Uncategorized

Aku minta suami baik2 dgn ex isteri, tp pagar makan padi, mereka buat tiap kali berjumpa dgn alasan uruskan anak.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin, andainya siarkan luahan hatiku ini. Nama aku Siti Mazlin (pastilah bukan nama sebenar).

Aku Setiausaha di sebuah syarikat besar. Suami aku asalnya adalah boss aku. Nama suami aku Wahab (bukan nama sebenar).

Aku sudah berkahwin 2 tahun dengan suami aku seorang duda anak dua. Anak-anak tiri aku perempuan usia 13 dan 11 tahun. Sekarang aku mengandung 6 bulan.

Aku mengaku aku yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga suami aku dengan isterinya.

Isterinya Laila (bukan nama sebenar) seorang engineer di syarikat Oil n Gas di Kuala Lumpur.

Bukan salah aku. Suami aku yang main mata dengan aku di pejabat. Suami aku kata dia tak bahagia dengan isterinya.

Suami aku kata dia harap akan ada anak lelaki dengan aku kerana kedua-dua anaknya perempuan dan isterinya sangat garang dengannya.

Banyak keburukan isterinya aku dengar dari mulut Wahab.

Aku intai juga akaun fb isteri Wahab. Isterinya cantik tidak seperti yang Wahab katakan isterinya hodoh dan selekeh.

Isterinya jenis bergaya dan nampak baik. Aku tengok video mereka bercuti di Pulau Jeju, isterinya bercakap lemah-lembut.

Aku lihat tidaklah mulut Laila celupar seperti yang Wahab selalu cerita. Ada 3 ribu friends dia berbanding aku yang hanya ada 2 ratus friends. Bagai sepadan dengan Wahab yang kacak bergaya berbanding aku.

Aku mula merajuk kerana aku kata pada Wahab isterinya cantik. Namun Wahab memujuk aku. Wahab kata pada pandangan mata Wahab, aku lagi cantik dari isterinya.

Kami kerap bercuti dan tinggal di hotel-hotel apabila ada kesempatan. Wahab selalu menipu Laila kata outstation.

Kami terus bercinta 2 tahun sebelum akhirnya Wahab meminang aku. Wahab ceraaikan isterinya kerana aku.

Bahagia aku rasa apabila Wahab utamakan aku dari isterinya dan anak-anaknya. Aku rasa aku yang paling cantik dan beruntung kerana Wahab ceraaikan isterinya kerana aku. Kami berkahwin dengan meriah.

Mungkin aku rasa bersalah kerana menjadi punca perceraaian Wahab dengan isterinya Laila (bukan nama sebenar). Jadi aku nekad nak baikkan mereka berdua.

Aku pujuk Wahab teman Laila belikan barang keperluan sekolah anak-anak mereka. Laila memang benci kepada aku.

Anak-anak tiri aku selalu menyindir aku kerana diajar Laila. Anak-anak tiri panggil aku “Bitch” “Penyondol”.

Aku sabar kerana sedar kesalahan aku bercinta dengan suami orang.

Aku tetap mendorong Wahab berbaik dengan Laila demi anak-anak. Aku layan anak-anak tiri dengan baik walaupun aku saakit hati kerana dipanggil B1tch setiap kali Wahab tiada. Aku rasa hendak ketuk-ketuk kepala dua budak perempuan tuh.

Hinggalah suatu malam ketika Wahab mandi, aku ternampak di Notification hp Wahab mesej dari Laila.

“Best laa pagi tadi, abang makin lama makin power”. Aku sentap. Aku baca mesej Laila kerana aku tahu password hp suami aku.

Berdegup laju jantung aku. Aku lihat banyak mesej bagai orang bercinta. Banyak gambar-gambar b0geel bertukar antara mereka.

Bekas Suami bercinta dengan Bekas Isteri. Bekas Suami itu adalah Suami Aku. Wahab. Macamana aku boleh terlepas pandang??

Aku meng4muk. Suami aku keluar dari bilik air, aku baling segala apa yang sempat aku capai.

Berd4rah kepala suami aku kena pasu kaca mahal hadiah kahwin aku itu. Pecah berderai.

Aku meng4muk sepanjang malam. Aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku toreh sofa chesterfield dengan pis4u. Aku toreh semua langsir.

Aku pecahkan cermin depan kereta BMW Wahab dengan batu taman. Kuat pula aku angkat batu hiasan besar itu dengan sekali baling pecah cermin kereta Wahab. Aku benar-benar marah.

Suami aku terkejut. Dia cuba pujuk aku. Aku Tak Nak. Aku pecahkan frame gambar kahwin kami. Aku pecahkan sliding door kaca. Aku benar-benar saakit hati.

Suami aku kutuk aku pada Laila sama seperti yang suami aku kutuk Laila pada aku dulu.

Sekarang aku sedih. Aku tidak percaya lagi pada suami aku. Aku berhenti kerja. Sekarang aku 24jam duduk dalam pejabat suami aku. Handphone suami, aku pegang dan check sentiasa.

Aku sedih. Alangkah baiknya jika suami aku tidak berbaik dengan bekas isterinya seperti janda lain.

Aku tengok ramai perempuan yang bermusuh dengan bekas suami mereka selepas berceraai.

Sekurang-kurang apabila benci, mereka tak buat dengan bekas suami seperti Wahab dan Laila. Bodohnya aku kerana baikkan mereka berdua.

Wahab bagitahu aku, biasalah zaman sekarang bekas suami kalau berbaik dengan bekas isteri mesti buat seround dua, ambil kesempatan ketika jumpa anak. Semua macam itu kalau berbaik.

Yang tak buat itu jenis perempuan yang benci bekas suami mereka. Jenis yang tengok muka pun tak mahu. Habis aku???? Nak campak mana aku ini???

Aku lebih suka Laila seperti perempuan lain yang benci bekas suami mereka. Tak Berjumpa. Tak Bercakap. Block Sampai Mati.

Kenapa Laila tak block sahaja suami aku?? Jadi aku block Laila. Aku tukar nombor handphone suami aku. Laila dan anak-anak nak bercakap kena melalui aku.

Sekarang aku tak boleh tidur lena. Aku kerap terjaga malam. Lima enam kali aku terjaga.

Aku mesti check suami aku tidur atau tidak di sebelah aku. Aku check handphone suami aku.

Aku mula menjadi wakil suami aku dalam membalas mesej-mesejnya. Termasuk mesej-mesej dari tempat kerja. Aku jadi setiausaha suami aku 24jam.

Adakah aku sudah hilaang akal?

Aku cuma mahu mempertahankan perkahwinan aku ini. Aku akan berikan anak lelaki kepada Wahab dalam masa 3 bulan lagi.

Aku takut dalam aku pantang nanti Laila berjumpa Wahab dan mereka berskandal lagi.

Alangkah baiknya kalau Laila benci kepada bekas suaminya seperti janda-janda lain. Tidaklah aku separuh gila begini.

Aku mahu Laila benci kepada Wahab. Apa perlu aku buat?

Bantu aku please.

Kredit : cite vlral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *