“Hanya mereka berdua sahaja anak kami” – Sebak Luahan Ibu Ayah nahas 2 beradik menyentuh hati - Menujukebenaran
Uncategorized

“Hanya mereka berdua sahaja anak kami” – Sebak Luahan Ibu Ayah nahas 2 beradik menyentuh hati

Dua beradik maut apabila motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini.

RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada pukul 8.54 malam.

” Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang dua mangsa iaitu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dipercayai hilang kawalan.

           

 

” Dalam seminggu kebelakangan ini saya perasan mereka berdua jadi rapat sangat.

” Buat sesuatu bersama-sama, pergi ke mana-mana pun berdua. Sehingga ke hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” kata Farizuddin Mat Saad, 52, bapa kepada dua beradik berusia 15 dan 11 tahun yang maut dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini.

Katanya, sebelum ini dua beradik itu sama seperti orang lain, akan berbaik semula selepas bergaduh, tetapi mereka sangat rapat sejak seminggu kebelakangan ini.

Menurutnya lagi, dia redha dengan insiden menimpa Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, yang maut dilanggar ketika keluar dari rumah untuk membeli makanan.

” Sebelum mereka keluar saya lihat mereka naik motosikal, tapi itulah, benda nak jadi, dah sampai ajal,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tersebut, dua beradik maut di tempat kejadian akibat dilanggar sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan.

     

Jenazah dua beradik itu disembahyangkan di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan PJS4, Petaling.

Tonton Video:

 

Sumber HM, mediaterheboh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button