Semasa

Nak Rancang Sendiri Tapi lbu Muda Tak Jangka Berank 2 Kali Setahun

Kehadiran anak adalah penyeri rumah tangga, tentunya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri mengenai berapa jumlah zuriat yang diimpikan. Pun begitu dalam masyarakat kita, realitinya terdapat juga situasi yang mana seorang ibu melahirkan 2 bayi dalam tempoh setahun walaupun ia amat jarang berlaku.

Selepas menimang cahaya mata sulung pada Januari 2021, seorang wanita dikenali sebagai Nurul Balqis ini mendedahkan dirinya selamat bersalin anak kedua pula hujung tahun lepas.

Terdahulu, ibu muda ini akui memilih untuk tidak pakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadangkan oleh seorang jururawat. Namun tanpa disangka-sangka, dia dan suami dikurniakan sepasang ‘kembar tahun’.

Hanya berusia 21 tahun ketika itu, Nurul Balqis akui bersyukur dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan serentak dalam tahun yang sama. Malahan, dia juga akui tidak sabar menanti detik 2 beradik tersebut mula sekolah bersama-sama.

Pun begitu, ibu muda ini akui mahu berehat dahulu dan akan betul-betul merancang kehamilan seterusnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan ibu muda tersebut susulan bersalin secara normal untuk kedua-dua kehamilan. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman sama mempunyai ahli keluarga atau zuriat ‘kembar tahun’ seperti Nurul Balqis.

    

Sumber : qizz.99 / Era tv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *