Kesian aku tgk mak mertua krem kaki, terus aku sorok kan semua lauk raya. Sekali masak 10 ekor ayam habis sekali hadap. - Menujukebenaran
Uncategorized

Kesian aku tgk mak mertua krem kaki, terus aku sorok kan semua lauk raya. Sekali masak 10 ekor ayam habis sekali hadap.

#Foto sekadar hiasan. Dah lama aku nak luahkan segala yang berbuku di hati ni. Lebih kurang 20 tahun jugak bersabar dengan karenah ipar duai yang kadang – kadang menyesakkan d4da. Tapi demi suami kadang – kadang aku tahan jua.

Aku dah berkahwin hampir 20 tahun lamanya. Suami asal dari utara, adik beradik ramai. 8 orang semuanya dan dia anak ke 4. Semua dah beranak pinak, bercucu cicit dah tua pun semua tapi perangai masih tak berubah sampai sekarang.

Tiap kali berkumpul kat kampung suami (hanya mak mertua masih ada, ayah mertua dah lama tiada) berbondong la anak menantu cucu semua. Tapi yang meny4kitkan hati, ipar duai yang pemalas tahap dewa dan kedekut tahap haji bakhil.

Bila dah berkumpul ramai, memasing ada anak 5 – 6 campur menantu dan cucu bayangkan berapa banyak makanan kena disediakan.

Masalahnya dah la pemalas nak menolong memasak apatah lagi mengemas lepas makan. Tu belum kira anak – anak dorang yang makan 4 – 5 kali tak ingat orang belakang. Sekali makan terus abis.

Adik beradik suami 6 lelaki dan dua perempuan yang ada dah bercucu pun. Tapi tak pernah terpikir untuk menyumbang apa – apa untuk beli barang dapur.

Yang selalu jadi m4ngsa saya dan suami lah. Sementelah saya memang suka masak dan anak – anak saya yang tiga orang suka makan.

Tapi bayangkan kalau kami je beria beli barang dapor yang lain tau melantak ? Jujur setelah 20 tahun saya sem4kin putvs asa.

Dah la biras yang tak paham bahasa nak ajar anak – anak tolong basuh pinggan dan kemas lepas makan, dia pun sama naik pemalas.

Kesian tuan rumah. Oh ya, mak mertua tinggal dengan adik ipar perempuan dah berkahwin dan beranak 3.

Mereka hanya kakitangan kerajaan je pun. Tapi biras lelaki sangat rajin mengerjakan kebun dan mungkin rezeki jaga mak mertua, memang murah sentiasa rezeki mereka.

Saya kasihan melihat mereka tiap kali adik beradik suami balik. Lagi p4rah bila musim raya nak datang.

Adik ipar suami isteri biasa akan top up bahan utama, beras, gula minyak dan lain – lain. Jadi bila kami balik kami amik bahagian beli bahan mentah sahaja.

Yang ada adik beradik suami, pagi raya baru tunjuk muka. Bawak perut anak beranak, melantak tak ingat dunia.

S4kit sungguh hati saya tiap kali kejadian gini sebab biasanya saya dengan adik ipar bersengkang mata, berdiri berjam – jam memasak pada malam raya menyiapkan lauk – lauk dan makanan raya.

Mak mertua dah 80an dah tak larat nak buat kerja – kerja rumah dan biasa kami akan biarkan dia berehat je. Ramai adik beradik, memacam per4ngai.

Yang peliknya, suami memasing (abang – apar ipar) akan buat b0doh je bila bini memerap dalam bilik, langsung tak menolong keje dapur, langsung tak hulur wang ringgit untuk menyumbang untuk raya.

Ibaratnya mereka macam balik bercuti, makan tido, tengok tv dan membawang. Ikut hati, memang tiap tahun rasa tak nak balik sana tapi kesian mak mertua, kesian suami. Suami anak yang taat dan tak pernah membantah apa jua mak mertua suruh dan kata.

Biasa bila nak raya dia lah yang akan sebuk mencari daging, ayam dan persiapan membuat lemang segala.

Yang lain? tolong tengok dan tolong makan. Saya tak kisah untuk kakak ipar semua sebab mereka ada suami ada keluarga, tunjuk muka pagi raya or petang raya tu dah biasa.

Mereka juga kalau ada ringan tuIang tolong memasak atau menyiapkan juadah. Anak – anak mereka juga bole diharap.

Cuma yang s4kit hati yang lelaki – lelaki lain tu. Semuanya membiar bini jadi mem besar di rumah mak mereka apa nak jadi?

Pernah terjadi ketika mak mertua masih sihat, dia sampai krem kaki basuh pinggan mangkuk sedangkan menantu – menantu dok berlengkar membuta dalam bilik. Alasan, demam lah, s4kit kepala lah. Padahal dah 20 tahun macam tu.

Kesian mak mertua saya, terp4ksa kami yang baru balik beraya menyingsing lengan baju raya menolong basuh pinggan. Masa tu pulak air tak da.

Kena berangkut dari kolah yang jauhnya boleh tahan. Ada sekali kejadian jugak ketika kami balik beraya dapur mak mertua macam kapal pecah.

Kulit buah berselerak, pinggan bertimbun. Dah la gitu meja makan macam kapal terbalik dibuatnya.

Bila bukak tudung saji ada nasi seperiuk kecik yang saya kira dia masak untuk perut dia je. Masya Allah!! Ikutkan hati memang nak meng4muk sakan.

Kakak ipar yang dah tak tahan melihat terus menjerit meng4muk kenapa teruk sangat rumah mak nih.

Belum kes anak – anak sed4ra dok makan tak henti – henti sampai kami terp4ksa masak 6 kali. Kisahnya ibu mertua adik ipar nak datang, jadi dia siap – siap masak.

MaIangnya bila dia letak atas meja makan, habis! Dan dia terp4ksa masak lagi dan habis, begitulah seterusnya.

Sampai lah dia fed up sebab mak mentua sampai malam, lepas masak dia sorok kan suma lauk – lauk tu.. sebab dah 6 kali memasak .

Bayanglah sekali masak 10 ekor ayam pun sekali hadap je habis. Sekurangnya satu keluarga sumbang rm100 pun dah lebih dari cukup kan, ini tak habuk pun takde.

Tiap kali nak raya saya memang agak cuak, nak – nak lagi bila tahun ni beraya di rumah mertua dulu.

Selalu je saya berdoa, set – set pemalas tu semua tak balik kampung tahun ni. Jadi saya tak penat, tak s4kit hati dan tak tambah d0sa.

Umur dah m4kin tua tapi tak pernah nak guna otak dan akal untuk fikir apa yang baik apa yang tak.

Suami pulak takut sangat dengan bini – bini sampai tak boleh nak bersuara langsung menegur per4ngai. Itu yang jadi naik tocang.

Saya berharap tahun ni mereka suma tak balik, kalau balik pun biar lepas saya dah balik ke kampong saya di raya ke dua, biar saya dan adik ipar bole bertenang dan tak bertambah d0sa membawang pasal mereka. – Pn Anne (Bukan nama sebenar)

Kredit : cite gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button