Sharifah Sakinah samakan dgn syurga, Rupanya ini kos Shiera berhabis ubah suai bilik air mewah

TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video dalam tandas dan menulis kapsyen menyamakan tahap kesejukan seperti syurga mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.
Mengulas mengenai hantaran Instagram adiknya itu, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah berkata video tarian tersebut dirakam di dalam tandas rumahnya, baru-baru ini.
Mengakui terkejut bilik air berkenaan menjadi viral kerana kelihatan mewah, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia mengubahsuai ruangan peribadi itu kira-kira setahun lalu.
“Bila aku post tandas tu tak viral pula, bila Kinah (Sakinah) post viral pula! Dia pernah pergi syurga ke? Marah netizen… Tak apalah, itu anggapan dia, dalam lagu pun banyak tulis lirik syurga.
“Kenapa viral ya? Saya design dan buat ubah suai tandas itu sendiri tau. Nak suruh orang buat harga mahal. Ini tak sampai RM10,000!
“Jamban emas, macam dekat Dubai sikit! Barang-barang itu saya beli di kedai-kedai DIY. Nak suruh orang buat tapi kos mahal, terkejut la tengok harga puluhan ribu… jadi lebih baik buat sendiri,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI
perkongsian seorang selebriti Sharifah Sakinah baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah hantaran di Instagram menunjuk tandas di rumahnya yang diubah suai menjadi satu tempat yang ‘megah’.
Biarpun tandas mewah yang dipaparkan itu menjadi perhatian ramai, namun perkara yang membuatkan netizen lebih memberi perhatian apabila membaca caption hantaran Sakinah itu menyamakan tandasnya dengan syurga.
Oleh kerana membuat coretan seperti itu, pelakon tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang merasakan Sakinah tidak sepatutnya berseloroh menyamakan sesuatu yang suci dengan tempat yang kotor itu.
komen instagram
Antara Komen Lain

Bukan Org Kata, Nabi Kata. Sb Tu Kena Baca Doa Nak Masuk Tandas, Tandas Jgn Hias Cantik Cantik Agt N Jgn Lama Lama Dlm Tandas. Nka Keluar Baca Doa Keluar Tandas.
Tak Tahu Kenapa Aku Geli Nak Duduk Saja Saja Kat Mangkuk Tandas Tak Kisah Lah Tandas Tu Berkilat Mcm Mana Sekali Pun, Lagi2 Duduk Dengan Pakai Dengan Seluar Ke Apa Hahaha Lepastu Sambung Lak Baring Atas Katil.
Whenever The Prophet (ﷺ) Went To The Lavatory, He Used To Say: “Allahumma Inni A`Udhu Bika Min Al-Khubuthi Wal Khaba’ith (O Allah, I Seek Refuge With You From Male And Female Devils)”
Kan…There’s This One Toilet Goes Viral…GOLD TOILET Comes With A LUXURY Top Fan!This Is That TOILET!I’ve Been Watching This For Few Days…Most Of The Millions Followers Top Artists Has Been Stepped Into This Toilet Tho
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: