“Sapa2 yang boleh tolong ubatkan saya..” Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya

Berat Bahu Menanggung, Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini
Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.
Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.
Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman facebook.
Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.
Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.
Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi m.angsa si.hir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya memb.engkak.
Pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.
Beliau ketika itu mend.akwa menemui kotak berisi a.bu dan gambarnya yang diba.kar di pusat pengajiannya.
Menerusi paparan itu, beliau mende.dahkan punca sebenar kaki dan betis kirinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan.
“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di al-Barakah Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi. Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dib.akar.
Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejad.ian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.
Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda. Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dos akita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” de.dah beliau.
Kata Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kes.akitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke h.ospital.
“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih s.akit,” ujarnya.
Jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.
Kredit : Kosmo/FB
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti
Xoxo