Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Apabila tiba Hari Raya, isu duit raya sering menjadi perdebatan khususnya ibu bapa yang merasakan tuan rumah sangat berkira jika cuma memberikan RM1.
Bukanlah Benda wajib pun, namun respon seperti itu terkadang memberi tauladan buruk dan membuatkan anak-anak berani merungut.
Namun bagi Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, nampaknya reaksi mereka cukup mencetuskan rasa senang ramai.
Yusuf & Alisa buka sampul duit raya. Dalam video di TlkTok ini, anak kepada pasangan selebriti terkenal itu terlihat teruja saat membuka sampul duit raya sepanjang meraikan Syawal sejak 2 Mei lalu.
Masih lagi polos dan tidak pernah diajar bagi meremehkan pemberian orang, Yusuf dan adiknya benar-benar gembira termasuklah apabila melihat helaian wang RM1.

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada semua orang yang buat saya gembira. Lebih manis lagi, Hanis Zalikha turut mengajarkan Yusuf sebaris doa pendek semoga Allah sentiasa memberikan kesejahteraan kepada semua orang yang membuat mereka gembira.
Cukup ringkas, namun didikan murni selebriti itu sebagai ibu bapa berjaya menerapkan nilai syukur dalam diri anak-anak mereka.
Boleh kata tak ramai parentajar anak buat macam tu…Manner nombor1. Melihat reaksi sopan dan ikhlas adik beradik berkenaan, netizen di ruangan komen sempat meluahkan rasa sebak.
Mereka turut memberikan pujian terhadap cara Hanis dan suaminya mendidik anak tentang adab-adab menerima pemberian orang.
Sumber : pnews.space
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: