curi tengok telefon pun beliau akan cepat2 mengelak. Dan saya tahu rutin suami akan delete semua conversion yang boleh menimbulkan syak wasangka kepada saya.

Namun begitu, tak pasti di mana datangnya kekuatan ini, sambil tangan terketar-ketar, saya terbuka hati untuk memeriksa secara terperinci telefon tersebut.

Finally, saya jumpa semua bukti yang saya cari selama ini. BUKTI yang tidak sempat suami delete. Semuanya saya baca dengan mata yang berkaca.

Allahu… DIA saja yang tahu bertapa hncur, remuk dan luluhnya hati seorang isteri tatkala membaca semua conversation suami dengan isteri orang dan beberapa wanita lain (I am crying while am typing this).

Dan saya menangis semahu-mahunya selepas itu…. muhasabah diri ini, di mana silapnya… di mana kurangnya layanan saya terhadap suami selama ini.. dan apa yang suami dambakan daripada isteri seperti saya…

Namun hari itu, layanan makan minum dan keperluannya masih macam hari-hari sebelum ini, walaupun hati saya menangis bagaikan orang hiilang pedoman. Cuma saya kurang bercakap dengan suami; satu-satunya perkara yang sukar saya lakukan selama ini.

Lama-kelamaan suami syak yang rahsianya telah terbongkar dan cepat2 padam segala chat yang mencurigakan. Ini terbukti bila saya check semula telefon tersebut, conversation itu telah tiada.

Hampir seminggu saya mewujudkan ‘social distance’ dengannya.. hampir setiap malam saya menangis semahunya mengadu pada Yang Esa, sambil2 saya mencari kekuatan diri.. di mana mahu dimulakan confront ini supaya segala yang terbuku dan terselirat dalam hati masing2 dapat diluahkan.

Selama seminggu itu juga ada proses2 memujuk daripada suami tetapi saya tidak endahkan dan suasana dalam rumah menjadi makin ‘suram’ dan hambar. Kami hanya menggunakan anak2 sebagai medium komunikasi.

Kalau sebelum ni, solat, mengaji, makan dan menonton TV berjemaah tetapi kini masing2 mengambil ruang sendiri. Saya juga perasan dengan perubahan suami yang setiap waktu usai solat akan membaca Al-Quran di mana sebelum ini hanya dilakukan selepas solat Maghrib/Isyak.

Dan akhirnya Allah makbulkan permintaan saya.

Suatu lewat mlm setelah anak2 tidur, suami mendekati saya yang pura-pura tidur (suami tahu saya belum tidur) dan meluahkan segala-galanya termasuk mengaku atas segala kecuurangan beliau terhadap saya selama ini.

Pertama kali juga saya melihat suami menangis semahu2nya (selepas kematian ibunya 5 tahun lepas).. menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap saya dan anak2…

mengaku dirinya sebagai pendosa dalam setiap saat dan waktu.. dalam esak tangisnya, suami merayu2 mohon diampunkan dosa dan kekhilafan selama ini.. beliau takut Allah ambil ny4wanya sebelum sempat saya memaafkannya.

Suami ingin berubah tetapi setiap kali itulah dugaan datang melanda. Dia malu nak melihat wajah saya dan anak2 kerana teringat segala dosa yang telah dilakukannya. Dia malu dengan segala kekurangan dirinya berbanding dengan saya.

Dia rindu saya yang ‘dulu’.. saya yang ceria.. saya yang celoteh bercerita dan berkongsi segalanya.

Isteri manalah yang sanggup melihat suami merayu2 dan merintih begitu, supaya dimaafkan segala salah silapnya???

Saya juga bukanlah insan yang sempurna dan bukanlah mencari suami yang sempurna..cukup sekadar melengkapi kekurangan yang saya ada. Bila ditanya siapakah isteri orang yang menjadi skandalnya selama ini.. yang dipanggil ‘sayang’ itu dan diingati setiap masa?

Ya, dia adalah kek4sih lamanya, sebelum kami kenal lagi.. pernah lost contact tetapi masing2 saling mencari dan ditakdirkan bertemu semula di sosial media.. dijadikan teman bercerita meluahkan tentang penat lelah dan stress bekerja.

