"Majikan tapi tk 'geli' pelvk maid. Baiknya Dato siap Hadiahkan Rantai.." Aliff Syukri Sebak Terpksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah Curl Perhatian - Menujukebenaran
Uncategorized

“Majikan tapi tk ‘geli’ pelvk maid. Baiknya Dato siap Hadiahkan Rantai..” Aliff Syukri Sebak Terpksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah Curl Perhatian

Biarpun terkait dengan pelbagai k0ntroversi, namun Dato’ Seri Aliff Syukri juga terkenal dengan sifat penyayang dengan setiap pembantu rumahnya. Jika dilihat dalam hantaran sebelum ini, keakraban antara mereka dilihat seakan-akan seperti sebuah keluarga.

Malah, pekerja yang lain turut mendapat layanan sama daripada usahawan itu. Bukan senang nak cari bibik yang setia…kami terlalu sedih selapas 10 tahun berbakti dgn keluarga
Bagaimanapun, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan.

Itulah yang berlaku kepada keluarga berkenaan selepas pembantu rumahnya mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Menerusi perkongsian di laman Instagram, kelihatan mereka yang dalam keadaan sebak sedang berada di sebuah lapangan terbang.

Apa yang menyedihkan, terjadi pula moment penuh hiba apabila pekerjanya itu seperti meraung kesedihan kerana perlu berpisah dengan mereka.

Walaupun sekadar menjadi pekerja pembantu rumah tetapi banyak jasa beliau menjaga anak-anak saya
Selain itu, selebriti tersebut turut mengenangkan jasa bibiknya yang setia berbakti selama 10 tahun. Ia termasuklah menjaga anak-anaknya daripada baharu lahir sehingga sekarang.

Malah, figura berkenaan sempat menghadiahkan seutas rantai tangan emas sebagai hadiah kesetiannya selama ini.

Allahuakbar sedih pulak tengok…tak dapat gambarkan kalau bibik saya pulak batik

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut berasa sebak melihat detik penuh mengharukan itu.

Malah, ada juga sempat memuji keluarga tersebut yang sentiasa rapat dengan setiap pekerja tanpa pernah mengira soal pangkat dan harta.

“Buat La lagu untuk dia Dato”

 

Menteri nasihat Aliff Syukri tarik balik video kontr0versi

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Menurutnya, negara baru saja pulih daripada bala C0 vid-19 yang melanda seluruh dunia.

Katanya, peluang dan rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjaga tingkah laku.

“Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan hanya untuk tatapan peribadi,” katanya.

Idris berkata, beliau yakin hati lebih lapang jika patuh pada ajaran dan nilai agama malah Allah akan melapangkan lagi rezeki.

Katanya, beliau menyeru seru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

“Dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seIslam, semoga nasihat ini adalah kerana Allah dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya,” katanya.

Sumber : pnews.space

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button