“Lagu Kena R4suk Ke ni..?”- Netizen Kec4m Lagu Shila Amzah Tak Hormat Hari Raya. Sekali Ini Komen SOG - Menujukebenaran
Uncategorized

“Lagu Kena R4suk Ke ni..?”- Netizen Kec4m Lagu Shila Amzah Tak Hormat Hari Raya. Sekali Ini Komen SOG

GARA-GARA tampil dengan genre berbeza, lagu raya nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah berjudul Seikhlas Hati menerima komen negatif segelintir netizen.

Rata-rata mereka berpendapat lagu berkonsep rock alternatif dengan elemen screamo atau jeritan itu tidak sesuai untuk didengar ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Lagu kena rasuk ke ni?

“Dengar pun dah stress, tak payahlah buat versi jerit-jerit macam ni. Dengar pun sakit kepala.

“Art berat ni, dunia nyanyian sudah nazak.

“Sedih pula rasanya, generasi sekarang sudah tak anggap hari raya satu hari yang suci. Dihidangkan dengan irama macam ni sudahnya

“Ini menunjukkan industri muzik kita makin jahanam!” ujar beberapa netizen.

Tidak setuju dengan pendapat itu, pemain flut kumpulan itu, MK Ridzuan berkata, perkembangan sesebuah industri sepatutnya diukur dengan variasi dan kepelbagaian hasil karya.

“Sebenarnya tak jahanam industri seni Malaysia jika ada pengkarya di luar dari kebiasaan. Kesihatan sesebuah industri diukur dengan kepelbagaian hasil seni.

“Yang patut kita risau menuju kejatuhan industri adalah bila karya stagnant dan tak berkembang. Sama je dari 80-an, 90-an sampai 20-an.

“Industri seni ni ibarat hutan, hutan yang sihat ada flora dan fauna. Kita patut risau jika tengok hutan tu semua pokok kelapa sawit sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan indie, Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Shila Amzah melancarkan lagu raya Media Prima bertemakan Seikhlas Hati.

Lagu raya berkonsepkan rock alternatif itu merupakan hasil ciptaan Raja Nazmin Shah, manakala lirik pula ditulis oleh Shila.

17 tahun dalam industri, SOG tak pelik masih belum terkenal

RAMAI yang pelik apabila mendengar lagu Pelukan Angkasa dendangan Shila Amzah bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) diumumkan menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini.

Kebanyakannya bertanya siapakah SOG sedangkan kumpulan itu sebenarnya sudah hampir 17 tahun dalam industri seni tempatan dan cukup berpengalaman dalam dunia seni.

Ditanya sama ada mereka berkecil hati kerana masih belum cukup dikenali sehingga kini, pemain dram SOG, Nazmin berkata, mereka tidak kisah mengenai perkara itu kerana mempunyai prinsip yang tersendiri.

“Memang tidak kisah kerana ini adalah jalan yang dipilih untuk memperjuangkan nilai seni kami sendiri tanpa perlu tunduk kepada kehendak komersial.

“Ada yang komen macam-macam apabila mendengar cara vokalis kami menjerit. Namun kami hormati pendapat masing-masing, mungkin mereka tidak biasa. Elemen jeritan itu adalah ekspresi berbeza dalam menyampaikan sesebuah lagu,” katanya.

Selain persediaan untuk AJL36, Nazmin berkata, SOG juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk melakukan konsert di dalam dan luar negara yang terbatas ekoran pandemik Covid-19.

“Selain persediaan final AJL36, kami tidak sabar menunggu sempadan dibuka untuk melakukan persembahan jelajah dalam dan luar negara.

“Sepatutnya kami buat jelajah di seluruh Asia dan beberapa negara Eropah serta Amerika bagi mempromosikan album terbaharu namun Covid-19 melanda. Kali ini memang kami sasarkan pasaran antarabangsa,” katanya.

Selain Nazmin, SOG turut dianggotai lima lagi anggota lain iaitu Raja Nazrin Shah (vokalis dan gitar), Amsyar (gitar), Qayyum (bass), Riko Agus (vokalis) dan MK Ridzuan (seruling).

Terbaharu, mereka muncul dengan dengan album ketiga yang dihasilkan di Perancis.

Menurut Nazrin, mereka memilih Alias Studio yang bertaraf antarabangsa untuk menghasilkan album Second Voyage bagi mendapatkan kualiti rakaman terbaik buat peminat mereka.

“Selama sebulan di Paris, kami berjaya merakamkan sebanyak 10 buah lagu. Pengalaman di sana sungguh berbeza, dari segi peralatan rakaman yang ‘high-end’, etika kerja yang hebat dan kemahiran penerbitan.

“Kami amat berpuas hati dengan hasilnya yang mungkin susah untuk dapat di studio rakaman tempatan.

“SOG pernah berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal Perancis, Chunk! No, Captain Chunk! yang juga merupakan pemilik studio rakaman tersebut dan mereka suka dengan apa yang kami bawakan lalu menawar untuk bekerjasama dengan mereka.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button