“Dulu selalu keluar TV..” Pelakon Veteran Roslan Salleh kini jual daging dendeng demi tampung hidup

Nama pelakon veteran, Roslan Salleh secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat di Twitter apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform media sosial terbabit.
Pada yang kurang mengenalinya, Roslan merupakan pelakon senior yang sering muncul di filem dan drama tempatan.
Kali terakhir Roslan muncul di layar lebar adalah menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos tahun lalu.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Roslan dilihat sedang menjual daging dendeng di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah Melaka.
Ni pak sedara saya. Nama dia Roslan Salleh. Ramai kenal dia ni rasanya. Skg dia jual daging dendeng dekat Kg. Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Marilah datang beli. Sedap weh tak tipu. Klau taknak beli pun, mohon RT untuk rezeki pak sedara saya. Tq sangat-sangat. pic.twitter.com/35iESeDpr2
— dan (@eidan_shafie) March 29, 2019
Produk jualannya juga dibungkus rapi dengan pelekat jenama Daging Dendeng Pak Lan.
Rata-rata netizen memuji usaha Roslan yang kini menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
Jadi orang Melaka, apa tunggu lagi, pakatlah serbu ‘Daging Dendeng Pak Lan’!
Jika mahu membeli daging dendeng terbabit, boleh lakukan carian ‘Warung Hijau Rojak Sotong’ di aplikasi Waze atau Google Maps.
Kelibatnya sering dilihat di kaca televisyen menghiasi filem dan drama-drama tempatan sekitar lewat 90an. Sejak itu namanya kurang diingati dan kali terakhir muncul di layar lebar adalah menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.
Namun nama beliau secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat di Twitter pada 2019 apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform media sosial terbabit
Difahamkan pelakon veteran, Roslan Salleh, 63, kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.
Tidak lagi aktif berlakon
Roslan ketika dihubungi berkata, keadaannya yang kurang sihat sejak tiga tahun lalu membuatkan dia tidak lagi aktif berlakon.
” Saya s4kit sudah lama. Sebelum ini ada juga sesekali berlakon, tapi sejak usia makin meningkat dan keadaan kesihatan tak mengizinkan, saya memang tak larat nak kerja di lokasi penggambaran.
” Jadi, saya bersama isteri dengan dibantu anak-anak menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dimasak sendiri.
” Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik daripada pelanggan. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya.
Meniaga dari rumah saja
Roslan bersama keluarga yang kini menetap di Melaka berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak begitu terganggu walaupun ketika ini dalam tempoh PKP.
” Tak adalah rasa terganggu sangat sebab penjualan kini dibuat di rumah. Siapa nak beli, datang rumah atau mana pelanggan duduk berdekatan, saya akan hantarkan. Kalau dahulu, sebelum PKP ada juga saya buat jualan di luar,” katanya.
Roslan berkata, penularan wabak COVlD-I9 ketika ini adalah ujian Allah.
” Kita sebagai hamba-Nya kena banyak berdoa dan tetap berusaha mencari rezeki,” katanya.
Ditanya mengenai bantuan khusus untuk artis, Roslan berkata, dia melihat secara sesiapa yang rasa perlukan bantuan dan mahu, isi borang dan minta.
” Bagi golongan penggiat seni, prinsipnya mudah iaitu kepada yang ada, yang mampu dan yang mewah bantulah pada mereka (rakan artis) memerlukan. Namun, buat mereka yang kurang, yang kurang mampu dan yang kurang mewah , jangan pula terlalu meminta-minta.
” Benda-benda ini (bantuan) kena ikhlas dan jujur. Pada yang ada tu baguslah, ganjaran besar kalau membantu. Bagi yang tiada, jangan suka meminta,” katanya.
Memurut Roslan, mereka sendiri yang memilih kerjaya sebagai artis. Jadi, sepatutnya sudah ada perancangan dan perkiraan sebelum membuat keputusan,” katanya.
Mengakui tawaran berlakon ada tetapi disebabkan dia tidak sihat, Roslan perlu berfikir apa yang boleh dibuat untuk berusaha mencari rezeki.
Daging dendeng dijual dengan harga RM15 untuk 150 gram, sambal lado (RM10 untuk 100 gram) dan sambal hitam belimbing buluh (RM12 untuk 120 gram).
Sumber : kIviraI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.