Bila ditanya, kenapa dia yang dipilih sebagai isteri walaupun mereka saling sayang menyayangi…jawapan suami:

Itu adalah takdir dan rahsia Allah.. jangan dipersoalkan. Kasih sayang suami terhadap saya juga takdir dan rahsia Allah katanya. Ya betul, tetapi CUURANG itu juga pilihan bukan takdir semata-mata.

Lelaki dikurniakan 9 akal jadi kenapa harus tunduk dengan 1 nafsu?? Saya juga mempunyai bekas kek4sih yang saya kenali sejak zaman sekolah ke universiti hingga kini tetapi kami tetap menghormati status masing2.

Sentiasa mewujudkan ‘gap’ atas dasar status isteri/suami orang sebab saya terlalu takut jika tiba2 diuji dengan perasaan yang pernah wujud sebelum ini.

Demi Allah ia adalah hubungan persahabatan atas dasar bekas rakan sekolah semata-mata. Suami hanya diam mendengar kata2 saya itu dan mengakui kebenarannya dan meminta saya menyokongnya untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Penghujung malam itu, saya maafkan segala2nya tetapi tidak semestinya saya dapat melupakan segala yang berlaku selama ini. Saya mohon diberi waktu dan ruang untuk mengubat keluukaan ini… kerana walaupun maaf telah terucap tetapi rosak dan parutnya tetap ada.

Saya juga mohon suami memohon kemaafaan dengan semua orang terutamanya suami wanita tersebut supaya beliau lebih tenang. Janjinya demi Allah, kesilapan ini tidak akan berulang lagi.

Daripada perkongsian ini, saya berharap agar pembaca dapat mendoakan yang baik2 dan kesejahteraan rumah tangga kami…

Semoga saya dapat menerima semula suami dengan sepenuh hati ini dan supaya lebih tabah serta kuat demi anak2. Semoga ada sinar kebahagiaan di penghujung usia ini. Amin.

Ramai terkesan dengan perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Encik Kamal, Patut ko sebagai suami bawak bincang dengan isteri, apa ko rasa. Paling tidak isteri ko sedar akan kealpaan dia selama ni. Ni ko pegi try pembantu umah buat apa. Dah menambah masalah. Isteri ni instinct dia tinggi, setiap perubahan dia tahu…

Dia bukan tak nak kat kau tapi kepercayaan dia dah pudar. Kalau ko bawak bincang pasti bnyak perkara ko leh settlekan. Sekarang ko dapat apa. Telan air liur, tula bila keinginanan dah merasuk, duit dah bnyak Tuhan pun lupa. Buatla idup baru yea.

Nur Eika, kakak malas nak komen bang. Tapi kalau kakak komen, memang kasar. Kalau aku jadi kau, aku nampak je pembantu rumah tu pakai macam tu aku halau keluar kut tingkap.

Pompuan tak pompuan. Dia pakai spender dengan bra je, aku tendang keluar kut bumbung. Baru dia tahu adab sopan menumpang. Ini kau tak. Tu baru pembantu rumah pakai macam tu. Besok yang lain turun jadi perempuan cantik, tayang depan kau tak pakai apa apa acane.

Isma Harun, Bibik tu saja nk try ko, tak sangka ko tewas jugak. Tapi bukan nak cakap ape, dorang ni datang malaysia betul betul nak bekerja ke nak mengatal.

Contoh baru baru ni ,aku kat kedai makan, pekerja semua luar, ade lah sorg pakcik ni datang bawak gelandangan nak belanja makan,

Sekali pekerja2 tu semua ber abang abang kat pakcik tu. Siap tnya lagi, “abang tak nak belanja saya ke..” Terus pakcik tu cakap belanja dia cukup la.

Pastu sorang pompuan ni pulak cakap, “Alah.. kan boleh lagi tu, masih ada kuota..” pakcik tu ckp, “Saya sudah ada anak 5 tau..” terus pakcik tu jalan, dalam hati aku gatal betul betina2 ni.

Sumber: IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *